Jumaat, 28 Mac 2008

LELAKI

keseluruhannya, dunia ini diperintah oleh lelaki. secara teorinya lelaki lebih kuat dari wanita. bukan dari aspek tenaga sahaja, tetapi dari sudut pemikiran dan pendapat. ternyata lelaki memiliki kelebihan jika hendak dibandingkan dengan wanita.


dinyatakan bahawa HAWA itu dijadikan daropada tulang rusuk kiri Nabi ADAM (A.S). tulang rusuk itu membengkok mencerminkan keperibadian wanita itu sendiri. maka kaum lelaki dinasihatkan agar menjadi petunjuk, pelindung atau penyelamat bagi kaum hawa.


namun, lelaki sebenarnya lebih lemah berbanding wanita daripada segi emosi, rohani dan juga fizikal. paling tidak untuk urusan menahan sakit. mungkin kerana itulah 'tugas' mengandung, melahirkan anak diberikan kepada wanita, kerana lelaki pada dasarnya tak dapat menahan rasa sakit. kalaupun ada lelaki yang tampak tabah saja ketika terluka misalnya, hal tersebut merupakan sikap yang berakar dari stereotaip bahawa lelaki lebih kuat menahan rasa sakit dan 'norma' umum lelaki yang gagah tak pernah menangis.


walaupun memiliki banyak kelebihan tetapi lelaki hari ini lebih banyak terjerumus ke lembah yang negatif. di antaranya ialah :

  1. ramai sungguh lelaki menduduki pusat-pusat serenti, terutamanya lelaki Melayu
  2. yang banyak masuk penjara
  3. mat-mat rempit juga ialah lelaki; yang ramai lelaki Melayu
  4. orang lelaki jugalah yang biasanya merosakkan kehormatan wanita.

herankan?! bangsa-bangsa lain tak de pulak ramai macam ni!!! kenapa agaknya?!

dipetik drpd : Blues Selamanya

Khamis, 27 Mac 2008

Kepada kamu semua yang menjadi sahabatku....


BUAT SAHABAT

Apa itu kawan?
Kawan itu membahagiakan…

Rakan…??
Rakan akan sentiasa memberikan senyuman…

Teman…?
Oh! Teman adalah penyuntik semangat
Sentiasa memberikan nasihat
Selalu punya pendapat…

Lalu, sahabat itu apa gunanya?
Sahabat?
Sahabat itu mendamaikan…
Sahabat itu membenarkan…
Jujur, tulus, ikhlas;
Tiada yang lebih berharga daripada itu

Terima kasih kawan
Maafkan aku rakan

Aku tahu ada kata yang tak di kota
Tapi…aku langsung tak di cela
Kerna kau begitu tenang
Melayani kebudak-budakanku…

Sentiasalah menasihatiku, teman…
Damaikan diriku, sahabat…

Kerna aku sentiasa perlukan penyelamat
Tiapkali aku hilang semangat

Terima kasih kerana menjadi sebahagian dariku…


Rantau_Pelabuhan
Idora Che Hassan
2201pm

Rabu, 26 Mac 2008

Kakak Tua






Burung kakak tua,
Hinggap di jendela;
Nenek sudah tua,
Giginya tinggal dua.

Pohon Yang Bukan Pokok


Ketika aku melepaskan pandang
Kulihat hijaunya alam
Indah dan mengasyikkan
Aku bangkit dari pangkin
Melangkah; menuju rimbunan pepohonan
Untuk merasai damainya dunia
Pabila aku semakin menghampiri
Kehijauan semakin memudar
Aku percepatkan tari langkah
Memperkemas rentak kaki
Tatkala kakiku memijak gerbang pepohonan
Kehijauan bertukar gelap
kedamaian menjadi bingit!
Hingar!!!
Dunia bertukar jantina
Menjadi begitu sesak dan kotor
Garisan apakah yang kupijak ini
Sehinggakan pohon yang ku lihat tadi
Bukan lagi hijaunya pokok
Rantau_Alam
Idora Che Hassan
03/04/07
1216pm

