Isnin, 1 Disember 2008

Kita Sering Terpengaruh dan Dipengaruh

Dalam hidup ini kita sering terpengaruh dan di pengaruh.

ya atau tidak?

anda setuju?

itu terpulanglah kepada anda semua.

tapi walau sesiapa pun kita, kita sering saja di kelilingi oleh insan-insan yang telah ataupun bakal mempengaruhi hidup kita.

SEBUAH HIJAB



Aku tersedar dari jaga

Melihat, mendengar dan merasa

Ku pejamkan mata; ERAT

Ku bukakan telinga; LUAS

Ku hulur tangan kananku; MENGGAPAI


Tidak.. aku tidak bermimpi..

Tidak.. aku tidak berada di alam realiti

Aku…Aku…Aku…

Aku hanya di sini

Melewati hari-hariku dengan penuh yakin

Melihat mentari yang bukan bersinar

Melihat bulan yang bukan terang

Melihat aku yang bukan aku

Melihat kehidupan yang bukan milikku…!!!


Rantau_Alam,
Ratna_Kesuma,
03/04/07,
1156am.

It would be nice to try...



Manisan Epal Bersalut Coklat Aiskrim Vanila

Kek Coklat Moist



Puding Karamel




Puding Aiskrim Strawberry

Khamis, 30 Oktober 2008

Katarsis?

Nama aku Hasnidarwina Bt Hasim. Berumur 20 tahun. Ada rakan-rakan yang memanggil aku Ida, tapi ada juga yang memanggil aku Idora. Setiap kali aku perkenalkan diri, pasti ada yang bertanya, mengapa Idora? Untuk memuaskan hati mereka aku hanya menjawab, dari kecil mak panggil macam tu. Senang. Mereka pun diam. Tak perlu nak terangkan panjang lebar. Tapi aku tahu, ada juga yang tak senang dengan jawapan ku itu. Kononnya itu hanyalah nama ’glamour’. Tetapi hakikatnya itulah nama yang menjadikan aku hidup dan terus bertahan hingga ke hari ini.




09 FEBRUARI 2004. ISNIN.
Hari pertama aku mendaftarkan diri di Sekolah Menengah Teknik Port Dickson. Aku mengambil jurusan Pengurusan Perniagaan. Tak minat pun. Aku pada mulanya minta jurusan Seni Kecantikan sebagai pilihan pertama, tapi abah tak bagi. Dia suruh aku ambil jurusan yang sama dengan akak aku. Aku tak minat. Tapi aku ikut juga cakap abah sebab aku hanya dibenarkan ke sekolah asrama jika aku ikut cakap dia. Setelah berfikir panjang, aku nekad. Aku tak peduli jurusan apa pun, yang penting aku dapat lari dari kehidupan yang selama ini cukup menyiksa aku. Aku dibesarkan dalam keluarga yang agak berpecah belah. Aku tidak salahkan abah yang pernah berkahwin banyak kali. Aku cuma tertekan setiap kali mak dan abah bergaduh. Aku cuma tidak tahan setiap kali akakku mencari masalah dengan mak dan abah. Aku tidak ada kaitan dengan sebarang pergaduhan yang tercetus. Aku cuma telah kehilangan sebuah kehidupan akibat daripada setiap pergaduhan itu. Aku mula mencari jalanku sendiri. Mencari kebahagiaanku sendiri. Namun, aku yang masih mentah hanyut dengan kekhilafanku sendiri. Bila aku tersedar, aku terjaga, aku ingin lari daripada rakan-rakanku, aku ingin pergi jauh daripada keluargaku, aku ingin hilang dari semua yang pernah aku kenal. Aku ingin pergi. Pagi sebelum aku bertolak dari rumah dengan abah dan mak, aku terasa ingin menangis. Perasaan aku cukup hiba. Aku sendiri tidak tahu mengapa. Aku salam dengan abang-abang aku. Aku pandang mata mereka lama. Cuba ingin sampaikan sesuatu yang mungkin mereka langsung tak faham. Tiba saja di SMTPD, aku dikelilingi oleh manusia yang tak pernah aku kenal pun sebelum ini. Aku bernasib baik. Mungkin inilah tempatnya untuk aku mencari diri. Jauh tersorok di kawasan perkampungan. Sewaktu aku ingin mendaftar, ada seorang rakan yang ramah menegurku. Namanya Siti Norasyikin kalau tak silap aku. Budak Bongek, Rembau. Tak ada lah jauh sangat dengan Port Dickson. Dia menghulurkan tangan, tanda salam perkenalan dan menanyakan nama aku. Aku dengan lancar menjawab. Nama aku Hasnidarwina. Nak panggil apa? Dia bertanya lagi. Aku hanya memandangnya tanpa kata-kata. Kelu lidah aku nak bersuara. Mindaku kosong. Aku tak ingin dikenali sepertimana yang pernah mereka kenali aku. Aku tak ingin menjadi seperti aku yang dahulu. Aku berpindah sekolah kerana ingin menjadi insan yang baru. Aku buat keputusan ini kerana aku ingin mendapatkan kembali kehidupanku. Mendapatkan kembali diri aku. Awak? Ekin meninggikan sedikit suaranya dan menyentuh lembut bahuku. Owh! Sorry. Hanya itu yang terucap dari bibirku. Awak, nak panggil awak apa? Sekali lagi dia bertanya. Aku masih memandangnya. Erm... panggil Idora je! Aku menjawab sambil tersenyum hairan. Ya! Aku sendiri hairan dengan nama yang terpacul dari mulutku itu. Setelah beberapa lama, aku ingin menjelaskan perkara yang sebenar kepada teman baruku itu, namun masa tu juga lah nama dia dipanggil untuk sesi pendaftaran. Aku hanya mampu mengeluh. Idora? Aku sendiri hairan. Ianya memakan masa berminggu-minggu jugalah untuk aku membiasakan diriku dengan nama baru kerana tak siapa pun tahu kisah aku sebelum ini. Bila aku berterus terang akan hal ini dengan keluargaku, mereka semua hanya mentertawakan aku. Mengatakan aku mengada-ngada. Mereka tidak tahu penderitaan aku. Mereka cuma tahu aku sering membawa masalah sama ada ketika di sekolah, mahupun di rumah. Mereka tidak kenal dengan anak mereka. Mereka tidak memahami adik bongsu mereka ini. Namun rakan-rakanku cukup memahami situasi aku pada waktu itu. Mereka tidak mentertawakan aku. Mereka menerima seadanya aku namun mereka sudah sebati dengan nama panggilanku yang asal. Ida. Dan mereka tidak dapat mengubah kebiasaan mereka. Begitu juga aku. Aku juga hingga hari ini masih lagi membahasakan diri aku Ida jika bersama dengan kenalan lama mahupun keluarga. Aku tidak pernah melupakan nama asalku. Malah, blog ini pun bangun dengan nama asal aku juga. Cuma, aku tidak mahu menjadi seperti diriku yang lama. Yang pernah membawa sejarah hitam yang jahanam dan paling mendukakan satu waktu dulu. Kini. Aku. Idora. Aku sudah cukup sebati dengan nama ini dan aku amat berterima kasih dengan nama ini yang sudah banyak mengenalkan aku dengan TUHAN dan tentang erti kehidupan. Jika ada yang mengatakan mereka mempunyai kisah silam yang tak ingin dikenang, aku merasakan mereka masih lagi bertuah kerana tidak perlu menjadi seperti aku yang terpaksa hidup dalam kepura-puraan, menjadi insan yang baru, kerana hakikatnya aku sudah tidak tahu siapa aku ini yang sedang berkelana di bumi TUHAN. Aku hanya tahu nama aku Hasnidarwina Bt Hasim. Aku dipanggil Idora ataupun Ida. Itu sahaja.
p/s : x perlu baca. sekadar ingin meluah rasa.

