Jumaat, 27 Februari 2009

Adakalanya...

ada kalanya aku jadi bingung sendiri. entah lah...


sama ada aku sedang di uji ataupun aku sendiri yang menguji?


mungkinkah aku tidak dapat terima kenyataan ataupun aku tidak harus ketahui kebenaran?


adakah ini merupakan satu permulaan untuk sebuah perjalanan ataupun penamat bagi satu kejayaan?


entahlah... aku masih lagi bingung dan sendiri...

Ahad, 22 Februari 2009

Khamis, 19 Februari 2009

Adik sayang Abah dengan Mak....

Abah sakit. kencing manis. kencing manis abah tinggi, 29. doktor ckp, tahap tu, org yg betul2 kuat jer yg mampu bertahan. abah kuat. abah dpt bertahan. tp abah tetap kena masuk wad. mak tak bgtau aku. akak2 aku x bgtau aku. abg2 aku tak bgtau aku. mungkin diorg x nk pelajaran aku terganggu..... tp.... kalau tbe hal2 yg berkaitan ataupun seumpama ini, aku x boleh kompromi. yg tgh sakit tu, abah aku. takkan aku lebih pentingkan pelajaran drpd abah? dan kerana aku terlalu sygkan abah aku, tak mungkin la aku sampai abaikan pelajaran aku sebab abah dah bayk bersusah payah nak sekolahkan aku adik-beradik... aku belum cukup matang, tapi aku dah mampu untuk berfikir.... takkan abang2 ngn akak2 aku tak bole pk benda yg sama? aku sedih.... kalau bole, aku sentiasa nak ada dkt dgn abah.... aku sygkan abah aku tp x tau nak luahkan mcm mana dkt abah...... aku sygkan mak aku jgk, tp aku pun tak tau nak luahkan mcm mana dkt mak.... mungkin abah yg tgh sakit, jd perasaan risau aku tu, lebih kpd abah....











setiap minggu, 3 kali abah kna pergi check kat doktor dan buat senaman. 2 hari dekat hospital besar Temerloh yg perjalanannya kira2 45 minit dari rumah aku dan sehari lagi dekat klinik kesihatan Pekan Tajau yang makan masa 15 minit dari rumah aku.... abah drive sendiri pergi hospital ngan klinik.... mak selalu temankan... mak tak pernah biar abah pergi sorg2 sebab doktor selalu pesan kt abah, "jgn memandu pak cik... bahaya.... pak cik boleh pengsan tbe2 je... bahaya..." tp kalau abah x drive sendiri, sapa yg nk antar abah pg hospital? pergi klinik? mak x pandai drive.. lesen pun x der... mak tgal ngan abah berdua jer kt kampung.... kami adik-beradik jauh... mujur jugak abang aku yg dkt rawang tu selalu balik jenguk abah....












abah aku degil... x nak duduk diam kalu bdn dia sehat sikit.... mesti nak berkebun... abah memang suka tanam sayur... dulu, sebelum kemarau tahun 1998, abah jd petani.... skrg pun abah bertani lagi.... tp skrg abh buat kebun kecik2 jer... dlm 2 ekar lebih rasanya... abah tanam jagung, serai, labu, terung, tembikai susu ngn tembikai biasa. abah memang x kan duduk diam.... kalau tak bertani, abah akan bersihkan kawasan rumah, masjid.... kalau ada kenduri-kendara kt kampung, abah akan jd tukang masak.... tp abah bukannya sehat sgt sekarang ni... sehari sehat, abah akan buat segala kerja... lepas tu abah akan demam 2-3 hari... itulah rutin kesihatan abah sejak beberapa bulan yang lepas... badan abah dah tak kuat... otot abah dah tak kuat... kulit abah dah mengendur.... mata abah dah semakin sayu.... dulu abah tak mcm tu... dulu abah tegap... badan abah kuat... tp sekarang, aku mcm dah tak kenal dgn fizikal abah aku... abah dah lain sangat.... abah belum cukup tua lagi, tp dari muda abah buat kerja2 berat untuk sara keluarga ngan adik2 dia.... sebab tu bdn abah cpt tua... cpt sakit....






