Khamis, 27 Ogos 2009

Abah dan Emak semakin dilanda resah yang berpanjangan...


Abah aku sedang tenat


Ramadhan kali ini disambut dengan satu perasaan aneh yang sukar untuk di jelaskan sehingga menjadikan saya seorang insan yang sering murung dan terasing dalam kehidupan sendiri yang mengakibatkan kesedihan yang tak berkesudahan. Walaupun saya cuba untuk tidak melayan segala karenah yang tiba-tiba sahaja bertenggek di dalam hati yang masih tidak jelas haluannya, namun ia tetap memecak dan menghapuskan sedikit demi sedikit kegembiraan yang sememangnya tidak pernah hinggap di dalam hati saya. Hati yang dulunya sendu kini semakin walang bila saya memikirkan takdir yang harus saya tempuhi dan harungi dalam menghadapi liku-liku yang tidak pasti. Saya berasa amat takut sekali kerana saya adalah seorang yang tersangat lemah dan mudah mengalah dalam mengharungi onak dan ranjau kehidupan.



Namun begitu, saya cuba untuk melawan dan bangkit dari segala sifat yang lemah itu dan ianya menjadikan saya sebagai seorang yang tidak pernah berhenti bermimpi. Walau terkadang tidur saya diganggu dengan mimpi-mimpi aneh yang maha dahsyat, saya masih lagi mahu bermimpi dan terus bermimpi sehingga hati saya pulih seperti sedia kala.



tetapi mampukah saya untuk terus membohongi diri bahawa saya akan terus hidup bahagia bila sudah mendapat pekerjaan, mengumpul harta, berkahwin, dan menguruskan hidup sendiri tanpa memikirkan keadaan kedua ibu bapa saya yang semakin dilanda resah? Mampukah saya untuk terus berbahagia dalam keadaan kedua ibu bapa saya yang semakin sesak? Terpaksa menagih simpati orang sedangkan dulunya bermati-matian membesarkan sebilangan anak yang ramai yang kononnya boleh memberi kesenangan?



Adakah kesemua anak di dunia ini termasuk saya hanya mementingkan diri bila sudah mempunyai pekerjaan dan keluarga sendiri sehingga lupa untuk membahagiakan hati orang tua yang entah berapa lama sahaja lagi berkesempatan untuk menikmati kebahagiaan di dunia ini?



Saya masih belum bekerja dan berasa begitu malu kerana sehingga detik ini, saya masih lagi menyusahkan kedua ibu bapa saya yang sudah semakin di mamah usia dan saya terpaksa untuk menyusahkan mereka buat beberapa ketika lagi sehingga saya tamat belajar dan memperoleh pekerjaan sendiri kerana hanya mereka yang saya ada untuk meminta itu dan ini walaupun mempunyai begitu ramai abang dan kakak. Bukanlah bermaksud abang2 dan kakak2 saya tidak mempedulikan saya, tetapi mereka masing-masing sudah mempunyai kehidupan yang perlu mereka beri perhatian lebih daripada segala-galanya...



Saya cuma berharap agar TUHAN terus bukakan mata hati saya dalam menentukan arah dan tujuan kehidupan saya sekaligus menjadikan saya anak solehah yang sentiasa mendapat keredhaan kedua ibu bapa saya.




SELAMAT ULANGTAHUN KE-57, ABAH!!!
ADIK SAYANG ABAH SANGAT-SANGAT...

Isnin, 24 Ogos 2009

mimpi semakin mendekat, tapi...

begitu mudah untuk kita bermimpi dan terus bermimpi tetapi tanpa kita sedari mimpi itu adakalanya hanya akan menyiksa jiwa dan semakin melara... terlalu mudah untuk kita melakar mimpi sehingga terlupa bahawa hakikatnya yang sebenar adalah bukan mudah untuk kita terus menggenggam lantas memeluk mimpi-mimpi tersebut... ya, mimpi itu semakin mendekat, tapi untuk menjadikannya sebagai realiti kehidupan amat payah untuk direalisasikan.. semangat dan tekad harus lebih membulat supaya mampu terlena dalam pelayaran mimpi yang terindah.

Sabtu, 22 Ogos 2009

Mata hanya mampu melihat apa yang dipandang...

tidak untuk apa yang dirasakan.
betapa sukar untuk memahami dan difahami.