Jumaat, 13 November 2009

takdir yang terindah....

setiap manusia mempunyai takdirnya yang tersendiri dalam pengembaraan di dunia ini... takdir itu tidak dapat ditolak kerana ianya adalah ketentuan Tuhan... jadi manusia biasanya akan hanya menerima takdir tersebut anpa banyak bicara...
tapi, takdir itu tidak akan sering bersama kita... ianya hanya muncul pada momen-momen tertentu dan juga pada waktu-waktu yang tertentu.... kita tidak tidak tahu bila dan kenapa....
saat ini, ada sebuah takdir yang singgah dalam hidup saya dan saya tidak tahu kenapa ianya harus begini.. adakah ianya ujian Tuhan kepada umat manusianya agar lebih tabah dan kental? ataupun sekadar mainan syaitan yang ingin melihat manusia hancur dan bersengketa? sungguh saya tidak tahu...
namun begitu, saya menganggapnya sebagai takdir yang terindah dalam hidup saya...takdir yang tersangat indah dalam seluruh hidup saya... lebih indah dari mendapat sepasang baju baru... lebih indah daripada mendapat sekarung emas... dan juga lebih indah daripada mendapat rantai berlian...sungguh indah dan mengasyikkan...
pertemuan semula setelah sekian lama yang tidak memungkinkan sebarang penyatuan begitu indah sekali di mata saya...



p/s: saya tidak tahu sama ada harus ketawa ataupun menangis....

Khamis, 27 Ogos 2009

Abah dan Emak semakin dilanda resah yang berpanjangan...


Abah aku sedang tenat


Ramadhan kali ini disambut dengan satu perasaan aneh yang sukar untuk di jelaskan sehingga menjadikan saya seorang insan yang sering murung dan terasing dalam kehidupan sendiri yang mengakibatkan kesedihan yang tak berkesudahan. Walaupun saya cuba untuk tidak melayan segala karenah yang tiba-tiba sahaja bertenggek di dalam hati yang masih tidak jelas haluannya, namun ia tetap memecak dan menghapuskan sedikit demi sedikit kegembiraan yang sememangnya tidak pernah hinggap di dalam hati saya. Hati yang dulunya sendu kini semakin walang bila saya memikirkan takdir yang harus saya tempuhi dan harungi dalam menghadapi liku-liku yang tidak pasti. Saya berasa amat takut sekali kerana saya adalah seorang yang tersangat lemah dan mudah mengalah dalam mengharungi onak dan ranjau kehidupan.



Namun begitu, saya cuba untuk melawan dan bangkit dari segala sifat yang lemah itu dan ianya menjadikan saya sebagai seorang yang tidak pernah berhenti bermimpi. Walau terkadang tidur saya diganggu dengan mimpi-mimpi aneh yang maha dahsyat, saya masih lagi mahu bermimpi dan terus bermimpi sehingga hati saya pulih seperti sedia kala.



tetapi mampukah saya untuk terus membohongi diri bahawa saya akan terus hidup bahagia bila sudah mendapat pekerjaan, mengumpul harta, berkahwin, dan menguruskan hidup sendiri tanpa memikirkan keadaan kedua ibu bapa saya yang semakin dilanda resah? Mampukah saya untuk terus berbahagia dalam keadaan kedua ibu bapa saya yang semakin sesak? Terpaksa menagih simpati orang sedangkan dulunya bermati-matian membesarkan sebilangan anak yang ramai yang kononnya boleh memberi kesenangan?



Adakah kesemua anak di dunia ini termasuk saya hanya mementingkan diri bila sudah mempunyai pekerjaan dan keluarga sendiri sehingga lupa untuk membahagiakan hati orang tua yang entah berapa lama sahaja lagi berkesempatan untuk menikmati kebahagiaan di dunia ini?



Saya masih belum bekerja dan berasa begitu malu kerana sehingga detik ini, saya masih lagi menyusahkan kedua ibu bapa saya yang sudah semakin di mamah usia dan saya terpaksa untuk menyusahkan mereka buat beberapa ketika lagi sehingga saya tamat belajar dan memperoleh pekerjaan sendiri kerana hanya mereka yang saya ada untuk meminta itu dan ini walaupun mempunyai begitu ramai abang dan kakak. Bukanlah bermaksud abang2 dan kakak2 saya tidak mempedulikan saya, tetapi mereka masing-masing sudah mempunyai kehidupan yang perlu mereka beri perhatian lebih daripada segala-galanya...



Saya cuma berharap agar TUHAN terus bukakan mata hati saya dalam menentukan arah dan tujuan kehidupan saya sekaligus menjadikan saya anak solehah yang sentiasa mendapat keredhaan kedua ibu bapa saya.




SELAMAT ULANGTAHUN KE-57, ABAH!!!
ADIK SAYANG ABAH SANGAT-SANGAT...

Isnin, 24 Ogos 2009

mimpi semakin mendekat, tapi...

begitu mudah untuk kita bermimpi dan terus bermimpi tetapi tanpa kita sedari mimpi itu adakalanya hanya akan menyiksa jiwa dan semakin melara... terlalu mudah untuk kita melakar mimpi sehingga terlupa bahawa hakikatnya yang sebenar adalah bukan mudah untuk kita terus menggenggam lantas memeluk mimpi-mimpi tersebut... ya, mimpi itu semakin mendekat, tapi untuk menjadikannya sebagai realiti kehidupan amat payah untuk direalisasikan.. semangat dan tekad harus lebih membulat supaya mampu terlena dalam pelayaran mimpi yang terindah.

Sabtu, 22 Ogos 2009

Mata hanya mampu melihat apa yang dipandang...

tidak untuk apa yang dirasakan.
betapa sukar untuk memahami dan difahami.

Rabu, 1 Julai 2009

Penipu, Tertipu, Ditipu.


Semalam saya tidak dapat melelapkan mata. Masuk hari ini sudah dua hari saya berkeadaan begini. Di pejabat, saya kelihatan sedikit lesu, tidak seperti hari-hari sebelumnya. Sememangnya saya sering mengalami insomnia, tapi semenjak menjalani latihan industri selama hampir dua bulan ini, gangguan itu lenyap. Mungkin kerana badan saya terkejut akibat tidak pernah bekerja sebelum ini, maka bila pulang ke rumah sahaja, saya terus tumbang tidak sedarkan diri kerana begitu penat sehinggakan mimpi juga tidak sudi lagi singgah dalam hidup saya. Begitu penat rasanya. Keadaan tersebut walau bagaimanapun mampu mengembalikan semula kehidupan normal yang jarang dapat saya nikmati beberapa tahun kebelakangan ini.


Jika dahulu, ianya langsung tidak mendatangkan sebarang permasalahan kepada saya, kerana saya tidak terikat dengan sebarang komitmen mahupun tanggungjawab tetapi kini ianya merupakan satu masalah besar buat saya kerana saya dibebani dengan seribu satu macam hal yang sangat merunsingkan fikiran saya hingga tidak mampu untuk merehatkan fikiran apatah lagi untuk melelapkan mata.


Antara penipu, tertipu dan ditipu.

Adakah saya sudah menjadi mangsa?

Rasa itu... sangat menakutkan!

Noktah.

Rabu, 24 Jun 2009

...