doktor sahkan telinga kanan abah pekak. kesan drpd kencing manis abah.. abah dah tak berapa dengar... sebab tu sekarang abah dah bertukar jadi pendiam..... abah dah tak ceria mcm dulu lagi... abah dah jadi sensitif sangat.... abah dah tak banyak bergaul dengan orang.... aku sedih sangat......... doktor ckp pekak abah tu, permanent... mungkin bole pakai alat bantuan pendengaran, tp dah sah2 lah mahal.... aku tak mampu lg nk belikan utk abah.... akak2 ngn abang2 aku.... entah lah.... harap2 diorg mampu dan terfikir hal ni..... abah dah x bole angkat tangan kanan dia... kalau abah pakai t-shirt biasa or baju sarung, abah tak bole tanggalkan baju dia sendiri... mak akan tanggalkan... kalau aku ada, aku akan tanggalkan... sedih sangat bila tanggalkan baju abah tu.... aku tak tau nak luahkan mcm mana.... tp sedih sangat.... kdg2, lepas tanggalkan baju abah, aku akan masuk bilik, nangis sorang2... aku x nak mak ataupun abah tahu aku tgh nangis... aku tak nak mak ngan abah tgk air mata aku.... nti mak ngan abah sedih.....








kalau aku balik kampung, aku akan bgn pagi2. tlg abah kt kebun... bukannya aku rajin sgt, tp aku tak tahan tgk abah bersusah payah.... aku rela bermandi peluh..... aku sanggup hayun cangkul nk gali lubang.... aku sanggup angkat sabit nk terangkan kebun... biar bdn aku sakit... biar bdn aku letih... aku rela drpd tgk abah buat semua tu... tp aku ni anak perempuan abah... sekuat mana pun semnagat aku nak tolong abah, aku tetap tak punyai kudrat sebagai seorang lelaki... abah selalu komen aku buat lubang tak lurus, aku salah buat tu, aku salah buat ni... memang aku tak pandai... tp abah tak pernah marah... dia cuma ckp kalau ta lurus, tak cantik lah bila pokok dah besar nti.... tp aku masih lagi tak mampu nak tolong abah mesin rumput ngan meracun... aku tak larat... abang2 aku boleh lah buat semua tu, tp lepas tu diorg akan terbaring kepenatan... dulu, kalau abah yang buat, abah tak pernah terbaring mcm diorag tu... abah kuat... tp tu dulu.....






beberapa minggu lepas, aku sempat balik kampung sekejap, jumpa mak nagan abah.... walaupun sekejap, aku tetap berpuas hati sebab masa abah hantar aku ke stesen bas temerloh, sebelum turun dari kereta, aku sempat ckp kat abah ngan mak yang aku syg diorang... aku ckp, " Adik sayang abah ngan mak... adik nak abah ngan mak tahu...." itu jer yang mampu aku ckp... padahal, byk lg benda yang terbuku kt hati aku ni... mak aku cuma tersenyum dan ckp, "ye... tahu...." abah pulak, terdiam sekejap... abah pandang tempat lain... lepas tu baru abah pandang aku dan ckp, " kome pun sama... ye... tahu... adik sayang abah ngan mak..." aku senyum kat abah... aku salam mak ngan abah, aku peluk dan cium mak ngan abah aku... memang aku selalu cium mak ngan abah aku... dari aku mula sekolah asrama lagi... aku tak malu... tp bangga sbb dpt peluk ngn cium mak nagn abah.... bangga sangat2... dan aku takut kalau aku tak sempat nak buat mcm tu lagi lain kali.... abang2 ngan akak2 aku pun selalu buat mcm tu tiap kali balik kampung, jumpa mak ngan abah..............