Jumaat, 24 Oktober 2008

Pertama Kali

Semalam, buat pertama kalinya aku rasa gagal bila tak boleh jawab exam Asas Menterjemah.


senior-senior pun cakap ramai orang repeat subjek tu.


takut giler...


so, aku juga mungkin akan mengalami nasib yang sama...


repeat subjek...


benda yang aku paling takut sekali...

Khamis, 16 Oktober 2008

mimpi masih lagi membenarkan aku bahagia meskipun yang ada hanyalah derita

malam ini aku ingin bahagia bersama mimpi-mimpi yang derita. seingat aku, dulu aku paling takut jika mimpi tak menghiasi tidur malamku. pasti aku akan bersedih seharian kerana bimbang mimpi merajuk lama. mak aku pernah cakap yang mimpi tu hanyalah mainan tidur, kadang-kadang membawa bahagia...kadang-kadang membawa derita... tapi aku tak percaya. aku tetap juga bersedih. bagi aku, mimpi dah merajuk dengan aku sebab aku tidur tak basuh kaki. jadi malam lepas tu, aku basuh kaki siap-siap sebelum tidur dengan harapan mimpi akan datang. tapi bila bangun keesokan paginya, kosong. aku tak mimpi apa-apa pun. mimpi betul-betul dah merajuk dengan aku. mak aku kesian tgk aku bersedih, dia pun ceritakan dekat aku tentang hal-hal yang indah dan buat aku ketawa riang. jadi, malam itu aku tidur lena dengan mimpi yang indah-indah. jiwa terasa sungguh bahagia sekali.
sekarang ni, bila dah semakin membesar, aku semakin kurang bermimpi. tapi aku dah tak bersedih macam dulu, sebab fikiran pun dah semakin rasional. cuma kalo bole, aku sudah tidak mahu untuk bermimpi lagi sebab mimpi membuatkan aku semakin derita. aku adalah insan yang mudah kecewa bila keinginanku tidak di penuhi, jadi aku amat kecewa bila mimpi tak pernah menjadi nyata dalam hidupku. bahagia yang selalu ku impikan tidak pernah melewati hari-hari ku. jadi aku semakin derita kerana bahagia masih lagi tak kunjung tiba.
tapi, malam ini, aku ingin sekali merasakan bahagia bersama mimpi-mimpi yang derita.
p/s : ada sesiapa yang ingin menemaniku? (^_^)

Selasa, 23 September 2008

intuisi

pernah tak dalam hidup anda, anda semua merasakan 'sesuatu?'



'sesuatu' yang sukar untuk dijelaskan dan di tafsirkan.



tapi anda tetap merasainya....



aku sedang mengalami 'sesuatu' itu.



dan aku tak tahu caranya untuk mengekspresskan 'sesuatu' yang sedang aku rasakan ini.



bodoh! amat-amat bodoh!!!



bukan 'sesuatu' itu yang bodoh,



tapi KAU dan KAU yang bodoh!



kasihan....

Khamis, 18 September 2008

MAMAT DAN PEMIKIRANNYA







baru-baru ini aku menghadiri seminar yang bertajuk 'MENJEJAK PEMIKIRAN MAMAT KHALID' yang dianjurkan oleh INKEM dengan kerjasama FINAS dan UiTM. walaupun aku jarang sekali menghadiri seminar-seminar yang sebegini, tapi seminar ini buat pertama kalinnya mendapat sambutan yang begitu menggalakkan sehingga ada 'peserta' yang terpaksa berdiri kerana tidak cukup kerusi.



aku pada mulanya agak bangga juga lah kerana terdapat begitu ramai manusia yang memberi sokongan. tapi bila ku lihat sekeliling, aku tersenyum sendirian. patut lah ramai, UiTM sendiri menyediakan 2 buah bas dan pelajar semester satu kelihatannya sungguh excited untuk menyertai seminar ini. tapi bila seminar bermula, ada yang tidur, ada juga yang berbual sesama sendiri dan tidak memberi tumpuan kepada topik yang sedang diperbincangkan. tapi tak mengapalah. first time agaknya....




berbalik kepada tajuk seminar itu, aku jadi bingung. tajuknya 'MENJEJAK PEMIKIRAN MAMAT KHALID', tapi dari seminar bermula sehinggalah tamat, aku masih lagi kurang faham apa perlunya mamat khalid di situ jika panel2 yg lain tak habis2 melontarkan teori masing-masing mengenai filem2 abang mamat khalid. itu sahaja. mereka bukannya menjejak pemikiran mamat khalid, tetapi mereka menjejak pemikiran mereka sendiri sebenarnya.



mamat khalid kelihatannya agak resah apabila panel2 mula menafikan pemikirannya. pabila saudara A. Wahab Hamzah mengulas tentang filem 'KALA MALAM BULAN MENGAMBANG', beliau menyatakan bahawa beliau kurang jelas kenapa mamat memilih untuk buat black & white sedangkan kita sekarang berada di zaman moden dan warna yang pelbagai itu adalah satu daya penarik yang hebat. mamat seperti selalu, tenang menjawab. katanya warna hitam itu adalah terdiri daripada pelbagai jenis variasi warna. dan beliau nampak banyak warna yang lahir daripada warna hitam itu sendiri yang orang lain mungkin tidak nampak.




aku teringat subjek seni visual yang ku pelajari sewaktu aku di semester 3. ya! lecturer aku pernah berkata warna hitam terdiri daripada segala jenis warna.




mungkin panel-panel semua kurang memahami apa yang dinyatakan oleh mamat khalid kerana mereka semua golongan yang sungguh terpelajar di dalam bidang seni dan mereka lebih tertumpu kepada teori2 yang hanya menari2 di minda. sedangkan abang mamat adalah seorang yang tidak bergantung kepada teori semata2. beliau mempraktikkan dan mengaplikasikan apa yang beliau rasa penonton patut fahami. aku kurang senang dengan peluru2 yang dilontarkan ahli panel kepada mamat khalid kerana dia juga mempunyai kebebasan dalam berkarya. sama seperti amir muhammad dan yasmin ahmad. bezanya cuma, mamat lebih berjiwa melayu dan malaysia berbanding kedua-dua pengarah alternatif itu.



walau bagaimanapun, seminar ini tetap memberi aku input2 yang menarik mengenai dunia seni dan perfileman. dan tak lupa juga juadah berbuka puasa yang disediakan oleh pihak FINAS. memang best.....