Firasat ini,

Rasa rindukah atau tanda bahaya?

Aku tak peduli,

Aku terus berlari.

Jumaat, 19 Jun 2009

JAWAB TAG JAJA KADIR


THREE NAMES I GO BY
1) Idora
2) Ratna
3) Darwina

THREE JOBS I HAVE HAD IN MY LIFE

1) Petani Moden (Tanam Sayur + Jaga Kambing)
2) Kerani (Zakaria Sujud & Associates; peguambela & peguamcara)
3) Wartawan Sastera, Berita Harian (praktikal aje)


THREE PLACES I HAVE LIVED
1) Maran, Pahang Darul Makmur
2) Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus
3) Vista Angkasa, Kerinchi


THREE TV SHOWS THAT I WATCH
1) My Wife and Kids
2) Desperate Housewives
3) How I Met Your Mother


THREE PLACES I WANT TO GO
1) Rumah Nenek Minton
2) Tanah Arab (Makkah)
3) Syurga


THREE OF MY FAVOURITE FOODS
1) Sate
2) Nasi Ayam
3) Desert (asalkan sejuk, suka lah)


THINGS I AM LOOKING FORWARD TO
1) Kerja
2) Cinta
3) Diri



THREE PETS THAT YOU HAVE OWNED
1) Kik & Bobo (kucing)
2) Langsat & Johny (anjing)
3) Jedi & Bedah (Kambing)


THREE FRIENDS WHO WILL REPLY
1) Muz2)
Irsyad
3) Wanie



THREE FAVOURITE BANDS/ SINGERS
1) Ramli Sarip (dolu-dolu)
2) M. Nasir (lagu-lagu dia memang best)
3) Zaman-zaman rock kapak punya artis dan lagu



THREE FAVOURITE SPORTS TO WATCH
1) Gimrama (gimnastik dalam air kot)
2) Badminton
3) Kick Boxing



THREE FAVOURITE DRINKS
1) Hot Chocolate
2) Air Buah
3) Teh O Ais Limau




***********************************************************************************


1. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri??
Entah.. dah lupa.. selama ni duit abah kasi, x pernah ada duit sendiri. Masih belum bekerja.



2. Apakah bende paling penting dlm hidup kamu?
Kepercayaan dan kasih sayang.. selain tu, sudah tentu lah handphone saya.



3. Dimanakah tempat impian perkahwinan kamu??
Mungkinkah saya berkahwin? Saya belum pasti.



4. Berapa lama hubungan kamu berkekalan?
Tidak pernah lama.


5. Adakah anda sedang dilamun cinta??
Saya masih keliru dengan perkataan tersebut.


6. Dimanakah restoran terakhir kamu makan malam??
Le Meridian, Kuala Lumpur


7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
Siddharta


8. Kamu lebih senang dengan ayah atau mak??
Abah

10. Namakan seseorang yang ingin kamu jumpa dalam hidup kamu buat pertama kalinya??
Jika ada sakti, saya ingin sekali bertemu dengan Laksamana Sunan (Pengaruh triologi Bagaikan Puteri)


11. Sebutkan 8 nama sahabat yang paling rapat dengan kamu.
Kak Ayu
Muz
Kish
Irsyad
Yati
Wanie
Lin
Anis Suraya


12. Adakah kamu mencuci pakaian sendiri??
sudah tentu.


13. Tempat yang paling seronok yang kamu mahu pergi?
Disneyland.


14. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu..
Kita tidak mengerti antara satu sama lain, namun kita saling mengenali. Jadi...

Jaja adalah Jaja
Kental
bersemangat
banyak fikir
keliru


15. 8 perkara yang amat saya gilai
Shopping Complex
Ramlee Awang Murshid
Ombak dan Pantai
Baca Novel
Jalan-jalan
DSLR
Makan-makan
Unit Sastera, Berita Harian



16. Pelukan atau ciuman??
Pelukan


17. 8 perkataan yang sering diucapkan
patutlah…
ye ke?
oh!
baru aku tahu
lah.. kenapa?
kurang ajar kan..
aku tak kira
pedulik apa!



18. 8 buah buku yang paling baru di baca??
Ceritalah 3, Malaysia : A Dream Deferred oleh Karim Raslan
Siddharta oleh Institut Terjemahan Negara
Sense of Proportion oleh Adam Kadir
Sultan Muhammad Al-Fateh : Penakluk Konstantinopel oleh Abdul Latip Talib
Melakar Cinta Firdausi oleh Nurul Aini K. Zahari & Aimi Nabihah Mohamad
Warkah Cinta Berbau Syurga oleh A. Ubaidillah Alias
Lasykar Pelangi oleh Andrea Hirata
Dunia Sophie oleh Institut Terjemahan Negara


(banyak lagi bilangan buku yang paling baru dibaca)



19. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali??
Bunga Angkasa – Terra Rossa
Bernafas Dalam Lumpur – Wings
Nur Nilam Sari – M. Nasir
Kamelia – Sweet Charity
Tiada Lagi – Mayang Sari / Search
Ruang Rindu - Letto
Hadapi Dengan Senyuman – Dewa
Something Stupid – Robbie Wiliams & Nicole Kidman


20. Mari men'TAG' 8 orang lain...

Tiada siapa yang mahu saya tag.

Selasa, 16 Jun 2009

aku dan keterbatasan...

daisy yang terbaring layu di atas sekeping kertas itu ibarat keterbatasan aku untuk mekar dan terus berkembang

aku tahu mimpi itu makin kuat dan ianya menggamit tubuhku agar terus mendekat. mimpi itu juga makin kukuh dan jitu. aku tidak yakin apakah aku mampu untuk terus menggenggam mimpi itu. sungguh aku tidak tahu. namun selagi aku masih lagi bermimpi, peluang untuk aku meraih mimpi itu ke dalam pelukanku masih lagi cerah. sinar itu bagaikan memberi tanda bahawa harapan masih lagi ada, ruang masih lagi terbuka luas cuma aku perlu tahu apa yang aku mahu dan apa yang mereka mahu.







masalahnya di sini ialah aku tahu mereka tahu apa yang aku mahu dan mereka mahu aku lakukan apa yang aku tahu demi masa depan aku sendiri tapi mereka masih lagi membina halangan dan tidak pernah memudahkan perjalanan hidupku yang sentiasa beronak dan penuh dengan liku-liku yang terkadang tidak mampu untuk aku tempuhi sendiri.







mujur mereka masih lagi perihatin dan sentiasa ada bersama aku walau apa pun keadaan dan untung juga masih ada yang begitu mengambil berat tentang aku walau tiada sebarang pertalian darah denganku dan bersyukur sungguh kerana aku masih lagi berteman walau sendiri.




patutkah aku terus melangkah dan kemudiannya berlari sambil menoleh hari-hari yang sudah ataupun terus berjalan tapi perlahan sambil menggendong apa yang tidak ku ingini?




bantulah aku wahai teman...

