Rabu, 6 Oktober 2010

Kembara Sejalur Warna

Episod 4 : Ketetapan Tuhan!




setiap manusia di dalam dunia ini pastinya mempunyai sekurang-kurangnya satu impian yang ingin digapai. impian yang memeberikan harapan dalam setiap kehidupan. impian yang menyerikan hidup setiap insan. sesetengah daripada kita mempunyai impian kecil yang ingin disempurnakan. sesetengah pula impikan sesuatu yang besar! kecil atau besar bukanlah persoalannya kerana tanpa impian, kita takkan punya harapan untuk meneruskan kehidupan dalam dunia yang penuh dengan onak dan duri ini.

seperti yang lainnya, aku juga punyai sebuah impian. impian yang seharusnya membawa aku ke tempat yang menjadikan aku adalah aku. impian yang bertanggungjawab dalam menentukan arah hidup aku. impian yang sememangnya harus aku gapai supaya aku dapat buktikan kepada dunia bahawa aku mampu miliki segala-galanya yang aku inginkan!

tetapi ketetapan Tuhan kadangkala tidak seiring dengan kehendak kita. mahu atau tidak, kita tetap harus akur. ya! ianya agak klise tetapi ternyata ianya benar dan tidak dapat disanggah. kita sebagai manusia hanya mampu merancang. Tuhanlah yang menentukan segala-galanya.

dulu, aku ghairah mengejar impian. setiap hari impianku semakin mendekat dan setiap kali juga aku peluk mimpiku itu erat-erat. aku mendaki setiap anak tangga menuju ke arah impianku dengan penuh sabar. walau apa pun halangannya, aku tetap mendaki tanpa rasa bosan. aku mendaki dan terus mendaki sehingga setapak sahaja lagi langkah yang perlu aku atur untuk memulakan hidup dalam dunia impianku. hanya selangkah, impianku selama ini akan menjadi kenyataan.

ternyata itu hanyalah impian yang sekadar impian kerana aku dengan rela akhirnya melepaskan impianku itu apabila kehidupan ini menuntut sedikit pengorbanan daripada aku. bermula dari detik aku menyerahkan impianku kepada kehidupan, aku sedar bahawa mungkin impianku itu bukanlah yang terbaik untukku.

ada sesuatu yang sedang menanti aku. mungkin juga Tuhan mahu aku menunggu supaya aku lebih memahami apa itu tanggungjawab dan juga kehidupan.

agak sukar untuk aku fahami semua ini pada awalnya, tapi kini aku mula mengerti bahawa hidup menuntut sesuatu sebagai pertukaran supaya kita manusia lebih menghargai kebahagiaan.

aku hanyalah sejalur warna dalam kehidupan dan kembara ini takkan berakhir selagi nyawa dikandung badan!




Rantau_Sentosa,
17 julai 2010.

Selasa, 28 September 2010

K.E.M.B.A.R.A S.E.J.A.L.U.R W.A.R.N.A...!!!

Khamis, 1 April 2010

mimpi itu menjauh pergi...

aku masih lagi bermimpi...

tapi mimpi ku tidak lagi pasti...

Selasa, 9 Mac 2010

L.O.V.E Conquer All


p/s : i love u



sudah lama saya tidak menjengah ruangan blog kerana kekurangan masa dan tiada apa untuk dikongsikan lewat beberapa bulan ini... setelah agak lama berehat daripada mencatat tentang perasaan dan juga luahan, tiba-tiba akal fikiran saya terpanggil untuk berbicara soal hati dan juga cinta. hal remeh yang amat sukar ditangani...


seorang rakan perempuan saya baru sahaja remuk hatinya... dia begitu kecewa kerana telah menunggu begitu lama untuk kembali bercinta dengan bekas teman lelakinya yang juga pernah singgah di hati saya satu waktu dahulu. waktu itu, laluan mudah saya berikan kepadanya kerana yakin saya tidak mampu untuk melukakan perasaan kawan saya itu, maka berbahagialah mereka. namun begitu, keindahan bercinta hanya dikecap buat seketika sahaja oleh kawan saya ini dan lebih banyak pertengkaran daripada keindahan dalam perhubungan mereka sehingga mereka membuat keputusan untuk menamatkan perhubungan tersebut.. kawan perempuan saya ini sebenarnya amat-amat menyayangi lelaki itu dan tidak pernah berputus asa untuk memenangi hati lelaki itu semula walaupun sedar dia hanya akan menambah luka di hati sendiri.. kini, sudah tiga tahun berlalu dan dia masih mengharapkan cinta daripada bekas kekasihnya itu tapi sayangnya, lelaki itu sudah pun memiliki teman wanita yang baru yang amat disayanginya... betapa remuk redamnya hati kawan perempuan saya kerana dia telah mengharap untuk sesuatu yang sia-sia dengan begitu lama. 3 years and she hope for nothing..
kini, kawan perempuan saya bertekad untuk tidak membuka pintu hatinya untuk mana-mana lelaki lagi dalam hidupnya dan keputusannya itu amat membimbangkan saya. saya tidak mahu kawan perempuan saya itu berputus asa dengan ketentuan Tuhan dan terus-menerus menyalahkan takdir hidupnya.. saya yakin jodohnya akan tiba juga suatu masa nanti dan saya percaya bila mana waktu itu tiba nanti, dia akan berterima kasih kepada bekas teman lelakinya itu kerana meninggalkannya suatu waktu dahulu.. saya amat percaya tentang hal itu...