Ahad, 14 September 2008

Hanya Aku




beberapa hari ini aku menjadi begitu rindu. entah kepada siapa rinduku ini sebenarnya. ligat oatkku berpusing, memikirkan apa yang sebenarnya sedang ku rindukan ini. hati ku menjadi sebak tanpa disengaja. mungkin jiwa ini sedang merindukan sesuatu yang sukar untuk ditafsirkan.




otak yang lama memusing memerah ingatan, tiba-tiba singgah di satu daerah yang sempit. entah lah...




aku terfikir-fikir lagi, adakah manusia itu sering menjadi seperti aku? sentiasa di bayangi kisah silam yang tak sudah-sudah menerjah ruang ingatan? ya! aku punyai kisah silam yang jahanam.... biarpun aku cuba untuk melupakan, namun bayangan tentang kekhilafanku itu sering saja menemani setiap langkahku dalam menjalani kehidupan.




amat sukar untuk aku jelaskan mengapa. tidak pernah aku terfikir untuk lari, tapi aku ingin sekali melupakan kisah itu yang ku anggap amat menyesakkan dada tatkala dibelenggu rasa bersalah yang teramat.




aku bukan begitu. itu hanyalah secebis daripada kekhilafanku yang suatu waktu dulu pernah menguasai diriku yang sangat bodoh dan dungu!!!




walau apa pun, aku percaya, setiap manusia itu memang pernah melakukan kesilapan yang kadangkala menjadi racun kepada diri sendiri. aku juga pernah berbuat silap. dan aku amat menyesali kesilapanku itu. aku ingin melupakan segalanya. yang lepas ingin ku biarkan berlalu. tapi hingga kini aku tidak mampu untuk melupakan kesilapan yang amat ku sesali itu. mungkin taubat itu masih ada untuk aku...

Jumaat, 12 September 2008

Kekasihku...Jiwaku...Cintaku...Jantungku...Nafasku...

Cinta pandang pertama terhadap Sunan. Hati tidak keruan.

Cinta semakin membara. Sunan begitu mempesona. Kagum dengan peribadi yang sederhana, Sunan yang perkasa sangat di damba. Rindu tidak tertahan lalu Sunan menjadi arjuna, pembimbing dan pemikul tanggungjawab. Aku bahagia.


Sunan berduka. Ratu pergi mencari syurga. Cintaku semakin bertakhta. Sunan ku anggap kekasih yang setia biarpun hatinya memilih dua suri : Haryani dan Ratu. Malangnya hati itu bukan milikku. Aku ingin sekali berada di sisi Sunan. Bernafas pada udara yang sama. Berpijak pada tanah yang sama. Aku ingin sekali menemani Sunan walau ke mana pun kaki dan jasadnya melangkah, hatta dalam perjalanannya menemui Maha Pencipta.

Aku, Ratna : Sang Ratu telah jatuh cinta terhadap peribadi Sunan itu. Sungguh aku derita menanti sakti. Menunggu hijab terbuka untuk ku bertamu di hati Sunan.

insya-ALLAH...

p/s : naratif ini bukanlah ulasan ku untuk triologi epik ini, tetapi mengenai cinta yang mula bertamu di hati sendiri. aku jatuh cinta terhadap SUNAN. andai benar SUNAN itu benar2 wujud, aku sanggup menawarkan cinta demi bahagia dan keredhaan ALLAH SWT.


Khamis, 11 September 2008

kawan aku curi TAG... (LAGI???)

masa : 11:20
location : Rantau Alam


name : Ratna : Sang Ratu
sisters : 3
brothers : 7
shoe size : 7 (sandal) 6 (kasut)
heigh : 160 cm
where do you live : nilai - shah alam - pahang
favourite drinks : milo, jus, aiskrim soda
favourite breakfast : epok-epok
have you ever been on a plane : yup! in my dream... hahahaha...
swim in the ocean : of course (walaupun sebenarnya x pandai berenang)
fallen asleep in school : often (hampir pada setiap masa)
broken someone's heart : well... ya....
fell off your chair : yup... bulan lepas. dalam kelas datin. malu gler. tp buat2 x malu je r.
sat by the phone and waited for someone to call : pernah je. tgu abah call.



what is your room like : nilai
what's right beside you : wallet, hp, buku, jajan
what is the last thing you ate : pringles smoky bbq



ever had.....
chicken pox : pernah. masa tadika.
sore throat : sometimes... huhuhu
stitches : nope
broken nose : nope



do you....
believe in love at first sight : i have no idea
like picnics : yup! suka sangat2
who was, were the last person you danced with : erm... sape eh...? can't remember
last made you smile : anak-anak buah. teringat jer kat diorang, mesti aku akan senyum sorang2.
you last yelled at : housemate. mmg kitorg suka menjerit. hehehehee....



today did you....
talk to someone you like : nope. dia sibuk kot. entah lah....
kissed anyone : my cutie eddy... (teddy bear) =D
get sick : selesema
talk to an ex : yup
miss someone : yup (dia yg bz 2)
eat : waktu berbuka, aku makan la..
best feeling in the world : bila ramlee awang murshid terbitkan karya baru
do you sleep with stuffed animals : nope...
what's under your bed : nothing except ema, my room-mate.. hehehe....
who do you really hate : ntah...
what time is it now : 12:06 AM




5 things I was doing 10 years ago

  1. pergi sekolah
  2. mengaji
  3. panjat pokok
  4. main kawen2
  5. main cikgu2



5 things on my to-do list today
  1. assignment
  2. assignment
  3. assignment
  4. blogging
  5. baca novel Hijab Sang Pencinta

5 snacks i enjoy

  1. jeruk
  2. pringles bbq
  3. cadbury dairy milk
  4. kuih potong
  5. chipsmore



5 things i would do if i were a billionaire

  1. hantar parents pergi haji
  2. bayar segala utang- piutang terutamanya PTPTN
  3. buat kenduri doa selamat
  4. bawak family pergi bercuti ke luar negara
  5. selebihnya, simpan kat bank.



5 of my bad habits

  1. gigit kuku
  2. cabut rambut
  3. tdo lambat
  4. kdg2 tdo x cuci make-up
  5. gigit kuku lagi



5 places i have lived in

  1. kg. sentosa, maran, pahang
  2. 5446 taman semarak 2 jln ts 2/6B, nilai
  3. kapar, klang
  4. kota damansara
  5. kampus UiTM puncak perdana, shah alam

Ahad, 7 September 2008

Kota Rindu



Rinduku tak tertahan lagi

Kepada keluarga

Kampung halaman

Teman…. Sahabat andai

Sungai dan air terjun

Alam sunyi udara nyaman

Di kota ini aku keseorangan

Mengulit rindu tidak ketahuan

Ku simpan segala kenangan

Agar kota rinduku

Tidak pudar di telan zaman

Supaya terang

Di sinari kerinduan



Rantau_Aspuri,

Ida Darwina

Bismillahhirrahmanirrahim...


Sabtu, 6 September 2008

Aku Sedang Berkonflik

aku rawan.


tak tahu beza antara hitam dan putih.



sungguh.



konflik ini tersangat mempengaruhi.



aku sedang dalam konflik!