Selasa, 9 Jun 2009

Rimba Keangkuhan + Mantera Tercicir Seorang Penyair Membentuk Jalan

akhirnya puisi ciptaan aku iaitu RIMBA KEANGKUHAN dan juga puisi kepunyaan amerzaman, MANTERA TERCICIR SEORANG PENYAIR MEMBENTUK JALAN tersiar juga di dada akhbar Berita Harian untuk rungan puisi bertarikh 9 Mei dan juga 6 Jun 2009. maksudnya, kami sudah boleh menyertai mana-mana acara deklamasi puisi selepas ini. ruma PENA, tunggu puisi kami..

Rabu, 3 Jun 2009

Pengalaman Yang Mewarnai Kehidupan

Tuhan tidak akan pernah berhenti untuk memberi ujian kepada hamba-Nya terutamanya apabila hamba-Nya itu begitu asyik dan leka melayari kehidupan yang penuh dengan keseronokan dan juga kesenangan sehingga lalai untuk membentang sejadah, menadah tangan, dan sujud kepada-Nya.
Untuk menguji sejauh mana kesetiaan setiap dari hamba-Nya itu, maka Tuhan berikan sedikit ujian kecil yang kadangkala tidak dapat ditanggung oleh manusia biasa dan pada waktu itulah manusia akan mengingati Maha Pencipta dan memohon diberi kekuatan untuk mendepani segala musibah yang mendatang, namun ada juga sesetengah kelompok yang masih jahil begitu berani menyalahkan takdir Tuhan, mencabar kekuasaan Yang Maha Besar dan paling menyedihkan apabila ada juga yang lancang bersuara apabila mengeluarkan kata-kata kesat bagaikan dialah yang begitu besar dan berkuasa di dunia ini.
Namun, Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang kerana Dia tidak pernah membeza-bezakan hamba-Nya dan ujian yang diberikan hanyalah untuk menyedarkan hamba-nya golongan manusia yang mampu berfikir ini agar sentiasa mendekatkan diri kepada-Nya.
Saya berkata begini bukanlah kerana ingin menyedarkan sesiapa, tetapi lebih kepada untuk menyedarkan diri sendiri apabila ditimpa musibah kecil yang mampu menggugat keasyikan dan keselesaan saya dalam kehidupan selama ini dan kerana musibah ini jugalah saya mengerti realiti sebuah kehidupan yang sememangnya penuh dengan pancaroba.
Hujung minggu lalu merupakan hari yang begitu memenatkan saya apabila tetpaksa berpindah serta-merta kerana didakwa tidak membayar sewa rumah sejak dari Disember 2008 dan kenyataan tersebut benar-benar memeranjatkan saya kerana hakikatnya saya baru saja sebulan menyewa di rumah tersebut iaitu bermula dari 4 Mei 2009 dan bagaimana pula boleh timbul perkara seperti yang dibangkitkan oleh pemilik rumah tersebut?
Saya menyewa di situ apabila harus menjalani latihan industri selama dua bulan bermula dari 4 Mei hingga 3 Julai ini dan bersama saya terdapat lagi tiga orang penyewa lain yang masing-masing sudah hampir dua tahun tinggal di situ dan yang menghairankan saya adalah apabila tuan yang empunya rumah datang untuk berbincang, mereka mengaku baru saja menyewa di situ pada Mei 2009.
Hati saya tertanya-tanya kenapa mereka mengatakan sebegitu sedangkan mereka sudah lama menjadi penyewa di rumah tersebut dan kenapa mereka tidak berani menegakkan kebenaran dan menunjukkan bukti sahih jika mereka benar-benar sudah membayar sewa sebanyak RM 1,000 sebulan?
Mahu ataupun tidak, saya terpaksa mencari bilik sewa yang lain dan alhamdulillah, saya berjaya mendapatkan sebuah bilik untuk dijadikan tempat berlindung dari panas dan hujan namun saya berasa sedikit kesal apabila terpaksa membayar wang deposit dengan jumlah yang agak besar kerana tempoh latihan industri saya hanya tinggal sebulan sahaja lagi dan RM 462 begitu berharga buat saya yang masih belum mendapat elaun dan terpaksa keluar ke sana sini untuk mendapatkan 'story' bagi menyempurnakan latihan industri saya.
Saya hanya mampu mengatakan bahawa ini adalah merupakan sebahagian daripada realiti kehidupan yang boleh dijadikan sebagai pengalaman yang berharga untuk saya terus memahami keperitan hidup dan setiap ujian itu adalah berbeza bagi setiap individu kerana hanya Tuhan saja mengetahui tahap kemampuan setiap dari hamba-Nya.

Jumaat, 29 Mei 2009

mimpi itu makin kuat...



aku semakin menyukai tugasan yang dipanggil seperti ini.
ianya bukanlah semudah yang disangka,
tapi tetap menyeronokkan.

Rabu, 27 Mei 2009

Ha..Ha..Ha.. (ketawa tanpa sebab bila teringat mohsein jatuh kat Fakulti)

ai.. aku pun kna tag jugak ke? ni semua mohsein pnye pasal lah kn... nmpak sgt dia kesepian tahap gaban.. hahahahaha.....tp x pe, aku cuba untuk menjawabnya ye saudara amerzaman... sebarang jawapan adalah sulit. jgn bgtau org lain. aku bgtau ko sorg je nih...


1. Apa pula slogan korang kalau korang jadi PM?
"Idora Cemerlang, Idora Gemilang, Idora Tersayang!"



2. Pilih satu artis yang korang nak jadi PM dan lagu beliau yang sesuai dislogankan?
Christina Akugila (Aguleira), lagu "I Am Beautiful"



3. Najib menggelarkan dirinya PM Rakyat. Korang pulak PM apa? Alasan?
PM HOT... hahahaa... biar r aku nk perasan pun... alasannya sebab, aku mmg hot apa.. hahahaha...



4. Industri yang korang tumpukan bila jadi pm. Alasan?
INDUSTRI MELATAH.. Aku nk tubuhkan "FAKULTI OH LATAH" dan aku akan wajibkan seluruh menteri di kementerian dapat latihan intensif yang secukupnya selama 6 bulan di fakulti sbb aku nak memerintah sorang2 n diorang x leh berahsia dgn aku sbb diorg melatah... hehehehe.... (org melatah x leh simpan rahsia... pengakuan jujur dari I bkn nama sebenar) so, xkn ada konspirasi yg boleh menjatuhkan aku.



5. Benda yang korang nak buang@tambah kalau jadi PM?
mansuhkan cukai pintu, tambah lampu jalan dan tubuhkan sistem gaji bulanan kepada warga tua, ibu tunggal, dan juga bapa tunggal yang tiada pendapatan tetap sebanyak RM 1,427 sebulan. (amek duit dari cukai jalan yg amerzaman naikkan).

Ops! mansuhkan juga org2 seperti shah, fairuz, kid, mohsein, shazwan (nama2 yg disebut bukanlah nama sebenar), juga akill hayy, norman hakim, memey suhaiza, waheeda, dan org2 politik. aman lah Malaysia ni nanti...


6. Model negara mana korang nak buat affair dan kemudian letupkan? Kenapa?
semua model dari Amerika Selatan. kenapa? sbb diorg semua tu, muka jer yg lawa, badan abis berjeragat.