Jumaat, 14 Mac 2008

ID, EGO DAN SUPER EGO

sebagai manusia biasa, aku juga ada satu rasa ego. ego dalam diri... dalam jiwa...
baru-baru ni, jiwa aku jadi kacau... kawan... itu yang menyenakkan otak aku. aku pelik bila fikirkan tentang kawan yang satu ni. kawan rapat. tapi selalu berbeza pendapat. aku jenis yang berpegang pada komitmen, dia tak. aku amek berat pasal study, dia sambil lewa. aku bukan nak buruk2kan dia, tapi itulah perbezaan antara aku dan dia. perbezaan ini yang mencetuskan keretakan. aku tak ralat pun. sebab aku fikir, itu jalan yang dia pilih. hidup dia. bukan hidup aku.
aku menghadapi kehidupan macam biasa. tanpa dia. aku tak sisihkan dia, tapi dia yang sisihkan diri daripada aku. ye lah.. dah ada kawan baru yang sependapat dengan dia.. takkan nak terus membosankan diri dengan aku yang agak serius ni. dulu dia selalu ikut aku. aku tak suruh. tapi dia yang ikut. aku tak campur dengan geng2 'mesyuarat', jadi dia pun tak campur. sebab dia ikut aku. kebetulan kami semua di tempatkan bersama-sama. jadi dia yang berbeza pendapat dengan aku dah tentulah memilih orang yang memahami kehendaknya. aku tak (sebenarnya faham, tp buat2 tak faham).
dia bahagia dengan rakan-rakan baru. aku juga senang. tak perlu serabut kepala sangat.
tiba2, terjadinya satu perkara yang aku sudah jangka. dia disisihkan. salah dia? salah org yg menyisihkan dia? entah lah... aku kesian jugak, tapi biarlah dia.. dia yang menjauhkan diri drpd aku. bukan aku yang pergi menjauh. hidup.. mcm nilah kan...
tp bila aku tengok hidup dia hari-hari agak sukar bersendiri, aku jadi tak sampai hati.. walau apa pun, aku dan dia tetap pernah jadi kawan rapat. aku mengambil masa yang agak lama untuk menimbang baik buruk kesan yang dia perlu hadapi. aku tahu, dia tak mampu.. jadi, untuk yang entah ke berapa kali, aku mengalah. aku mengalah dan aku tahu ini nilai yang perlu aku bayar jika aku menjadi seorang sahabat. mengalah tapi bukan untuk dikalahkan. mengalah untuk membuat nilai persahabatan itu tampak berharga dan jadi begitu berharga.
memang ianya amat berharga.. terlalu berharga.. mungkin satu masa nanti jika aku pula yang tersilap rentak dalam melangkah kehidupan, aku pasti mahukan rakanku menjadi pembela yang agung. itu sudah pasti. jadi aku runtuhkan tembok itu. ego...




Jumaat, 7 Mac 2008

Jiwa Kacau!

aku ngantok. tapi aku tak dapat tido. aku post la kat blog aku yang baru ni bermacam buah fikiran. sebenarnya aku dah pernah buat blog. sekali dulu. tapi itulah masalah aku. teknologi. teknologi selalu buat aku jadi bengang. sebabnya aku x pandai nak guna benda-benda teknologi ni. nak2 lagi teknologi yang canggih-manggih ni. boleh jalan lah jawabnya. blog tu pun dah jadi macam digantung tak bertali lah. kesian blog aku yang lama tuh.. tapi aku still guna layout yang lama. jiwa aku ada dalam layout tu, so memang tak boleh tukar lah. blog lama biarlah terus menjadi sejarah sebab blog tu blog prototaip aku jer... nak kenal-kenal orang kata.. lagipun, dulu jiwa aku agak longgar nak buat benda-benda ni. aku prefer bahan bercetak. lebih memuaskan. tapi, ye lah kan. dunia semakin maju. teknologi sentiasa bertambah canggih. jadi untuk tidak meletakkan diri aku sebagai orang yang mundur, aku belajar menggunakan teknologi yang ada. lagipun, aku remaja zaman millenium. remaja alaf 21. aku harus mengikut perubahan zaman. namun begitu, aku tetap menjadi aku. tetap tidak begitu sukakan teknologi. tapi aku bukan ketinggalan zaman. teknologi sentiasa ada pembaharuan. tiap masa, ada jer bahan baru yang canggih dicipta. tak terkejar rasanya. teknologi sudah semakin menjadi sesuatu yang pantas. mungkin akan melebihi waktu satu ketika nanti. siapa tahu, kan. jadinya, aku memang tidak mampu untuk mengejar itu semua. teknologi masih lagi teknologi. dan aku masih lagi aku..
hurm...
macam tak ada kena mengena langsung...
hahahahahahah!!!!!
p/s: hp aku hanya berfungsi untuk panggilan dan msj saja. bukan kerana aku tidak mampu. tapi kerana aku tidak sukakan teknologi.