aku risau... aku takut... sekarang ni aku cuma ada abah untuk aku bergantung dan mengadu.... aku kalau bole x nak sushkan abang2 dan akak2 aku sebab bila diorang kahwin, diorang akan terikat dgn tanggungjawab lain pulak... aku tak nk jd beban.... sebab tu aku takut sangat2 bila abah selalu sakit2.... bukan niat aku nak susahkan abah, tp dgn abah jer aku tak malu nk mintak duit untuk beli brg2 keperluan aku sama ada brg2 peribadi ataupun brg2 untuk study... kalau dgn abag2 aku, aku jd malu.... aku harap sangat abah akan mampu bertahan dan sehat mcm biasa........ aku harap sangat Tuhan bg aku peluang untuk balas jasa abah.... aku harap sangat Tuhan bg abah peluang untuk rasa segala pengorbanan dia untuk kami sekeluarga, adik-beradik, terbalas, berhasil, berjaya, dan dihargai.... aku harap sangat Tuhan sempat bagi kebahagiaan tu untuk abah.....









walaupun abah ngn mak aku tak tahu aku tulis entri ni, tp aku tetap nak bgtahu kat sini, dan harap sampai kat hati abah ngan mak yang aku sayang diorang....






abah.... mak.... adik sayang abah ngn mak.......




p/s : kalau ada yang masih belum pernah ucapkan sayang dekat mak ngn abah diorang, please... luahkan perasaan tu... korg takkan tahu mcm mana rasanya.......

Khamis, 12 Februari 2009

"sesuatu" yang kita panggil KAWAN

pergi lah ke mana-mana pun, "sesuatu" yang kita pangil kawan ni akan sentiasa ada di sekeliling kita. sentiasa bersama kita. waktu makan, pergi sekolah, pergi kedai, kadang-kadang shopping sama-sama. x kesah la kalau "sesuatu" yang kita panggil kawan tu yang kita baru kenal ker, dah lama kenal ker, baru jumpa 5 minit tadi ker, walau apa pun keadaannya "sesuatu" yang kita panggil kawan tu ada di sisi kita walaupun hakikatnya kita berdiri sorang-sorang.
tapi "sesuatu" yang kita panggil kawan ni sebenarnya bukanlah kawan kita yang hakiki. sebabnya bila sampai di satu persimpangan usia mahupun masa, "sesuatu" yang kita panggil kawan ni akan perlahan-lahan lenyap dari hidup kita. mungkin kerana kita dan "sesuatu" yang kita panggil kawan tu tidak membesar bersama, so di situlah perbezaan ideologi akan terjadi dan kerana itu, kita dan "sesuatu" yang kita panggil kawan tu pun akan mula berasa tidak selesa untuk bermesra-mesra seperti yang sudah-sudah yang kita lakukan bersama.
ataupun, mungkin juga kita dan "sesuatu" yang kita pangil kawan ni sebenarnya tersalah niat dari mula lagi. cuba fikir-fikirkan kembali. atas alasan apa kita berkawan? adakah kerana faktor kita tak kenal siapa-siapa jadi kita mulakan persahabatan kita? adakah kerana faktor ingin menembusi setiap kelemahan salah satu antara kita? adakah kerana faktor ikhlas? ataupun mungkin kerana faktor sengaja ingin menyakiti?
"sesuatu" yang kita panggil kawan ni cukup membahayakan sehingga ianya mampu meruntuhkan kepercayaan yang selama ini terbina. pergi mampos lah dengan "sesuatu" yang kita panggil kawan tu sebab sememangnya itulah yang sepatutnya terjadi dari awal lagi... dari awal-awal lagi......