Selasa, 19 Mei 2009

Falsafah dungu seorang wanita dalam pemikiran dia, BUKAN AKU...

ini ada sebuah lagi kisah yang makin menari-nari dalam benak fikiran aku. tentang falsafah dungu seorang perempuan yang kononnya vogue the vassss..... hahahha... entah la nak describe kan macam mana...

perempuan ni berkongsi bumbung rumah dengan aku. umur dia 23 tahun.. kira akak la bg aku.. tp dia x suka aku panggil dia akak. dia suruh aku panggil nama je. aku pulak x berapa nak selesa kalo panggil nama jer, so aku tetap panggil dia akak... aku baru jer masuk rumah tu tp tak nak lah nti dioarg anggap aku ni sombong, jadi pada satu hening pagi dalam pukul 2.15 am, aku dengan rela paksa temankan akak tu lepak kat bawah, kat kedai char kuey teow yang langsung tak meyelerakan nafsu makan aku..

malam tu kitorg berbual panjang... ye lah, x berapa kenal lagi an... kena lah share cerita sket2... yang aku tak pahamnyer, akak ni selalu tanya aku soalan pelik2.. antaranya :-

1) "Ko g clubbing x?"
2) "Ko merokok x?"

aku ingatkan dia buat judgement kat aku berdasarkan penampilan aku. sebab akak tu ari2 pegi keja pakai baju kurung.. nmpak macam baik2 jer.. mungkin dia x selesa bila aku masuk rumah tu dengan sosial life yg aku ada... mungkin juga sebab kadang2, aku balik lewat, siapkan tugas, dan juga kadang2 keluar dgn kawan2 membuatkan dia terfikir nak tanya aku soalan macam tu...

tapi yang aku terkejutnya, dia tanya aku macam tu sebab dia nak cari geng nak pg clubbing sama2. WTF? hahahahaha... kan dah mencarut.... kemudian ada lah beberapa ayat lagi yang dia ckp dkt aku yang menunjukkan ideologi dia sebagai seorang perempuan yang dungu bagi pandangan aku...

aku cakap kat dia, aku memang x pegi tempat2 mcm tu.. bukn sbb apa pun, cuma sbb aku x bole duduk kt tmpt yang sesak, bising, muzik macam nak pecah kepala, lampu pusing2 yang berwarna-warni yang buat aku pitam, yang bercampur ngan bau macam2, arak, pak arab, mat saleh, bro negro.... memang x boleh.. pening... tu je sebab nye... bkn aku x suka enjoy, cuma kena pandai la cari hiburan yg sesuai kan...

dia cerita kat aku, org tu kena culture shock, org ni kena kejutan budaya... kelakar kan... macam dia x kena jer... dia lah mangsa kejutan budaya yang paling menyedihkan sekali...aku cakap kat dia,

"akak, saya membesar kat nilai. sekolah rendh lagi saya dah round kl, ponteng sekolah.hehehehe... kalo saya nk pegi tmpt2 mcm tu, dah lama saya pegi, kak.. cuma, saya tak suka.. lagipun, sy x nk kecewakan org tua saya. diorg dah bagi keprcayaan, saya xkn sia2kn keyakinan diorg. apa yg saya buat selama ni pun, org tua sy tahu.. sy pg mana pun, sy bgtau org tua sy... (kecuali pg kedai, pg toilet, or hangout ngn kwn sbb diorg dah tau aku mmg suka keluar jalan2)". [nilai x jauh mana pun dgn kl, so aku mmg byk kuar kl dari seremban].


akak tu pandang aku semacam jer... meluat kot.. huhuhuhu.... lantak dia lah... yg penting, aku nk dia tahu yg aku x tergolong dlm org2 yg mcm dia... aku x nk kelihatan ataupun jadi dungu dengan benda2 x berfaedah mcm tu...

secara tak langsung, akak tu mengunjurkan satu buah lagi pemikiran buat aku.. kalo budak dari kampung datang berhijrah ke KL utk kerja or study mmg wajib ke pergi clubbing? dah jadi macam satu kemestian pulak... apa pnye pemikiran la...

kalo dia berbangga cerita kat aku yang dia dah pergi clubbing, sayang...sebab aku pandang dia dengan pandangan yang begitu sadis sekali... kesian budak ni, x tau apa yg dia buat....aku monolog sorg2 la kan... hehehehe...


i'm not perfect.. masih banyak yang perlu aku ubah mengenai diri sendiri... aku masih belum cukup sempurna... tapi keadaan yang sebegini sememangnya cukup memualkan tekak aku...

Isnin, 11 Mei 2009

episod baru : memeluk alam mimpi

aku semakin hampir memeluk alam mimpi bila berada di ruangan ini. aku cuba untuk merealisasikan apa yang pernah dihajatkan jauh di sudut hati selama aku hidup ini. aku ingin, aku berani, aku yakin, tapi aku masih lagi belum cukup bersedia mempersiapkan diriku untuk meredah ribut mimpi itu. memangnya aku yakin, rantau ini punya 'sesuatu' yang belum di terokai oleh siapa-siapa pun kerana aku di ajar untuk memahami dan difahami... sukar ataupun tidak, terserah saja kepada takdir yang sentiasa mengekori hidup kita selagi kita berusaha dengan kesungguhan yang luar biasa. mungkin aku bisa mencapai eskapisma yang tiada tara di sini. sama seperti waktu amerzaman pergi ke konsert alam m. nasir mungkin. doakan aku berjaya memeluk mimpi itu.

Rabu, 6 Mei 2009

Selasa, 5 Mei 2009

setapak demi setapak ke alam mimpi

langkah pertama telah ku atur lewat pagi semalam...

apakah akan ada langkah lagi untuk ku teruskan buat hari esok dan seterusnya...?

siapa tahu, kan...




Rantau_Sastera,
Ratna_Kesuma,
05 mei 09
12:32

Rabu, 22 April 2009

ingin ku peluk mimpi itu

Aku punya mimpi
Tapi... aku tak berani
Namun wajah tua ayahku
Dan raut sendu ibuku
Menyesakkan nyawaku yang kian perlahan
Betapa ayahku sudah sekian lama menderita
betapa ibuku selalu saja berduka.
Dua puluh satu tahun usiaku
Menyaksikan segala keperitan ayah dan ibu
Membuat aku menginsafi diri.
Aku harus jadi berani
Akan ku peluk mimpi itu
Biar bibir ayahku tersenyum bahagia
Biar roman ibuku bertukar ceria
Kan ku pastikan bahagia itu milik mereka
Hingga ke syurga loka.




keperitan hidup menginsafkan aku makhluk-makhluk bumi agar sentiasa bersyukur dan taat pada yang Maha Esa. supaya nantinya aku akan menjadi lebih gagah jiwanya dan air mata itu takkan ada lagi...

Isnin, 6 April 2009

Hijab



Tanpa kita sedari,
Misteri sakti yang selama ini
Kita rahsiakan,
Pasti akan terbongkar jua…
Setiap hari… Setiap detik…
Setiap peristiwa!
Rahsia
bukan
lagi
rahsia.