Subject : Screenwriting Lecturer: Norlela Ismail

Rabu : 27/08/2008
Pitching Idea 1
Ratna : shortfilm sy bergenre komedi....bla....bla....telur rebus...bla...bla.....kentut busk....bla...bla.....n bla........
Pn. Lela : Ida, cerita awak bukan komedi, tp menjengkelkan. come out with new idea next week.
p/s: sebenarnya waktu tu aku langsung x der idea. ciplak lawak jenaka dr buku yg bertajuk 'ketawa sorang2'. tp kna label menjengkelkan la plak. hurm....
Rabu : 03/09/2008
Pitching Idea 2
Ratna : i have a new idea. i don't know how to elaborate, but the tagline is : WHAT IF seorang lelaki merasakan dirinya sedang diburu tetapi yang memburunya itu sebenarnya adalah dirinya sendiri?
Pn. Lela : ok. teruskan.
Ratna : Erm.. cerita dia lebey kurang mcm ni. let say one guy @ seorang pelakon terkenal yang mana dia terlalu obsess terhadap kerjayanya dan dia pernah ditawarkan menjadi watak antagonist dalam salah satu filem box office beberapa bulan yg lepas. disebabkan terlalu mendalami watak tersebut, sifat dan sikap watak pembunuh itu kadangkala terbawa2 dalam kehidupan sebenar pelakon tersebut. dia menghadapi konflik split personality. dia sering merasakan dirinya di buru. pada setiap masa dan setiap tempat. dia sentiasa hidup dalam ketakutan. paranoid. at one point, oleh kerana sudah tidak tahan lagi hidup dalam ketakutan, dia membuat keputusan untuk melawan balik dan berhadapan dengan pemburu yang sedang memburunya itu. dia mula menjejaki pemburu itu. oleh kerana tekanan perasaan yang dihadapi disebabkan perasaan takut yang teramat, pelakon itu akhirnya hilang kawalan lalu membunuh pemburunya itu yang sebenarnya adalah dirinya sendiri.
Pn. Lela : ok. i like the way u present ur idea. i suka. ada action, matlamat n konflik. tp u jgn tunjuk muka pemburu tu. mungkin just bayang2 or whatever yg x menunjukkan pemburu tu lah. u fikirkn. i like it. so, kita pilih ur idea. u all mcm mana? Shah? Faridzul? ok lah. kita pilih u punya. so tajuk mcm mana? i letak 'Buru' dulu. nti mgu dpn u bg tajuk baru.
Ratna : itu draf secara kasar. tajuk pun x dpt lg. cerita pun mungkin x berapa nk kemas lg. erm.. terima kasih Pn. Lela.
p/s : ni baru betul idea aku. dpt lebey kurang 20 minit sebelum kena pitching. at last, idea aku terpilih sebagai group asgnment. masalahnya, aku x der tajuk yang betul2 bole grab idea aku ni. Tp sebenarnya aku lebih suka idea one of our group member, Faridzul. Aca punya pun best, tp dia dtg plak. x leh nk kemaskn idea dia. shah? juz ok lah. sweet. very romantic person. utk valentine, mmg cambest gler.
jika ada sebarang pendapat, idea atau komen sila2 lah jgn segan utk memberi idea. sebarang kerjasama dan pertolongan anda semua amatlah dihargai.
kesian... eh..eh... sekian.....

Jumaat, 5 September 2008

k.A.w.A.N


anda tahu apa itu kawan?



aku kurang mengerti.



boleh anda terangkan?



tp rasanya kawan tu sama mcm teman, sahabat, dan rakan.



kalo x silap aku, ada pelbagai jenis kawan.



kawan baik. kawan rapat. kawan karib. kawan serumah. kawan sekelas. kawan sefakulti. kawan sepermainan. kawan seuniversiti. kawan sekolah. kawan seasrama. kawan sealiran. bermacam2 jenis kawan lg lah.



tp aku x phm ttg satu jenis kawan ni.



susah nak terangkan.



kawan ni suka bg kita nasihat.



walhal diri sendiri pun x berapa nk betul lg.



nk kata mengingatkn, dia pun 2x5 jer.



bila bercakap, dia ajer yg betul.



kita, semuanya salah.



bila kita nk ikut naluri kita, dia ckp kita x tahu apa2.



padahal bukan kita yg x tahu, tp dia saja nk tunjuk ada otak.



kadang2 kalo kita bcakap soal hati, soal cinta, soal kehidupan.



kita tak pernahnya betul.



dia aje yang betul.



manjang betul aje.



banyak pengalaman katanya.



tp sebenarnya hampeh!



dia takut kita lebih drpd dia sbnrnya.



dia terancam.



sbb tu dia asal boleh x nak kita nampak lebih bersinar drpd dia.



kelemahan kita, sewenang2 je dia hebohkan.



kelemahan dia, seboleh2nya dia nak nafikan. nak sorok.



entah lah....



aku memang betul2 x phm.



tp aku x kisah pun kawan jenis apa org mcm ni.



sbb aku tahu.



walau apa pun, aku sentiasa tahu yg dia takut jika dia x dihiraukan oleh keadaan sekeliling.



walau apa pun, dia cemburu jika hanya kita yg dapat perhatian keadaan alam sekeliling.



pokoknya, dia cemburukan kita!



hahahahahahahahahaha..........

Rabu, 3 September 2008

campakkan saja jiwa-jiwa itu
yang bisa saja merosak hati
bunuh saja jiwa-jiwa itu
yang bisa saja meruntuh diri
berat sungguh halus rasa ini
membuat nafas terkapai-kapai
di dalam janji yang tak pernah menjadi

KAMI dan JOHOR...



KAMI dan JOHOR...
berjalan2 sambil mengenali famili teman2,
seronok...
kadang2 kita langsung tak menyedari,
hidup ini bukan hanya kita2 sahaja,
kita masih lagi punya famili,
kita masih lagi punya jati diri.
peluang yang sebegini memang teramat berharga,
peristiwa yg mengeratkan lagi silaturrahim
antara kami.
KAMI = Amer Zaman, John Melawi, Ratna : Sang Ratu, Balkes...


Selasa, 2 September 2008

Marhaban Ya Ramadan





alhamdulillah....

ramadan menjelma kembali...

selamat menyambut ramadan al-mubarak kpd rakan2 semua...

semoga ramadan kali ini membawa banyak kebaikan dan keberkatan kpd kita semua...

insya-ALLAH!