Selasa, 10 Februari 2009

KOTA kenangan Sg. Rambai

23-28 Januari 2009
Rantau_Warisan
semester ni kami pelajar Penulisan Artistik, di bawah subjek Ensemble V perlu membuat kajian mengenai budaya masyarakat. program yang diberi nama 'Apresiasi Budaya Masyarakat' (Satu Penulisan Kritis) ini telah di adakan di Kampung Parit Penghulu, Sungai Rambai Tengah, Melaka.
beberapa minggu sebelum kami bertolak untuk membuat kajian, pensyarah tidak pernah lupa berpesan supaya kami sentiasa menjaga adab dan bersedia dengan apa jua keadaan yang harus kami lalui. sungguh aku rasa berdebar-debar. setiap detik hinggalah ke saat ingin menaiki bas pada pagi jumaat itu, hati aku tidak tenteram. tempat yang kami perlu pergi itu macam mana? pedalaman ke? orangnya hidup terlalu melarat ke?
kemudahannya tersekat ke?
kena mandi perigi ke?
tidur beralas tikar mengkuang ke?
keluarganya baik-baik ke?
ataupun tidak mesra?
sungguh aku terlalu risau.
apabila penyerahan anak angkat dilakukan, aku makin berdebar. aku akan terpisah dari rakan2ku yang lain dan harus menjalani kehidupan yang bukan milik aku selama 6 hari. nasib kami agak baik kerana kebanyakan keluarga mengambil 2 orang anak angkat dan aku adalah salah seorang daripada yang bernasib baik. aku dan rakanku, Siti diserahkan kepada Ketua Kampung Parit Penghulu Benteng sebagai anak angkat. aku rasa lega sebab tak mungkinlah ketua kampung kena tidur atas tikar mengkuang jer kan.. (bukan aku memilih, tapi badan aku yang hanya tulang ni akan sakit-sakit kalau tidur atas lantai yang hanya beralaskan tikar mengkuang).
kami di bawa balik ke rumah. alhamdulillah, rumahnya selesa. keluarganya ramah. jadi 6 hari yang akan aku lalui itu akan menjadi lebih mudah rasanya. kampung itu begitu membangun dengan aktiviti budayanya. kampung itu tidak pernah sunyi sebenarnya. sungguh selesa. tapi, oleh kerana keselesaan itu, aku agak kurang menghayati budaya masyarakat yang ada. aku agak kurang memahami jiwa kampung itu. bertuah sungguh rakanku yang keluarga angkatnya tinggal di kawasan bendang. dapat menghirup bau sawah dan melihat padi yang mula kekuning-kuningan. bertuah sungguh rakanku yang tinggalnya di rumah papan. rumah tradisional yang di penuhi dengan tetingkap. dapat merasai suasana alam itu yang sememangnya indah dan damai. namun aku tidak terlepas daripada merasakan sesuatu di situ. rasa yang agak sayu. rasa yang agak sendu. rasa yang tersentuh di dalam hati. betapa indahnya bumi TUHAN ini. betapa damainya jiwa ini bila angin bertiup lembut di bendang yang begitu luas. betapa terkuncinya kata-kata bila burung-burung berterbangan di awan bila senja mula menyapa. sungguh aku tidak terkata. betapa bertuahnya penduduk di kg itu.
sungguh alam itu begitu mendamaikan. Aku bagaikan terpasak di bumi itu. tidak mahu berganjak walau setapak. aku takut tidak dapat menikmati suasana itu lagi. tidak dapat menghadiri kenduri bertunang akak aku pada 26 januari juga langsung tidak mendatangkan penyesalan buat aku. tidak dapat merasai pengalaman di kampung itu baru buat aku menyesal.
kalau boleh, aku ingin menjadi sebahagian daripada kampung itu. tapi mustahilkan? jadi aku harus terus menjalin hubungan dengan keluarga angkatku di sana sampai bila-bila. sungguhpun tidak dapat memiliki jiwanya, dapat merasainya pun sudah cukup membahagiakan buat aku.
p/s : x dpt nak post gambar lg. tgu entri yg akan datang untuk melihat fotonya. kajian tetap dijalankan. dengan perasaan yang sungguh bahagia.