Rantau_Pelabuhan
Ratna_Kesuma
Julai 2006

Isnin, 30 Mac 2009

mencari fikiran seorang LAKI2

sebentar tadi aku diajukan dengan beberapa buah pertanyaan oleh hati kecilku. pertanyaannya berbunyi;


kenapa kebanyakan lelaki suka warna biru?
aku cuba mencari jawapannya sendirian. tapi aku tak berjaya untuk memecahkan persoalan itu. anda laki-laki, tahu jawapannya? sebagaimana yang aku tahu, biru melambangkan kedamaian, ketenangan, perpaduan dan keamanan. adakah laki-laki kebanyakannya berjiwa lembut? selalu inginkan keharmonian? akan tetapi, dari pemerhatian aku, di ulangi, dari pemerhatian aku, kebanyakan laki-laki tak tunjukkan jiwa mereka yang sebenarnya. mereka ingin dilihat sebagai seorang laki-laki yang kasar, yang tegas, yang pantang dicabar, yang tak rela kalau dilihat sebagai laki-laki yang lembut walau pada hakikatnya jiwa laki-laki ini teramatlah lembut. laki-laki biasanya akan tunjukkan jiwa mereka yang sebenar hanya kepada sang kekasih. tidak kepada ibu, tidak kepada ayah, tidak kepada kakak, tidak kepada abang, tidak kepada adik, juga tidak kepada kawan. hatta kawan baik mereka sekalipun. sangat susah nak tembus jiwa laki-laki jika kita bukan siapa-siapa di hati mereka. mereka ni terhalang oleh satu tembok pemisah(macam kat palestin) antara perasaan dan juga keadaan. laki-laki ini tidak boleh suka-suka hati nak luahkan perasaan mereka. mereka kena kawal. kena tengok keadaan sekeliling. kalau line clear baru bole nk nangis ke, nak sedih ke, nk jerit ke, nk apa ke. kalau tak clear, laki-laki ini kena lah tahan perasaan mereka. kena pendam. sampai sakit, sampai bengkak hati mereka tuh.
kemudian, bila aku semakin di asak dengan bermacam jenis kebarangkalian, ada satu lagi soalan yang menari-nari di dalam fikiran aku. soalannya begini;
kenapa laki-laki tak suka perempuan pakai make-up?
maksud di sini, laki-laki yang benar-benar laki-laki lah. kenapa kebanyakan laki-laki tak suka jika sang kekasih mereka pakai make-up? mereka bilang ingin sang kekasih nampak neutral. tapi kenapa? apa yang membezakannya? mungkin kerana aku ini perempuan, jadi aku tidak mampu untuk mendapatkan jawapannya. jadi anda semua, sebagai laki-laki, mungkin boleh berikan aku jawapan. mungkin juga rakan-rakan perempuan ku ada jawapannya... sila... tolong berikan akau jawapan untuk dua soalan mengenai laki-laki ini yang sememangnya tak pernah aku fahami.

Jumaat, 27 Mac 2009

Kerana Aku Perempuan 2

Aku yang di'binti'kan bapaku adalah seorang perempuan. usiaku masih lagi baru. baru menginjak dua dekad. masih segar dan masih bertenaga. aku dikelilingi oleh kebanyakan lelaki. mempunyai 7 orang abang besar sudah cukup untuk memaskulinkan jiwa aku. tapi aku masih lagi seorang perempuan dan tetap menjadi seorang perempuan.
aku bukanlah jenis yang rela diriku ditindas. aku pantang jika ada yang cuba untuk menidakkan kemampuan aku. mungkin kerana 'darah muda' yang masih lagi mengalir di dalam urat-urat dawaiku. jadinya, aku kalau sudah bernafsu marah sangat sedih sekali kerana aku tak ingin terkalahkan. sungguhpun begitu, aku masih lagi seorang perempuan dan aku tetap kekal begitu.
aku perempuan yang hanya dikuasai nafsu, tidak seperti lelaki yang kaya dengan akal. tapi apa yang aku lihat, akal yang banyak itu masih tidak mampu menjadikan lelaki itu lebih bijak daripada aku, seorang perempuan, dengan tindakan bodohnya itu. tapi kau masih lagi dianggap benar dan aku salah; hanya kerana kau lelaki, aku perempuan.
p/s : aku tetap ingin menggapai awan. aku tidak mahu menjadi penongkat langit, tapi aku ingin menjadi aku.
090326 - 0441
Rantau_Alam

Khamis, 26 Mac 2009

makhluk-makhluk bumi

aku adalah di antara makhluk-makhluk bumi yang seringnya gagal untuk membezakan makhluk-makhluk yang lainnya. aku adalah makhluk-makhluk bumi yang selalunya resah bila memikirkan tentang makhluk-makhluk lainnya...



semalam...
aku cuba untuk menidakkan kebenaran.
tapi aku terbungkus di dalam selimut sendiri,
tak pasti apa yang telah aku lakukan.
aku juga tak pasti apa yang aku inginkan.


aku cuba mengingati tentang seseorang.
seseorang yang telah banyak membantu aku memahami hidup.
dia sama seperti aku.
masih lagi makhluk bumi.
dia...aku... dan makhluk-makhluk bumi yang lainnya...


aku cuba naik kapal angkasa.
ingin menempuhi perjalanan menuju ke matahari.
tapi kapal angkasa aku tersekat dekat bulan.
tak boleh bergerak.
petrol masih lagi penuh.
diesel ada lagi separuh.
tapi kapal angkasa aku tak juga bergerak-gerak.
rupa-rupanya, chewing gum melekat dekat dinding kapal angkasa aku.



mungkin kehidupan juga sama dengan situasi ini.
ada matlamat, ada impian, ada cita-cita...
tapi terkadang tersekat...
hanya kerana kita adalah makhluk-makhluk bumi yang terkandas.
bumi itu bulat. sfera.
lambat laun, kita tetap akan sampai ke titik pertembungan.
cuma bila tiba waktunya,
mungkin kita bukan lagi makhluk-makhluk bumi...




aku adalah di antara makhluk-makhluk bumi yang paling tak pandai nak bercakap. aku adalah di antara makhluk-makhluk bumi yang paling tak reti nak berbahasa. aku juga adalah di antara makhluk-makhluk bumi yang tak pandai mengawal perasaan jika sudah membuak melimpah. aku masih lagi makhluk bumi yang belum sempurna dan tidak akan hilang masalah aku jika aku menjadi seperti makhluk-makhluk bintang yang seringnya berseronok di malam hari sambil berasap-asap.

Ahad, 22 Mac 2009

mencari

dalam hidup ini manusia seringnya ingin mencari. namun, apa yang sebenarnya dicari itu?



ada orang, dia mencari erti. namun dia tak pernah mengerti.
ada orang, dia mencari sepi. namun dia tak pernah menyendiri.
ada orang, dia mencari kasih. namun dia tak pernah mengasihi.
ada orang, dia mencari sinar. namun dia tak pernah menyinari.
ada orang, dia mencari duka. namun dia tak pernah menderita.
ada orang, dia mencari sengketa. namun dia tak pernah menderhaka.
ada orang, dia mencari bahagia. namun dia tak pernah bersedia.
ada orang, dia mencari diri. namun dia tak pernah mengenali.



terlalu banyak yang di cari sebenarnya. sampai terkadang kita lupa untuk menghargai apa yang telah kita miliki. jika terlalu banyak persoalan yang tersingkap, manusia akan terus lupa untuk menghargai kehidupan yang sememangnya ada di depan mata.