Selasa, 12 Ogos 2008

Apa Yang Penting?.................. BEKERJASAMA!!!

sabtu & ahad yang lepas adalah hari2 yg agak mencabar dan memenatkan. pengambaran muzik video kenapa singgah kalau tak masuk akhirnya berjaya juga disiapkan walaupun kami hanya diberi masa selama satu hari sahaja. ALHAMDULILLAH... dengan pertolongan rakan2 dr kumpulan yg lain, kumpulan aku a.k.a turntable production bergerak agak lancar juga lah. pengalaman yang ntah kali ke berapa dgn rakan2 bergabung tenaga memang menyeronokkan. tapi apa yang aku nak bincangkan di sini adalah tentang apa yang kita panggil kerjasama.
kuasa kadang2 mampu membuat manusia jadi alpa dan besar diri. aku sendiri x berapa nak faham kenapa mcm tu. memang dah lumrah kot. yelah... manusia kan mudah lupa.... tapi aku agak kesal juga lah kerana aku tidak mampu nak membalas tenaga yang sudah rakan2 dari kumpulan yg lain curahkan dalam membantu melancarkan lagi projek kumpulan aku. sungguh... memang tak terbalas.... terima kasih yang teramat2 aku ucapkan kepada kamu semua...
tapi itulah...... x semua apa yang kita rancang menjadi seperti yang kita harapkan... bagi aku sendiri, secara peribadinya aku lebih suka untuk membuat kerja secara individu. tapi, mana boleh kan.... kita sama2 dlm satu kumpulan, kena lah saling bekerjasama. kumpulan aku, ok... x der problem yang membuat aku hilang mood atau hilang sabar...
tapi sikap dan perangai salah seorang drpd kami benar2 membuat aku hilang sabar. x sabar nak tgu post-moterm.... aku paling x berkenan bila seseorang itu hanya tahu cakap sahaja tapi sebenarnya langsung x tahu apa... serius... dia dah jatuhkan maruah dan keredibiliti dia. dia membuatkan aku hilang keyakinan utk bekerja bersama dgn dia lg utk masa2 yg akan dtg...
entah lah.... sedangkan kami dalam satu kumpulan dan aliran..... lelaki... kenapa lelaki ni sungguh lemah? kenapa lelaki yg sedang aku perkatakan ini sungguh2 tidak perasan bahawa dia sebenarnya sudah menjatuhkan diri dia sendiri.... kerana perempuan.... kerana perempuan, dia hilang segala fokus. dia.... aku tak tahu apa perkataan yang sepatutnya aku gunakan..... entah lah....
sikap dia langsung tak menunjukkan yang dia berhak dihormati. tak... dia langsung x layak utk jadi ketua... utk jd org yg memberi arahan... dia sungguh x layak....
aku disini sebagai wakil TURN TABLE PRODUCTION ingin memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam membantu production kami menyiapkan pemgambaran muzik video kumpulan FLAVA. kami memohon maaf kerana sikap salah seorang daripada kami yang langsung tidak tahu ingin mengenang budi dan jasa kamu semua. kami juga ingin memohon maaf kerana dia langsung tidak tahu untuk ucapkan terima kasih ke atas tenaga yang sudah kamu curahkan kepada kumpulan kami......
kerjasama itu memang teramat2 penting jika kita berada dalam satu2 kumpulan tak kiralah sama ada kumpulan yang kecil mahupun kumpulan yang besar... begitu juga kerjasama dengan kumpulan2 yang laen kerana KITA semua saling memerlukan dan saling melengkapi....

Jumaat, 8 Ogos 2008

tentang KITA

betullah apa org ckp.... kadang2 hidup ni x seperti apa yang kita bayangkn.... kadang2 kita tahu apa yang kita rancang xkan menjadi. semuanya bergantung kepada DIA yang mencipta segala. tapi kita manusia sering alpa dan leka dan sering menyalahkan takdir jika terjadi sesuatu yang tidak diingini.
kita... kita rasa semua yang kita lakukan adalah yang terbaik dan sempurna. kita marah bila ada orang menuding jari kepada kita dan meyalahkan kita tentang segala kekurangan yang berlaku. tapi kenapa kita tanpa rasa bersalah dan malu, terusan sahaja menuding jari kita ke arah orang lain yang kita anggap bersalah. lumrah kehidupan...
hidup... tak semua org faham tentang kehidupan. terlalu banyak perkara yang perlu dipelajari dan dihindari. kadang2 kita keliru. tak tahu mana satu perkara yang perlu kita pelajari dan hindari. kita takkan tahu sehinggalah kita berbuat silap. tapi perlu ke kita buat silap dulu semata-mata utk menilai baik buruk sesuatu perkara tu?kadang2 kesilapan mampu menghancurkan hidup kita.kita takkan tahu apa akibat drpd kesilapan kita. kita takkan tahu kesilapan kita akan membawa kita ke daerah yang mana.....kita takkan tahu....
pengalaman memang mematangkan manusia. pengalaman mampu mengajar manusia tentang banyak perkara. aku menjadi semakin matang juga kerana pengalaman. pengalaman yang tak mungkin mampu aku lupakan. pengalaman yang sering membuat aku takut untuk kembali bermimpi.
aku sering mengimpikan KITA untuk bersama dan bersatu di dalam satu daerah yang KITA sendiri ciptakan. aku sering mengimpikan KITA akan sentiasa bersama dan saling memberi sokongan di kalangan KITA. aku amat takut untuk kembali bermimpi.... sungguh... tapi aku teramat impikan KITA.
semuanya tentang KITA...

Rabu, 6 Ogos 2008

kenapa SINGGAH kalau TAK MASUK

minggu2 yang agak panjang...

letih dan penat. lesu dan longlai.

minggu2 ni minggu2 yang menyerikkan....
setiap masa hanya tertumpu pada satu perkara. setiap hari hanya berbincang ttg satu perkara.
setiap minggu hanya tentang satu perkara.

"kenapa SINGGAH kalau TAK MASUK"


harap2 semuanya berjalan lancar.

Selasa, 5 Ogos 2008

AKU kini kembali

salam kepada teman2 bloggers semua...

aku baru pulang dari cuti yang panjang.
aku berehat agak lama sebab aku nak berehat...

jadi kini aku sudah kembali, kembali dan kembali.
aku kembali mengabdikan diri di lapangan ini.......

jaga2 semua......!

:D

hATi

"Bila hati tenang,
tempat yang sempit
terasa lapang;
Bila hati resah,
tempat yang lapang
bagaikan terhimpit..."

Ahad, 20 April 2008

Mereka Yang Kaya

10 individu terkaya Malaysia

  1. Tan Sri Robert Kuok Hock Nien
  2. Tan Sri Ananda Krishnan
  3. Tan Sri Quek Leng Chan
  4. Tan Sri Lim Goh Tong
  5. Tan Sri Teh Hong Piow
  6. Tan Sri Lee Shin Cheng
  7. Tan Sri Syed Mokhtar A-Bukhary
  8. Tan Sri Lim Kok Thay
  9. Tan Sri Tiong Hiew King
  10. Tan Sri Yeoh Tiong Lay

4 tokoh usahawan terkenal Malaysia.

  1. Tan Sri Robert Hock Nien
  • RAKYAT Malaysia yang paling kaya yang digelar 'Raja Gula' ini juga menduduki tangga ke-114 senarai orang terkaya dunia dengan aset dianggarkan bernilai RM 21.5 bilion. kuok yang memiliki perniagaan gula pasirjuga pemilik rangkaian Hotel ShangriLa, akhbar Hong Kong; South China Morning Post dan kumpulan syarikat hartanah; Kerry Properties.

2. Tan Sri Ananda Krishnan

  • DIA adalah pemilik stesen televisyen satelit ASTRO dan syarikat telekomunikasi selular terbesar Malaysia, Maxis. dengan aset bernilai RM 10.97 bilion, Ananda juga melayakkan dirinya berada di tangga ke-138 individu terkaya dunia. selain itu, Ananda juga memiliki empayar dalam pelbagai bidang perniagaan lain, termasuklah minyak, penternakan, kuda bibit (di Australia), perjudian, studio kartun Hollywood, multimedia, perkapalan, tenaga, dan harta tanah. Syarikat beroperasi di kebanyakan tempat di Asia Tenggara.