Khamis, 6 Mac 2008

Mencari Erti

untuk yang ke sekian kalinya, aku masih lagi mencari erti dalam hidupku. pencarian ini membuatkan aku sesak dada... susah nak bernafas. apa yang ku pendam selama ini bakal meletup juga jika aku tak luahkan... aku bimbang jika aku tidak mampu untuk mengawal perasaanku ini.. aku tak pernah berniat untuk melukakan hati sesiapa, tapi aku sudah tidak mampu untuk menahan rasa ini... rasa marah...rasa nak menjerit...rasa ketidakpuashatian. aku dah cuba.. aku sedang cuba... dan aku masih lagi mencuba.. tapi tak boleh... siapa yang ingin aku persalahkan? aku tak ada subjek. peperangan yang aku cipta tak akan ke mana. akhirnya aku akan masih lagi di sini dan sebegini. aku masih lagi tak faham... hidup, kalaulah mampu aku redah.

AHHHH!
kusut aku jadinya...

tiba-tiba bayang rakanku berada di hadapan minda. rakanku yang menjadikan 'jiwa rasa'nya sebagai sumber dan dorongan dalam hidupnya. dia yang melahirkan 'jiwa rasa'nya ini. bukan sesiapa. tapi dia. dia meletakkan 'jiwa rasa'nya sebagai matlamat, dan dia tegar melakukan apa sahaja demi untuk mencapai matlamat itu. 'jiwa rasa'nya. mungkin dia sudah mendapatkan erti dalam hidupnya. erti yang begitu bermakna. erti yang begitu mempesona. mungkin erti ini yang mendorong dia untuk menjadi orang yang seperti itu(dia tahu lah kot). aku sebenarnya tak jangka pun benda ni akan jadi 'sesuatu' drpd dia, tp dia dah hampir membuktikan ketulenan ertinya. mungki erti itu adalah 'jiwa rasa'nya. tapi aku tak rasa yang 'jiwa rasa'nya itu adalah erti yang memberinya makna. mungkin ada banyak faktornya. tapi aku tahu, tujuannya cuma satu; "JIWA RASA". rakan ku ini benar2 sudah yakin. dia bersungguh2. dan dia begitu bersemangat! kpd 'jiwa rasa'nya itu, aku harap anda tidak membuat rakanku ini berfikir bahawa usaha dia selama ini hanya sia2. dia rakanku.. anda kenalanku.. aku pasti kan berdoa utk kalian. semestinya.

sekurang2nya, rakan ku tetap senang dengan 'jiwa rasa'nya itu. walaupun 'jiwa rasa'nya langsung tiada 'jiwa' pada pandanganku. tapi dia telah berjaya menjadi dia dek kerana 'jiwa rasa'nya yang satu itu.

tapi, aku?
aku masih lagi begini... masih lagi mengharapkan erti ini memberikanku makna. aku jadi takut sendiri. firasatku ini. rasa rindukah atau tanda bahaya? aku masih lagi tidak mengerti...

demi kerana erti yang satu ini, aku menjadi begitu bersemangat. dan aku adalah mangsa yang terselamat. meskipun sudah terlewat.

RATNA KESUMA

tiap malam...
ketika seluruh isi alam hilang dalam jasadnya
kau menyembunyikan roh di dalam tubuhmu
kau seakan mencari sesuatu
sesuatu yang bagaikan hilang dalam dirimu
tatkala itulah aku bertemu dengannya, RATNA
kau meluahkan segala rasa kepadanya
kedukaan kau lenyap bila dia tersenyum
kesepian kau terubat dengan kehadirannya
aku meyakininya
aku adalah saksi kepada segala-galanya!
satu malam, RATNA menangis di hadapanmu
dia berkata, "Untuk apa kau rahsiakannya daripada aku?
aku sudah tahu segala-galanya tentang kamu...KESUMA!"
kau hanya tertunduk sayu
kau tahu kau takkan dapat bertemu dengan RATNA lagi
itu memang sudah pasti
jika kau KESUMA, siapa RATNA?
apa yang kau cari zahirnya?


