Rabu, 1 Julai 2009

Penipu, Tertipu, Ditipu.


Semalam saya tidak dapat melelapkan mata. Masuk hari ini sudah dua hari saya berkeadaan begini. Di pejabat, saya kelihatan sedikit lesu, tidak seperti hari-hari sebelumnya. Sememangnya saya sering mengalami insomnia, tapi semenjak menjalani latihan industri selama hampir dua bulan ini, gangguan itu lenyap. Mungkin kerana badan saya terkejut akibat tidak pernah bekerja sebelum ini, maka bila pulang ke rumah sahaja, saya terus tumbang tidak sedarkan diri kerana begitu penat sehinggakan mimpi juga tidak sudi lagi singgah dalam hidup saya. Begitu penat rasanya. Keadaan tersebut walau bagaimanapun mampu mengembalikan semula kehidupan normal yang jarang dapat saya nikmati beberapa tahun kebelakangan ini.


Jika dahulu, ianya langsung tidak mendatangkan sebarang permasalahan kepada saya, kerana saya tidak terikat dengan sebarang komitmen mahupun tanggungjawab tetapi kini ianya merupakan satu masalah besar buat saya kerana saya dibebani dengan seribu satu macam hal yang sangat merunsingkan fikiran saya hingga tidak mampu untuk merehatkan fikiran apatah lagi untuk melelapkan mata.


Antara penipu, tertipu dan ditipu.

Adakah saya sudah menjadi mangsa?

Rasa itu... sangat menakutkan!

Noktah.