3. Tan Sri Lim Goh Tong

  • PENGERUSI Genting Berhad ini adalah usahawan cina keempat terkaya di Malaysia dengan aset bernilai lebih RM 6.15 bilion. Lim yang memiliki hotel terbesar di Asia, First World Hotel di Genting (sebanyak 6, 300 bilik), kasino 24 jam yang dikunjungi lebih 14 juta pengunjung setahun. Beliau juga memiliki syarikat kapal pelancongan terbesar Asia, Star Cruises, selain mempelopori perniagaan gas dan minyak di Malaysia.

4. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

  • AHLI perniagaan terkenal ini adalah usahawan Melayu terkaya di Malaysia. Majalah Malaysian Business pada 2005 mendedahkan Syed Mokhtar memiliki nilai kekayaan sebanyak RM 2.93 bilion menjadikannya individu ketujuh terkaya di Malaysia. pemilik Yayasan al-Bukhary ini terbabit dalam perniagaan berasaskan perladangan, pembinaan, kejuruteraan, infrastruktur dan pelabuhan. tokoh terkenal ini juga turut membina Muzium Kesenian Islam bernilai RM 70 juta di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja amal dan kebajikan, terutamanya sekitar Kedah dan Perak.

p/s: speechless... aku x kaya...

Surat Cinta Dari Aku Untuk Semua

sahabatku,

pernahkah anda semua terfikir tentang CINTA dan KEHIDUPAN? Aku yakin, pasti semua tahu dan pernah mengalami cinta dalam kehidupan masing2. x kiralah sama ada ianya cinta sejati ataupun cinta palsu. Bagi sesetengah orang, cinta itu tiada tara. namun ada juga yang menganggapnya sebagai permainan untuk menghiburkan hati semata-mata. ada yang bahagia, ada juga yang menderita kerana cinta. ini; aku ada sebuah kisah cinta.
kisah ini telah menjadi sejarah. kisah cinta yang paling parah. ya, mungkin ianya kedengaran biasa2 saja, tapi tidak bagi aku. ini cinta kisah kehidupan. khusus untuk anda semua.

kisah ini terjadi kepada seorang perempuan. namanya Hawa. Hawa punyai sebuah keluarga bahagia. tapi hanya di mata. usianya baru 12 tahun. Hawa membesar dalam keadaan celaru, biarpun tidak semua yang tahu. Hawa tidak mendapat sepenuh perhatian dalam keluarganya. mungkin kerana adik-beradiknya ramai, jd bonda dan babahnya terlepas pandang tentang keperluan Hawa. Hawa sering disuruh untuk membuat keputusan sendiri kerana bonda dan babah Hawa ingin menumpukan perhatian kepada abang2 dan kakak2nya yang lain. Hawa membesar tanpa perhatian, tanpa belaian. oleh kerana fizikalnya tidak sama dgn adik-beradik yg lain, abang2 Hawa sering mengejeknya. Hawa dilayan bagaikan insan yg tidak punya perasaan. Hawa sering menangis sendiri. lalu merasakan nasibnya sama seperti anak itik yg hodoh. tidak dipedulikan. Hawa cuba untuk mendapatkan sedikit perhatian. tp tidak berhasil. jd dia membawa haluan sendiri. berkawan dgn sesiapa shj. seronoknya hidup jika mendapat perhatian. jd dia melakukan apa sahaja utk mendapatkan perhatian. di usianya yang masih muda, dia sudah mengenali liku2 kehidupan. Dia terus meneruskan hidup dalam keadaan yang celaru. masa demi masa. hari demi hari. bulan berganti tahun.

hidup dalam dunia yang tidak berseri bukan mudah untuknya. berada dalam alam yang tidak pasti akan kewujudannya amat payah untuk Hawa lalui. tp dia tetap hidup. hidup untuk mencari ruang yang sepatutnya dia lewati. kini Hawa sudah remaja. berusia awal 20-an. hidupnya sedikit bermakna kerana keluarganya sudah mahu ambil peduli tentang dirinya walaupun tidak seberapa. namun begitu dia bersyukur. masih lagi dirinya terasa dihargai. Hawa kini sudah berubah peribadi. dia tidak lagi berkawan dgn musuh2 negara yang bisa menghancurkannya. rakan2nya tidak lagi di kalangan mereka yang tidak punyai hati. Hawa sudah ada sedikit keyakinan. keyakinan itu dia perolehi setelah begitu lama dia menyendiri dalam dunianya yang tersendiri. terasing dan sepi.

satu hari, Hawa bangkit dari jiwa yang sepi. dia menukar personaliti. menjadi insan yang selama ini tersembunyi. dia bangkit mempertahankan dirinya dari serangan2 sesiapa sahaja. dia jadi begitu berani. hati perempuannya menjadi kental tak bertepi. keras dan pejal. Hawa tidak wujud lagi. Hawa sudah mati. yang ada kini hanyalah Aishah. keanggunan Aishah terserlah melalui keyakinannya yang begitu tinggi membukit. beberapa lelaki ingin menawarkan cintanya kepada Aishah, namun Aishah tidak peduli. dia takut untuk mempedulikan cinta2 yang ditawarkan kepadanya kerana dia tidak pernah tahu apa itu cinta. bonda dan babahnya jarang menunjukkan cinta kepadanya. tidak pernah menerangkan apa itu cinta kepadanya. jika cinta adalah seperti kehidupannya yang pernah dilewati sebagai Hawa suatu masa dahulu, dia berani untuk menghindarnya. dia tidak mahu. sehinggalah dia bertemu dgn seorang lelaki yg merubah persepsinya terhadap cinta.

lelaki itu namanya Adam. Adam sungguh bijak berkata-kata. pandai bermain perasaan. Hati Aishah yang kental kini lebur. dia baru tahu keindahan cinta. inilah cinta yang didambakan seumur hidupnya. cinta yang tidak pernah dia bayangkan. Aishah begitu bahagia. hidupnya tidak pernah sebegini indah. dia hampir lemas dalam pelukan cinta yang amat mengasyikkan. namun dia tahu batas2 yang harus dijaganya selagi dia tidak bergelar suri untuk sang suami. Aishah tidak lagi bersendiri. Adam sentiasa bersamanya. menemani hari-harinya dgn begitu setia. bersama2 melewati onak duri percintaan. sepenuh hatinya telah menjadi milik Adam. seluruh jiwanya hak mutlak Adam. nyawanya juga diserahkan kpd Adam. hanya Adam. hidupnya kepunyaan Adam. begitu sekali Aishah meletakkan cintanya.

