Selasa, 9 Mac 2010

L.O.V.E Conquer All


p/s : i love u



sudah lama saya tidak menjengah ruangan blog kerana kekurangan masa dan tiada apa untuk dikongsikan lewat beberapa bulan ini... setelah agak lama berehat daripada mencatat tentang perasaan dan juga luahan, tiba-tiba akal fikiran saya terpanggil untuk berbicara soal hati dan juga cinta. hal remeh yang amat sukar ditangani...


seorang rakan perempuan saya baru sahaja remuk hatinya... dia begitu kecewa kerana telah menunggu begitu lama untuk kembali bercinta dengan bekas teman lelakinya yang juga pernah singgah di hati saya satu waktu dahulu. waktu itu, laluan mudah saya berikan kepadanya kerana yakin saya tidak mampu untuk melukakan perasaan kawan saya itu, maka berbahagialah mereka. namun begitu, keindahan bercinta hanya dikecap buat seketika sahaja oleh kawan saya ini dan lebih banyak pertengkaran daripada keindahan dalam perhubungan mereka sehingga mereka membuat keputusan untuk menamatkan perhubungan tersebut.. kawan perempuan saya ini sebenarnya amat-amat menyayangi lelaki itu dan tidak pernah berputus asa untuk memenangi hati lelaki itu semula walaupun sedar dia hanya akan menambah luka di hati sendiri.. kini, sudah tiga tahun berlalu dan dia masih mengharapkan cinta daripada bekas kekasihnya itu tapi sayangnya, lelaki itu sudah pun memiliki teman wanita yang baru yang amat disayanginya... betapa remuk redamnya hati kawan perempuan saya kerana dia telah mengharap untuk sesuatu yang sia-sia dengan begitu lama. 3 years and she hope for nothing..
kini, kawan perempuan saya bertekad untuk tidak membuka pintu hatinya untuk mana-mana lelaki lagi dalam hidupnya dan keputusannya itu amat membimbangkan saya. saya tidak mahu kawan perempuan saya itu berputus asa dengan ketentuan Tuhan dan terus-menerus menyalahkan takdir hidupnya.. saya yakin jodohnya akan tiba juga suatu masa nanti dan saya percaya bila mana waktu itu tiba nanti, dia akan berterima kasih kepada bekas teman lelakinya itu kerana meninggalkannya suatu waktu dahulu.. saya amat percaya tentang hal itu...