Jumaat, 7 Mac 2008

Jiwa Kacau!

aku ngantok. tapi aku tak dapat tido. aku post la kat blog aku yang baru ni bermacam buah fikiran. sebenarnya aku dah pernah buat blog. sekali dulu. tapi itulah masalah aku. teknologi. teknologi selalu buat aku jadi bengang. sebabnya aku x pandai nak guna benda-benda teknologi ni. nak2 lagi teknologi yang canggih-manggih ni. boleh jalan lah jawabnya. blog tu pun dah jadi macam digantung tak bertali lah. kesian blog aku yang lama tuh.. tapi aku still guna layout yang lama. jiwa aku ada dalam layout tu, so memang tak boleh tukar lah. blog lama biarlah terus menjadi sejarah sebab blog tu blog prototaip aku jer... nak kenal-kenal orang kata.. lagipun, dulu jiwa aku agak longgar nak buat benda-benda ni. aku prefer bahan bercetak. lebih memuaskan. tapi, ye lah kan. dunia semakin maju. teknologi sentiasa bertambah canggih. jadi untuk tidak meletakkan diri aku sebagai orang yang mundur, aku belajar menggunakan teknologi yang ada. lagipun, aku remaja zaman millenium. remaja alaf 21. aku harus mengikut perubahan zaman. namun begitu, aku tetap menjadi aku. tetap tidak begitu sukakan teknologi. tapi aku bukan ketinggalan zaman. teknologi sentiasa ada pembaharuan. tiap masa, ada jer bahan baru yang canggih dicipta. tak terkejar rasanya. teknologi sudah semakin menjadi sesuatu yang pantas. mungkin akan melebihi waktu satu ketika nanti. siapa tahu, kan. jadinya, aku memang tidak mampu untuk mengejar itu semua. teknologi masih lagi teknologi. dan aku masih lagi aku..
hurm...
macam tak ada kena mengena langsung...
hahahahahahah!!!!!
p/s: hp aku hanya berfungsi untuk panggilan dan msj saja. bukan kerana aku tidak mampu. tapi kerana aku tidak sukakan teknologi.

5 ulasan:

amer zaman berkata...

kegunaan hpku.
-col mak
-telefon ayah
-hubungi adik
-contact member
-panggil sedara
-letak gambar
-sms member
-mesej peminat
-untuk eksen2 (aku jer yang ada ngageQD versi artifak)

erm..banyak lagi kegunaannya. sebab tu aku tak suka teknologi. senang sangat. haha

Pakcik Luar Otak berkata...

Takpe. Perlahan-lahan. Lama-lama nanti okaylah tu.

amscreamo berkata...

aku guna hp ku utk:
dgr lagu metalcore kegemaranku
sms(keje,tanya klas ada ke tak)
call(emergency,booking studio)
letak gamba faveret

Unknown berkata...

klu nak jimat leh je.. tp teknologi leh buat kita lg jimat.. contohnye ceret elektrik, leh jimatkan masa.. mesin parut kelapa, memudahkan kerja dan menjimatkan tenaga kerja.. dan banyak lagi la.. jd secara kesimpulanye, teknologi itu penting dan pening!!

Miss LaraLady berkata...

Cayok-cayok..!!

teknologi itu penting.
xkesah la ape kegunaan dia.

Dunia ini perlukan perubahan.