namun, malang sering menjadi takdir hidup Aishah. Adam sebenarnya lelaki yang hanya berpura2. Adam tidak jujur dgn cintanya. Adam tidak pernah mencintai dirinya. Adam lelaki penipu. Adam hanya ingin menang dalam percaturan yang dicipta bersama rakan2nya. dia ingin kelihatan hebat dapat meleburkan hati Aishah yang keras. dapat menundukkan seorang perempuan yang amat payah dirapati. Adam benar2 telah melontarkan Aishah dalam lembah penghinaan yang paling dahsyat. Adam memang seorang lelaki yang kejam. dia telah menjahanamkan kehidupan seorang perempuan yang baru sahaja memperolehi sedikit sinar harapan. Adam berlalu meninggalkan Aishah terkontang-kanting sendirian. Aishah? Hidupnya sudah terlalu tawar dan hambar. dia sudah tidak punyai apa2 pengharapan dalam kehidupannya. Aishah kini berada di ruang kesakitan yang teramat sangat. yang tidak dapat seorangpun membayangkannya. Aishah kini semakin hilang semangat. dia hanya menanti maut datang menjengah. dia ingin segera pergi supaya tidak lagi menderita di atas kelukaan yang paling dalam.


itulah kisahnya. kisah cinta yang ingin aku ceritakan. aku bercerita ini kerana aku tidak mahu ada rakan2ku di luar sana mempermainkan cinta. cinta boleh membunuh sebuah kehidupan. cinta boleh meragut nyawa seorang insan. cinta itu terlalu besar tanggungjawabnya. hati2lah ketika ingin meluahkan atau menerima cinta. x semua org tahu dan menghargai cinta yang ada.

p/s: Aishah @ Hawa adalah sahabatku yang paling rapat. Kini dia terkurung dalam penderitaan yang teramat. dan Adam, akan ku jejaki sehingga dapat. kerana dia adalah musuhku yang paling mampat.


Sabtu, 19 April 2008

AM tag aku

Sorry r, lambat jawab tag ko ni, am.... bz r... huhuhuhu... so, aku nk menjawab la ni...

"5 BENDA YANG GUA AKAN BUAT KALAU TIME GUA TENGAH HEART BROKEN"

HURM....


  1. Aku akan berkurung dalam bilik untuk fikirkan pro + corn kalau aku masih bersama dgn 'heartbroken' aku. bila banyak buruk drpd baik, aku hepilah. bila banyak baik drpd buruk, aku akan ckp. "x der jodoh, nak wat camner"
  2. Aku akan kumpul semua barang2 yang 'heartbroken' aku bg kat aku, so aku simpan semua kat dalam tong sampah. hahahaha.....
  3. Aku akan beli chocolate, aiskrim, ngan asam banyak2, then aku makan tanpa henti.. sampai aku rasa aku hepi lah...
  4. Aku akan buat apa yang selama ni aku teragak2 nak buat, then aku akan rasa kepuasan yang x terhingga.. =D
  5. Aku pergi rumh akak ipar aku, jpe ank2 buah aku, so segala kekusutan dan kesedihan yang masih bersisa akan berakhir... indahnya kehidupan.....

aku dah jawab... hehehhehe... sorry lah kot jawapan aku ni x menunjukkan yg aku sedey sbb walaupun aku sedey, tp aku tahu ada hikmahnya....

hehehehehhe.......

Rabu, 16 April 2008

Kerana Aku Perempuan...

2-3 hari ni, aku x dapat tido mlm. langsung x tido.. lepas azan subuh, baru aku boleh lelapkan mata. lepas tu, dah sah2 lah terlajak tdo sampai tgh hari, kan... celaru betul life aku sejak kebelakangan ni. bukan aku sorg jer rasanya, kengkwn pun mcm 2 jgk... agaknyalah... untuk menghilangkan rasa bosan, aku pun online r... d samping menggeledah blog2 kengkwn aku, aku sajer jek chatting... cari kwn utk berbual. mula-mula seronok gak r.. tp bila dah tgh2 mlm, dah jd laen dah. mula x seronok. time ni, semua lelaki2 kesepian yg kurg akal fikiran mula beroperasi. cari mangsa nk mengawan. Chatting pun, jd ker? heran aku. suruh buka web cam la, tanya pakai baju apa lah, ntah pape ntah.




Mula2, aku terkejut gak r. tp aku try lyn. nak tgk sejauh mana. tp, aku x boleh r. jijik. huhuhu... so, aku pun keluarkan artikel2 yg aku pernah baca dan simpan utk bg kat jantan2 tu. hehehehe... bukan nak berdakwah.. sbb aku pun x sempurna dan belum cukup ilmu. bab agama, aku no comment.. tp bab adab santun dan sopan sebagai manusia, sebagai lelaki yang bakal jd pemimpin utk keluarga masing2 nti, aku tekankan. aku pulak yg jd kecewa dgn remaja dan lelaki2 melayu sekarg ni. semuanya mcm dah lupa dengan adab dan etika. semuanya mcm dah terlalu taksub untuk menyanjung identiti bangsa yg bukan milik kita. moraliti.. semua tu dah x der. amat mengecewakan... aku tertanya2, masihkah ada lagi lelaki yang boleh membanggakan dan memartabatkan budaya bangsa kita? masihkah ada lagi lelaki MELAYU yang masih lg MELAYU yang boleh dikatakan sebagai MELAYU untuk menjadi kebanggaan org2 MELAYU?

Aku meluahkan rasa hati aku ni bukan kerana aku benci kpd jantan2 kesepian yg nk mengawan tu. aku berkata begini kerana aku terlalu kecewa...kecewa dgn lelaki yg sudah tidak ada nilai2 moral dalam diri mereka... tidak kira apa pun bangsa, adab sopan dan santun, nilai2 moral, sivik, semua tu sgt penting bg aku. ini semua hanya kerana satu sebab sahaja. kerana aku perempuan...........


Selasa, 15 April 2008

Hidup Bukan Untuk Bergembira Semata-mata

kadang2, dalam hidup ni, kita sering saja merasa gembira. hinggakan terlupa bagaimana perasaan tika bersedih. kita sering saja terlupa, terlupa, dan terlupa. kadang2, kita ingat...tp kita sengaja buat2 lupa.


terperangkap, terkongkong, terdorong...


kita bagaikan tidak tahu apa yang harus kita lakukan, apa yang boleh kita lakukan bila kita bersedih... kita hanya tahu kita mahu bergembira. kita hanya tahu bagaimana untuk bergembira. kita hanya tahu bergembira, bergembira, dan bergembira.


kita lupa, gembira dan sedih adalah nikmat Tuhan kepada kita. dan seharusnya kita sedih jika selama ni kita hanya menikmati kegembiraan dan kesenangan kerana kesedihan dan kesusahan itulah nikmat Tuhan yang paling berharga buat kita...


>>Ratna_Kesuma<<

Ahad, 13 April 2008

MELURUSKAN RUSUK YANG BENGKOK

JANGANKAN lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka; hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya.
Apa lagi yang tiada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri ataupun puteri.
Dijadikan mereka daripada tulang rusuk lelaki yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri tidak lurus, tidak mungkin dia mampu untuk luruskan mereka.
Tidak logic kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.
Luruskan wanita dengan cara yang ditunjukkan oleh ALLAH, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh ALLAH. Didiklh mereka dengan panduan daripada-Nya.
Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah.
Kenalkanlah mereka kepada ALLAH yang kekal, di situ suisnya.

Akal setipis rambutnya, tebalkanlah dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah dengan iman.
Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak.