p/s: aku sedang ingin bercinta

Sabtu, 21 Mac 2009

tanpatajuk

PERSAHABATAN TIDAK MUNGKIN TERJALIN
JIKA KITA HANYA MEMBERIKAN SEBAHAGIAN DARI DIRI KITA,
SEBAB SETIAP JIWA BERBEDA DENGAN JIWA YANG LAIN.
DALAM PERSAHABATAN DAN CINTA,
DUA TANGAN TERANGKAT BERDAMPINGAN BERSAMA
UNTUK MENEMUKAN APA YANG TIDAK DAPAT DICAPAI SENDIRIAN.
-kahlil gibran-

Khamis, 5 Mac 2009

perjalanan menuju kematangan...?

hari ini, 05 march 2009, genap setahun aku menulis blog. tanpa kusedari, dalam leka melayari bahtera perjalanan hidup yang semakin kusam, 'suara hatiku; ini sudah (baru sebenarnya) mencapai usia setahun. moga usia setahun ini membolehkannya menjadi semakin matang dan bijak dalam menuturkan bicara dan melontarkan suara.


baru setahun, tetapi banyak lukisan2 hidup yang telah mewarnai hidupku dengan pelbagai jenis kisah yang kadang sukar untuk dimengertikan...



kini aku tumbuh sebagai insan yang lain, yang cuba untuk menuju kematangan biarpun sepatutnya ia sudah lama berlaku...



aku ada sebuah kisah untuk dikongsikan dengan anda semua. namun, ianya hrus benar2 diceritakan pada masa dan latar yangs sesuai agar ianya mampu difahami semua...



aku tidak minta ia jd begini....



p/s: kpd anda, jika dulu anda mampu memahami aku, kenapa tidak sekarang?

Selasa, 3 Mac 2009

Malam Sehati dan Sejiwa

Perhimpunan pada malam ini di namakan sebagai "Malam Sehati dan Sejiwa".
Namun, masih sejiwakah?
hati... apakah masih seperti dulu?

Jumaat, 27 Februari 2009

Adakalanya...

ada kalanya aku jadi bingung sendiri. entah lah...


sama ada aku sedang di uji ataupun aku sendiri yang menguji?


mungkinkah aku tidak dapat terima kenyataan ataupun aku tidak harus ketahui kebenaran?


adakah ini merupakan satu permulaan untuk sebuah perjalanan ataupun penamat bagi satu kejayaan?


entahlah... aku masih lagi bingung dan sendiri...

Ahad, 22 Februari 2009

Khamis, 19 Februari 2009

Adik sayang Abah dengan Mak....

Abah sakit. kencing manis. kencing manis abah tinggi, 29. doktor ckp, tahap tu, org yg betul2 kuat jer yg mampu bertahan. abah kuat. abah dpt bertahan. tp abah tetap kena masuk wad. mak tak bgtau aku. akak2 aku x bgtau aku. abg2 aku tak bgtau aku. mungkin diorg x nk pelajaran aku terganggu..... tp.... kalau tbe hal2 yg berkaitan ataupun seumpama ini, aku x boleh kompromi. yg tgh sakit tu, abah aku. takkan aku lebih pentingkan pelajaran drpd abah? dan kerana aku terlalu sygkan abah aku, tak mungkin la aku sampai abaikan pelajaran aku sebab abah dah bayk bersusah payah nak sekolahkan aku adik-beradik... aku belum cukup matang, tapi aku dah mampu untuk berfikir.... takkan abang2 ngn akak2 aku tak bole pk benda yg sama? aku sedih.... kalau bole, aku sentiasa nak ada dkt dgn abah.... aku sygkan abah aku tp x tau nak luahkan mcm mana dkt abah...... aku sygkan mak aku jgk, tp aku pun tak tau nak luahkan mcm mana dkt mak.... mungkin abah yg tgh sakit, jd perasaan risau aku tu, lebih kpd abah....











setiap minggu, 3 kali abah kna pergi check kat doktor dan buat senaman. 2 hari dekat hospital besar Temerloh yg perjalanannya kira2 45 minit dari rumah aku dan sehari lagi dekat klinik kesihatan Pekan Tajau yang makan masa 15 minit dari rumah aku.... abah drive sendiri pergi hospital ngan klinik.... mak selalu temankan... mak tak pernah biar abah pergi sorg2 sebab doktor selalu pesan kt abah, "jgn memandu pak cik... bahaya.... pak cik boleh pengsan tbe2 je... bahaya..." tp kalau abah x drive sendiri, sapa yg nk antar abah pg hospital? pergi klinik? mak x pandai drive.. lesen pun x der... mak tgal ngan abah berdua jer kt kampung.... kami adik-beradik jauh... mujur jugak abang aku yg dkt rawang tu selalu balik jenguk abah....












abah aku degil... x nak duduk diam kalu bdn dia sehat sikit.... mesti nak berkebun... abah memang suka tanam sayur... dulu, sebelum kemarau tahun 1998, abah jd petani.... skrg pun abah bertani lagi.... tp skrg abh buat kebun kecik2 jer... dlm 2 ekar lebih rasanya... abah tanam jagung, serai, labu, terung, tembikai susu ngn tembikai biasa. abah memang x kan duduk diam.... kalau tak bertani, abah akan bersihkan kawasan rumah, masjid.... kalau ada kenduri-kendara kt kampung, abah akan jd tukang masak.... tp abah bukannya sehat sgt sekarang ni... sehari sehat, abah akan buat segala kerja... lepas tu abah akan demam 2-3 hari... itulah rutin kesihatan abah sejak beberapa bulan yang lepas... badan abah dah tak kuat... otot abah dah tak kuat... kulit abah dah mengendur.... mata abah dah semakin sayu.... dulu abah tak mcm tu... dulu abah tegap... badan abah kuat... tp sekarang, aku mcm dah tak kenal dgn fizikal abah aku... abah dah lain sangat.... abah belum cukup tua lagi, tp dari muda abah buat kerja2 berat untuk sara keluarga ngan adik2 dia.... sebab tu bdn abah cpt tua... cpt sakit....






doktor sahkan telinga kanan abah pekak. kesan drpd kencing manis abah.. abah dah tak berapa dengar... sebab tu sekarang abah dah bertukar jadi pendiam..... abah dah tak ceria mcm dulu lagi... abah dah jadi sensitif sangat.... abah dah tak banyak bergaul dengan orang.... aku sedih sangat......... doktor ckp pekak abah tu, permanent... mungkin bole pakai alat bantuan pendengaran, tp dah sah2 lah mahal.... aku tak mampu lg nk belikan utk abah.... akak2 ngn abang2 aku.... entah lah.... harap2 diorg mampu dan terfikir hal ni..... abah dah x bole angkat tangan kanan dia... kalau abah pakai t-shirt biasa or baju sarung, abah tak bole tanggalkan baju dia sendiri... mak akan tanggalkan... kalau aku ada, aku akan tanggalkan... sedih sangat bila tanggalkan baju abah tu.... aku tak tau nak luahkan mcm mana.... tp sedih sangat.... kdg2, lepas tanggalkan baju abah, aku akan masuk bilik, nangis sorang2... aku x nak mak ataupun abah tahu aku tgh nangis... aku tak nak mak ngan abah tgk air mata aku.... nti mak ngan abah sedih.....








