Memaparkan catatan dengan label aku dan mimpi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aku dan mimpi. Papar semua catatan

Rabu, 6 Oktober 2010

Kembara Sejalur Warna

Episod 4 : Ketetapan Tuhan!




setiap manusia di dalam dunia ini pastinya mempunyai sekurang-kurangnya satu impian yang ingin digapai. impian yang memeberikan harapan dalam setiap kehidupan. impian yang menyerikan hidup setiap insan. sesetengah daripada kita mempunyai impian kecil yang ingin disempurnakan. sesetengah pula impikan sesuatu yang besar! kecil atau besar bukanlah persoalannya kerana tanpa impian, kita takkan punya harapan untuk meneruskan kehidupan dalam dunia yang penuh dengan onak dan duri ini.

seperti yang lainnya, aku juga punyai sebuah impian. impian yang seharusnya membawa aku ke tempat yang menjadikan aku adalah aku. impian yang bertanggungjawab dalam menentukan arah hidup aku. impian yang sememangnya harus aku gapai supaya aku dapat buktikan kepada dunia bahawa aku mampu miliki segala-galanya yang aku inginkan!

tetapi ketetapan Tuhan kadangkala tidak seiring dengan kehendak kita. mahu atau tidak, kita tetap harus akur. ya! ianya agak klise tetapi ternyata ianya benar dan tidak dapat disanggah. kita sebagai manusia hanya mampu merancang. Tuhanlah yang menentukan segala-galanya.

dulu, aku ghairah mengejar impian. setiap hari impianku semakin mendekat dan setiap kali juga aku peluk mimpiku itu erat-erat. aku mendaki setiap anak tangga menuju ke arah impianku dengan penuh sabar. walau apa pun halangannya, aku tetap mendaki tanpa rasa bosan. aku mendaki dan terus mendaki sehingga setapak sahaja lagi langkah yang perlu aku atur untuk memulakan hidup dalam dunia impianku. hanya selangkah, impianku selama ini akan menjadi kenyataan.

ternyata itu hanyalah impian yang sekadar impian kerana aku dengan rela akhirnya melepaskan impianku itu apabila kehidupan ini menuntut sedikit pengorbanan daripada aku. bermula dari detik aku menyerahkan impianku kepada kehidupan, aku sedar bahawa mungkin impianku itu bukanlah yang terbaik untukku.

ada sesuatu yang sedang menanti aku. mungkin juga Tuhan mahu aku menunggu supaya aku lebih memahami apa itu tanggungjawab dan juga kehidupan.

agak sukar untuk aku fahami semua ini pada awalnya, tapi kini aku mula mengerti bahawa hidup menuntut sesuatu sebagai pertukaran supaya kita manusia lebih menghargai kebahagiaan.

aku hanyalah sejalur warna dalam kehidupan dan kembara ini takkan berakhir selagi nyawa dikandung badan!




Rantau_Sentosa,
17 julai 2010.

Khamis, 1 April 2010

mimpi itu menjauh pergi...

aku masih lagi bermimpi...

tapi mimpi ku tidak lagi pasti...

Isnin, 24 Ogos 2009

mimpi semakin mendekat, tapi...

begitu mudah untuk kita bermimpi dan terus bermimpi tetapi tanpa kita sedari mimpi itu adakalanya hanya akan menyiksa jiwa dan semakin melara... terlalu mudah untuk kita melakar mimpi sehingga terlupa bahawa hakikatnya yang sebenar adalah bukan mudah untuk kita terus menggenggam lantas memeluk mimpi-mimpi tersebut... ya, mimpi itu semakin mendekat, tapi untuk menjadikannya sebagai realiti kehidupan amat payah untuk direalisasikan.. semangat dan tekad harus lebih membulat supaya mampu terlena dalam pelayaran mimpi yang terindah.

Selasa, 16 Jun 2009

aku dan keterbatasan...

daisy yang terbaring layu di atas sekeping kertas itu ibarat keterbatasan aku untuk mekar dan terus berkembang

aku tahu mimpi itu makin kuat dan ianya menggamit tubuhku agar terus mendekat. mimpi itu juga makin kukuh dan jitu. aku tidak yakin apakah aku mampu untuk terus menggenggam mimpi itu. sungguh aku tidak tahu. namun selagi aku masih lagi bermimpi, peluang untuk aku meraih mimpi itu ke dalam pelukanku masih lagi cerah. sinar itu bagaikan memberi tanda bahawa harapan masih lagi ada, ruang masih lagi terbuka luas cuma aku perlu tahu apa yang aku mahu dan apa yang mereka mahu.







masalahnya di sini ialah aku tahu mereka tahu apa yang aku mahu dan mereka mahu aku lakukan apa yang aku tahu demi masa depan aku sendiri tapi mereka masih lagi membina halangan dan tidak pernah memudahkan perjalanan hidupku yang sentiasa beronak dan penuh dengan liku-liku yang terkadang tidak mampu untuk aku tempuhi sendiri.







mujur mereka masih lagi perihatin dan sentiasa ada bersama aku walau apa pun keadaan dan untung juga masih ada yang begitu mengambil berat tentang aku walau tiada sebarang pertalian darah denganku dan bersyukur sungguh kerana aku masih lagi berteman walau sendiri.




patutkah aku terus melangkah dan kemudiannya berlari sambil menoleh hari-hari yang sudah ataupun terus berjalan tapi perlahan sambil menggendong apa yang tidak ku ingini?




bantulah aku wahai teman...