Suburkanlah, kerana dari situlah nanti mereka nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan berbahagialah hati mereka walaupun tidak menjadi ratu cantik dunia, presiden atau perdana menteri ataupun women gladiator sekalipun.
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatukelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah mengandungkan lelaki-lelaki waja, negarawan, karyawan, jutawan dan wan-wan yang lain.
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur apatah lagi menghiburkan. Tanpa ilmu, iman, dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak diluruskan bahkan mereka pula yang membengkokkan.
Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan berbanding perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki.
Itulah akibatnya apabila wanita tidak mengenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri apa lagi mengenal lelaki.
Kini bukan lagi ramai bos telah kehilangan sekretari, bahkan anak pun kehilangan ibu, suami akan kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri.
Apabila anita derhaka, dunia lelaki akan jadi huru-hara. Apabila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa.
Para lelaki pula jangan hanya mengharapkan ketaatan dari mereka, tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju kepada ALLAH, pimpinlah diri sendiri dulu kepada-Nya.
Jinakkan diri dengan ALLAH, nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinan anda. Insya-ALLAH.

“Janganlah mengharapkan isteri seperti Sayidatina Fatimah r.a selagi peribadi belum seperti Sayidina Ali r.a.”


Petikan daripada majalah Al-Islam
>>SEKADAR RENUNGAN<<

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi,
Yang kamu pasti baik untuk dirimu
Mengenyangkan…berkhasiat…
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain
Terlalu ingin mengejar kelazatan
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi
Kamu akan menyesal…
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan…
Yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu
Menyayangimu…mengasihimu…
Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkan dengan yang lain
Terlalu mengejar kesempurnaan…
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga akan menyesal…

Jika kamu menadah air biarlah berpada
Jangan terlalu mengharap pada takungnya…
Dan janganlah menganggap ia begiti teguh
Cukuplah sekadar keperluanmu…
Apabila sekali ia retak…tentu sukar untuk menampalnya semula
Akhirnya ia dibuang…
Sedangkan jika kamu membaikinya
Mungkin ia masih boleh digunakan lagi…
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya
Janganlah kamu terlalu mengaguminya…
Dan janganlah kamu menganggapnya terlalu istimewa
Anggaplah ia manusia biasa…
Apabila sekali dia melakukan kesilapan…bukan mudah untuk menerimanya
Akhirnya kamu kecewa meninggalkannya…
Sedangkan jika kamu memaafkannya
Boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya…

Jika kamu memancing ikan…
Setelah ikan itu terlekat pada mata kail
Hendaklah kamu mengambil terus ikan itu…
Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja…
Kerana ia akan sakit disebabkan oleh bisanya ketajaman mata kail mu
Dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup…
Begitu juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang…
Setelah ia mula menyayangimu
Hendaklah kamu menjaga hatinya…
Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja…
Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu
Dan mungkin dia tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…

Rantau_Kota,
Idora Che Hassan,
Februari 2007

Alam Dan Kehidupan

Pada alam kucurahkan rindu
Rindu yang begitu mendesah
Rindu pada kehidupan sepatutnya…

Hakikat itu telah lama ku ketahui
Cuma aku yang mahu melupakannya
Melupakan kehidupan hakiki…

Makin lama ku pendam sendiri
Makin cepat ia membiak…
Makin kuat ia meneriak…
Makin liat ia meretak…
Makin itulah aku takut!
Takut untuk menghadapi
Kebenaran di sebalik senyuman…

Namun cahaya tidak selalunya memancar
Hujan pula tidak sering mengundang taufan
Hanya manusia perlu tahu membawa diri
Setelah lama tersesat dalam jasad sendiri…

Kaitlah hidupmu bersulam alam
Kerana alam merupakan kehidupan
Ke mana sahaja kita pergi dan lari
Alam dan kehidupan pasti mendahului kita…

Aku sendiri saksi kepada kehidupan
Kerana aku…
Mangsa yang terselamat
Meskipun sudah terlewat…!!


Rantau_Semarak
Idora Che Hassan
Jun 2006

Rakyat Malaysia Tidak Suka Membaca?



Semalam aku pergi pesta buku antarabangsa kat pwtc. memang seronok lah sbb bukan selalu pesta buku ni di adakan. berduyun2 rakyat malaysia datang ke pesta buku untuk mebeli buku. x kiralah buku rujukan ker, novel ker, majalah ker, buku agama ker, pokoknya, tetap membeli buku.
aku jadi heran... macam mana boleh timbulnya spekulasi bahawa rakyat malaysia rakyat yang kurang membaca? x suka membaca?
kalau tengok kesesakan di setiap booth2 kat pesta buku tuh, memang salah sungguhlah spekulasi tuh. aku sampaikan terhimpit2 dan dihimpit dengan setiap manusia yang berada kat situ. bagi aku, rakyat malaysia bukan rakyat yang kurang membaca, tapi rakyat yang tersepit dengan masalah kewangan untuk membaca. mana taknya, buku-buku yang bagus dijual dengan harga yang begitu tinggi. tak semua orang ada begitu banyak wang dan boleh memiliki semua buku2 yang bagus itu. semalam, di booth wira bukit, aku ketemu dengan Pak Samad. anak Usman Awang juga ada. Lyna. dia promote buku arwah ayahnya yang berharga rm 60 kepadaku. tp semalam ada less, dpt lah dalam rm45. aku memang sangat berminat. nak beli, tp tak cukup duit sebab sebelum tu aku dah beli buku lain. tiba2 aku ternampak buku2 Pak Samad di booth yang sama. aku tertarik. harganya juga tidak mahal. RM 20 tp selepas diskaun jadi RM 15. aku tak lepaskan peluang yang ada. aku beli. buku tu buku terbaru Pak Samad. "68 Soneta Pohon Ginkgo". puas hati jugak lah sebab at least, aku dapat jugak beli buku Pak Samad walaupun buku Usman Awang tak mampu aku beli. hujung2 semester mcm ni, memang poket aku nipis sket. terpaksa berputih matalah aku semalam. jadi, siapa yang harus ku salahkan? adakah rakyat Malaysia memang tidak suka membaca?
semalam, sewaktu Andrea Hirata tiba di PTS, bukunya sold out. rakyat malaysia mengerumuninya inginkan signature selain bergambar kenangan. berebut2 jugalah. aku hanya jadi pemerhati. rakyat malaysia begitu laparkan bahan bacaan. hatiku senang. cuma, aku kurang senang dengan ketidak adilan yang aku lihat semalam. mungkin tidak ramai yang perasan, tapi aku dapat menegsannya. sebelum Andrea Hirata tiba, ada seorang penulis Malaysia yang kurang dikenali tiba lebih awal drpd Hirata. patutnya giliran dia dahulu untuk mempromosikan bukunya, namun dia terpaksa sabar kerana pihak PTS terus sahaja memberi keutamaan kepada Hirata. mungkin kerana Hirata lebih terkenal. tapi keadaan sebegini sungguh tidak patut terjadi.
tp seronok juga semalam. ramai peserta pesta buku antarabangsa tu ingatkan aku dan amerzaman adalah reporters... hahahahaahahaha.... kelakar pulak rasanya... ada gaya seorang reporters ke kami ni... harap2 masinlah jugak mulut diorang tuh.... hahahahahahha.....