kalau aku balik kampung, aku akan bgn pagi2. tlg abah kt kebun... bukannya aku rajin sgt, tp aku tak tahan tgk abah bersusah payah.... aku rela bermandi peluh..... aku sanggup hayun cangkul nk gali lubang.... aku sanggup angkat sabit nk terangkan kebun... biar bdn aku sakit... biar bdn aku letih... aku rela drpd tgk abah buat semua tu... tp aku ni anak perempuan abah... sekuat mana pun semnagat aku nak tolong abah, aku tetap tak punyai kudrat sebagai seorang lelaki... abah selalu komen aku buat lubang tak lurus, aku salah buat tu, aku salah buat ni... memang aku tak pandai... tp abah tak pernah marah... dia cuma ckp kalau ta lurus, tak cantik lah bila pokok dah besar nti.... tp aku masih lagi tak mampu nak tolong abah mesin rumput ngan meracun... aku tak larat... abang2 aku boleh lah buat semua tu, tp lepas tu diorg akan terbaring kepenatan... dulu, kalau abah yang buat, abah tak pernah terbaring mcm diorag tu... abah kuat... tp tu dulu.....






beberapa minggu lepas, aku sempat balik kampung sekejap, jumpa mak nagan abah.... walaupun sekejap, aku tetap berpuas hati sebab masa abah hantar aku ke stesen bas temerloh, sebelum turun dari kereta, aku sempat ckp kat abah ngan mak yang aku syg diorang... aku ckp, " Adik sayang abah ngan mak... adik nak abah ngan mak tahu...." itu jer yang mampu aku ckp... padahal, byk lg benda yang terbuku kt hati aku ni... mak aku cuma tersenyum dan ckp, "ye... tahu...." abah pulak, terdiam sekejap... abah pandang tempat lain... lepas tu baru abah pandang aku dan ckp, " kome pun sama... ye... tahu... adik sayang abah ngan mak..." aku senyum kat abah... aku salam mak ngan abah, aku peluk dan cium mak ngan abah aku... memang aku selalu cium mak ngan abah aku... dari aku mula sekolah asrama lagi... aku tak malu... tp bangga sbb dpt peluk ngn cium mak nagn abah.... bangga sangat2... dan aku takut kalau aku tak sempat nak buat mcm tu lagi lain kali.... abang2 ngan akak2 aku pun selalu buat mcm tu tiap kali balik kampung, jumpa mak ngan abah..............








aku risau... aku takut... sekarang ni aku cuma ada abah untuk aku bergantung dan mengadu.... aku kalau bole x nak sushkan abang2 dan akak2 aku sebab bila diorang kahwin, diorang akan terikat dgn tanggungjawab lain pulak... aku tak nk jd beban.... sebab tu aku takut sangat2 bila abah selalu sakit2.... bukan niat aku nak susahkan abah, tp dgn abah jer aku tak malu nk mintak duit untuk beli brg2 keperluan aku sama ada brg2 peribadi ataupun brg2 untuk study... kalau dgn abag2 aku, aku jd malu.... aku harap sangat abah akan mampu bertahan dan sehat mcm biasa........ aku harap sangat Tuhan bg aku peluang untuk balas jasa abah.... aku harap sangat Tuhan bg abah peluang untuk rasa segala pengorbanan dia untuk kami sekeluarga, adik-beradik, terbalas, berhasil, berjaya, dan dihargai.... aku harap sangat Tuhan sempat bagi kebahagiaan tu untuk abah.....









walaupun abah ngn mak aku tak tahu aku tulis entri ni, tp aku tetap nak bgtahu kat sini, dan harap sampai kat hati abah ngan mak yang aku sayang diorang....






abah.... mak.... adik sayang abah ngn mak.......




p/s : kalau ada yang masih belum pernah ucapkan sayang dekat mak ngn abah diorang, please... luahkan perasaan tu... korg takkan tahu mcm mana rasanya.......

Khamis, 12 Februari 2009

"sesuatu" yang kita panggil KAWAN

pergi lah ke mana-mana pun, "sesuatu" yang kita pangil kawan ni akan sentiasa ada di sekeliling kita. sentiasa bersama kita. waktu makan, pergi sekolah, pergi kedai, kadang-kadang shopping sama-sama. x kesah la kalau "sesuatu" yang kita panggil kawan tu yang kita baru kenal ker, dah lama kenal ker, baru jumpa 5 minit tadi ker, walau apa pun keadaannya "sesuatu" yang kita panggil kawan tu ada di sisi kita walaupun hakikatnya kita berdiri sorang-sorang.
tapi "sesuatu" yang kita panggil kawan ni sebenarnya bukanlah kawan kita yang hakiki. sebabnya bila sampai di satu persimpangan usia mahupun masa, "sesuatu" yang kita panggil kawan ni akan perlahan-lahan lenyap dari hidup kita. mungkin kerana kita dan "sesuatu" yang kita panggil kawan tu tidak membesar bersama, so di situlah perbezaan ideologi akan terjadi dan kerana itu, kita dan "sesuatu" yang kita panggil kawan tu pun akan mula berasa tidak selesa untuk bermesra-mesra seperti yang sudah-sudah yang kita lakukan bersama.
ataupun, mungkin juga kita dan "sesuatu" yang kita pangil kawan ni sebenarnya tersalah niat dari mula lagi. cuba fikir-fikirkan kembali. atas alasan apa kita berkawan? adakah kerana faktor kita tak kenal siapa-siapa jadi kita mulakan persahabatan kita? adakah kerana faktor ingin menembusi setiap kelemahan salah satu antara kita? adakah kerana faktor ikhlas? ataupun mungkin kerana faktor sengaja ingin menyakiti?
"sesuatu" yang kita panggil kawan ni cukup membahayakan sehingga ianya mampu meruntuhkan kepercayaan yang selama ini terbina. pergi mampos lah dengan "sesuatu" yang kita panggil kawan tu sebab sememangnya itulah yang sepatutnya terjadi dari awal lagi... dari awal-awal lagi......