Isnin, 9 Februari 2009

my indierock darling by Razaisyam Rashid

aku menonton filem ini pada hari rabu yang lepas anjuran film screening club di F.A.C.T. pada asalnya aku tak tahu pun ada Q&A di akhir filem ini walaupun malam sebelumnya En. Norman dah ingatkan kami sewaktu tayangan Animated Shorts dan walaupun poster filem ini dah di tampal di merata-rata. aku terlambat 8 minit rasanysebab bila aku sampai, cerita sudah pun bermula walaupun baru permulaan cerita. aku agak seronok menonton filem ini kerana ianya catchy dan tajuknya saja sudah menarik minat aku untuk menonton. aku menonton filem ini sehingga tamat tanpa ada sedikitpun rasa mengantuk dan bosan. pengarahnya mungkin berjaya mencuri jiwa kami untuk terus menonton. tahniah kepada saudara Razaisyam.
ketika sesi Q&A bermula, En. Norman menjemput saudara Razaisyam untuk memperkenalkan serba sedikit mengenai beliau dan filemnya itu. jadi setelah memperkenalkan my indierock darling dan dirinya, saudara Razaisyam memanggil rakannya ke depan yang aku fikir untuk turut berkongsi pengalaman (mungkin juga ingin sedikit kekuatan).
maka soalan-demi soalan di lontarkan oleh pelajar-pelajar teka kepada saudara Razaisyam. aku yang tadinya berminat dgn filem tersebut tiba-tiba menjadi keliru kerana pengarahnya itu. aku teruskan lagi mendengar lontaran2 soalan dan jawapan kepada soalan2 itu. Sahabat aku, saudara amer zaman turut melontarkan soalan dan aku tekun mendengar jawapan dari mulut Saudara Razaisyam. aku pandang amer zaman kemudian aku tersenyum sendiri.
giliran rakan2 penuntut dari ASK pula untuk melontarkan soalan. aku masih lagi mendengar. soalan dan juga jawapan. aku semakin keliru. mungkin aku sorang je yang keliru. aku pandang sekeliling dan cuba pasang telinga aku lebar2. sah! bukan aku sorang jer yang keliru. hampir semua pelajar yang ada di bilik tayangan merasa keliru dengan jawapan saudara Razaisyam itu.
saudara Razaisyam pada aku langsung tidak memberi jawapan yang tepat kepada soalan2 yang dilontarkan. dia hanya bercakap tentang hal yang sama dan berputar2 di situ sahaja.
bila aku fikir2kan semula, aku tak rasa yang kami saja yang keliru pada waktu itu. saudara Razaisyam juga turut keliru dan kerana dia telah mengelirukan semua orang dengan kekeliruannya itu. Nak tergelak rasanya. mungkin saudara Razaisyam memiliki idea, namun bagi aku dia tidak memiliki jiwa sebagai filmmaker.
aku bersetuju dengan seorang pelajar dari ASK yang mengatakan dia hanya berlindung di bawah naungan 'Indie' sedangkan filemnya itu bukanlah filem indie yang sebenar. filem itu "menjadi" indie kerana memainkan lagu2 dari band HUJAN. Razaisyam juga menerangkan bahawa tajuk filemnya itu juga tiada kena mengena dengan jalan cerita filem tersebut. jadi, di mana keaslian sebuah karya Razaisyam itu?
saudara Razaisyam menegaskan bahawa filemnya itu langsung tiada kaitan ataupun pengaruh dari filem 'Dari Jemapoh ke Manchestee' arahan Hishamuddin Rais yang pernah aku tonton pada lingkungan usia 11-14 tahun... tapi apa yang aku nampak, ianya masih lagi sama.
mungkin saudara Razaisyam agak bernasib baik apabila mendapat bajet untuk membikin filem. mungkin dia juga agak bernasib baik apabila dia mempunyai idea itu. tapi bagi aku secara peribadi, bukan sekadar idea dan bajet saja yang penting untuk menjadi seorang pembikin filem. jiwa, naluri, dan rasa seni itu adalah penting bagi seseorang filmmaker selain daripada ilmu tentang kehidupan dan bidang yang berkaitan.
namun, jika saudara Razaisyam terbaca entri ini, saya ingin sekali bertanya mengapa filemnya itu bernilai RM29,100 kerana apabila diteliti semula, props yang digunakan tidak banyak dan tiada pre-produksi...
hurm.....