Rantau_Kota,
Ramadhan, 0435.

Pagi Yang Gelap (01/03/08)

pagi memulakan harinya. agak suram kerana dihiasi titik-titik kasar bersama guruh dari langit. titik-titik kasar yang tadinya menggila kini menjadi rintik-rintik kecil yang entahkan bila akan berhentinya. aku melihat ke luar jendela. mungkin kemarau ingin menyepikan diri. musim bakal berganti.

tiba-tiba...
hatiku berdegup kencang.
pilunya meruntun-runtun.

entah macam manalah keadaan emak dan abah di kampung. mujur juga ada abang aku menemani, namun ianya masih tidak dapat menenangkan aku. kalau aku di sini merasa sejuk hingga ke tulang sum-sum, emak... abah... ngan abang aku kat kampung tu, lagi lah sejuk.

jarum jam berlari-lari ke angka 10. rintik kecil bertukar gerimis. kabus mula muncul di celah-celah bukit.

aku teringat peristiwa pagi tadi. sewaktu aku masih mamai di perbaringan. kira-kira jam 7.30 atau 8.00 pagi. aku terdengar bising-bising di ruang tamu. suara rakan-rakanku sekelas yang juga rakan serumahku. waktu itu hujan masih menggila. lebih enak berada di atas tilam empuk (walaupun tak seempuk mana) dan berselubung rasanya daripada berjaga. mungkin aku ini orangnya malas, lalu itulah pendapat aku. lagi pula, ini pagi sabtu. tiada kelas yang menghambat. aku tarik selimut ke paras dada dan mengiring ke kanan. menghadap dinding. rakan-rakan ku tadi masih lagi kedengaran segar dan bersemangat dengan derai tawa mereka.

kemudian aku terlelap. jam 8.45 pagi aku terjaga semula kerana cuaca yang sejuk menyebabkan pundi ku penuh. aku bergegas ke bilik air. selesai urusanku, aku mengambil kamera DSLR Nikon D40 ku untuk merakam suasana pagi yang suram ini. baru aku teringat. suara rakan-rakanku yang tadinya terlalu gembira sudah hilang. bayang mereka juga sudah tiada. mungkin mereka sednag bergembira di luar sana, di tengah-tengah rintik hujan.

sedih pula hatiku bila memikirkannya. ini pagi sabtu. cuti. namun rakan-rakanku yang tadi sudah tiada. mereka bangun pagi, dan mereka sedang bergelak ketawa. aku berduka bukan kerana aku tinggal sendiri. tetapi ini pagi sabtu. cuti. kenapa pagi sabtu, 1 mac 2008 ini, mereka bisa bangun pagi untuk menghiburkan diri sedangkan ini hari cuti? kenapa bila ada kelas pagi, mereka liat untuk bangkit dari mimpi? kenapa bila ada kelas pagi, mereka tidak pernah bersemangat begini?

ini pagi sabtu. cuti. mereka tegarbangun pagi dan penuh semangat.

harapnya mereka dapat merakamkan emosi daripada pulang bersama gambar yang tiada makna.

ini pagi sabtu. cuti.

Rantau_Alam,
01/03/08,
1040am.

Permulaan Baru

Mati bukanlah penghujung yang sangat digeruni.
Mati adalah satu permulaan baru yang sangat di nanti.
Untuk mati; kita perlu hidup.

aku ingin berenang, tapi aku tidak pandai mengapung....

aku mungkin baru di sini.... tetapi aku begitu meminati lapangan ini... inilah terminalku... cuma aku tidak berkesempatan untuk semua ini... sekarang aku mungkin sudah boleh meluangkan masa untuk arjunaku yang satu ini... insya-ALLAH... moga-moga aku tidak hanya akan berakhir di sini...