Selasa, 10 Februari 2009

KOTA kenangan Sg. Rambai

23-28 Januari 2009
Rantau_Warisan
semester ni kami pelajar Penulisan Artistik, di bawah subjek Ensemble V perlu membuat kajian mengenai budaya masyarakat. program yang diberi nama 'Apresiasi Budaya Masyarakat' (Satu Penulisan Kritis) ini telah di adakan di Kampung Parit Penghulu, Sungai Rambai Tengah, Melaka.
beberapa minggu sebelum kami bertolak untuk membuat kajian, pensyarah tidak pernah lupa berpesan supaya kami sentiasa menjaga adab dan bersedia dengan apa jua keadaan yang harus kami lalui. sungguh aku rasa berdebar-debar. setiap detik hinggalah ke saat ingin menaiki bas pada pagi jumaat itu, hati aku tidak tenteram. tempat yang kami perlu pergi itu macam mana? pedalaman ke? orangnya hidup terlalu melarat ke?
kemudahannya tersekat ke?
kena mandi perigi ke?
tidur beralas tikar mengkuang ke?
keluarganya baik-baik ke?
ataupun tidak mesra?
sungguh aku terlalu risau.
apabila penyerahan anak angkat dilakukan, aku makin berdebar. aku akan terpisah dari rakan2ku yang lain dan harus menjalani kehidupan yang bukan milik aku selama 6 hari. nasib kami agak baik kerana kebanyakan keluarga mengambil 2 orang anak angkat dan aku adalah salah seorang daripada yang bernasib baik. aku dan rakanku, Siti diserahkan kepada Ketua Kampung Parit Penghulu Benteng sebagai anak angkat. aku rasa lega sebab tak mungkinlah ketua kampung kena tidur atas tikar mengkuang jer kan.. (bukan aku memilih, tapi badan aku yang hanya tulang ni akan sakit-sakit kalau tidur atas lantai yang hanya beralaskan tikar mengkuang).
kami di bawa balik ke rumah. alhamdulillah, rumahnya selesa. keluarganya ramah. jadi 6 hari yang akan aku lalui itu akan menjadi lebih mudah rasanya. kampung itu begitu membangun dengan aktiviti budayanya. kampung itu tidak pernah sunyi sebenarnya. sungguh selesa. tapi, oleh kerana keselesaan itu, aku agak kurang menghayati budaya masyarakat yang ada. aku agak kurang memahami jiwa kampung itu. bertuah sungguh rakanku yang keluarga angkatnya tinggal di kawasan bendang. dapat menghirup bau sawah dan melihat padi yang mula kekuning-kuningan. bertuah sungguh rakanku yang tinggalnya di rumah papan. rumah tradisional yang di penuhi dengan tetingkap. dapat merasai suasana alam itu yang sememangnya indah dan damai. namun aku tidak terlepas daripada merasakan sesuatu di situ. rasa yang agak sayu. rasa yang agak sendu. rasa yang tersentuh di dalam hati. betapa indahnya bumi TUHAN ini. betapa damainya jiwa ini bila angin bertiup lembut di bendang yang begitu luas. betapa terkuncinya kata-kata bila burung-burung berterbangan di awan bila senja mula menyapa. sungguh aku tidak terkata. betapa bertuahnya penduduk di kg itu.
sungguh alam itu begitu mendamaikan. Aku bagaikan terpasak di bumi itu. tidak mahu berganjak walau setapak. aku takut tidak dapat menikmati suasana itu lagi. tidak dapat menghadiri kenduri bertunang akak aku pada 26 januari juga langsung tidak mendatangkan penyesalan buat aku. tidak dapat merasai pengalaman di kampung itu baru buat aku menyesal.
kalau boleh, aku ingin menjadi sebahagian daripada kampung itu. tapi mustahilkan? jadi aku harus terus menjalin hubungan dengan keluarga angkatku di sana sampai bila-bila. sungguhpun tidak dapat memiliki jiwanya, dapat merasainya pun sudah cukup membahagiakan buat aku.
p/s : x dpt nak post gambar lg. tgu entri yg akan datang untuk melihat fotonya. kajian tetap dijalankan. dengan perasaan yang sungguh bahagia.

Isnin, 9 Februari 2009

my indierock darling by Razaisyam Rashid

aku menonton filem ini pada hari rabu yang lepas anjuran film screening club di F.A.C.T. pada asalnya aku tak tahu pun ada Q&A di akhir filem ini walaupun malam sebelumnya En. Norman dah ingatkan kami sewaktu tayangan Animated Shorts dan walaupun poster filem ini dah di tampal di merata-rata. aku terlambat 8 minit rasanysebab bila aku sampai, cerita sudah pun bermula walaupun baru permulaan cerita. aku agak seronok menonton filem ini kerana ianya catchy dan tajuknya saja sudah menarik minat aku untuk menonton. aku menonton filem ini sehingga tamat tanpa ada sedikitpun rasa mengantuk dan bosan. pengarahnya mungkin berjaya mencuri jiwa kami untuk terus menonton. tahniah kepada saudara Razaisyam.
ketika sesi Q&A bermula, En. Norman menjemput saudara Razaisyam untuk memperkenalkan serba sedikit mengenai beliau dan filemnya itu. jadi setelah memperkenalkan my indierock darling dan dirinya, saudara Razaisyam memanggil rakannya ke depan yang aku fikir untuk turut berkongsi pengalaman (mungkin juga ingin sedikit kekuatan).
maka soalan-demi soalan di lontarkan oleh pelajar-pelajar teka kepada saudara Razaisyam. aku yang tadinya berminat dgn filem tersebut tiba-tiba menjadi keliru kerana pengarahnya itu. aku teruskan lagi mendengar lontaran2 soalan dan jawapan kepada soalan2 itu. Sahabat aku, saudara amer zaman turut melontarkan soalan dan aku tekun mendengar jawapan dari mulut Saudara Razaisyam. aku pandang amer zaman kemudian aku tersenyum sendiri.
giliran rakan2 penuntut dari ASK pula untuk melontarkan soalan. aku masih lagi mendengar. soalan dan juga jawapan. aku semakin keliru. mungkin aku sorang je yang keliru. aku pandang sekeliling dan cuba pasang telinga aku lebar2. sah! bukan aku sorang jer yang keliru. hampir semua pelajar yang ada di bilik tayangan merasa keliru dengan jawapan saudara Razaisyam itu.
saudara Razaisyam pada aku langsung tidak memberi jawapan yang tepat kepada soalan2 yang dilontarkan. dia hanya bercakap tentang hal yang sama dan berputar2 di situ sahaja.
bila aku fikir2kan semula, aku tak rasa yang kami saja yang keliru pada waktu itu. saudara Razaisyam juga turut keliru dan kerana dia telah mengelirukan semua orang dengan kekeliruannya itu. Nak tergelak rasanya. mungkin saudara Razaisyam memiliki idea, namun bagi aku dia tidak memiliki jiwa sebagai filmmaker.
aku bersetuju dengan seorang pelajar dari ASK yang mengatakan dia hanya berlindung di bawah naungan 'Indie' sedangkan filemnya itu bukanlah filem indie yang sebenar. filem itu "menjadi" indie kerana memainkan lagu2 dari band HUJAN. Razaisyam juga menerangkan bahawa tajuk filemnya itu juga tiada kena mengena dengan jalan cerita filem tersebut. jadi, di mana keaslian sebuah karya Razaisyam itu?
saudara Razaisyam menegaskan bahawa filemnya itu langsung tiada kaitan ataupun pengaruh dari filem 'Dari Jemapoh ke Manchestee' arahan Hishamuddin Rais yang pernah aku tonton pada lingkungan usia 11-14 tahun... tapi apa yang aku nampak, ianya masih lagi sama.
mungkin saudara Razaisyam agak bernasib baik apabila mendapat bajet untuk membikin filem. mungkin dia juga agak bernasib baik apabila dia mempunyai idea itu. tapi bagi aku secara peribadi, bukan sekadar idea dan bajet saja yang penting untuk menjadi seorang pembikin filem. jiwa, naluri, dan rasa seni itu adalah penting bagi seseorang filmmaker selain daripada ilmu tentang kehidupan dan bidang yang berkaitan.
namun, jika saudara Razaisyam terbaca entri ini, saya ingin sekali bertanya mengapa filemnya itu bernilai RM29,100 kerana apabila diteliti semula, props yang digunakan tidak banyak dan tiada pre-produksi...
hurm.....