Rabu, 26 Mac 2008

Pohon Yang Bukan Pokok


Ketika aku melepaskan pandang
Kulihat hijaunya alam
Indah dan mengasyikkan
Aku bangkit dari pangkin
Melangkah; menuju rimbunan pepohonan
Untuk merasai damainya dunia
Pabila aku semakin menghampiri
Kehijauan semakin memudar
Aku percepatkan tari langkah
Memperkemas rentak kaki
Tatkala kakiku memijak gerbang pepohonan
Kehijauan bertukar gelap
kedamaian menjadi bingit!
Hingar!!!
Dunia bertukar jantina
Menjadi begitu sesak dan kotor
Garisan apakah yang kupijak ini
Sehinggakan pohon yang ku lihat tadi
Bukan lagi hijaunya pokok
Rantau_Alam
Idora Che Hassan
03/04/07
1216pm

6 ulasan:

AzizulHafiz berkata...

seharusnya mereka direjam dengan batu bata..

Miss LaraLady berkata...

*Ni bukan pokok tapi bunga rumput..hehe..
*kalau dunia bertukar jantina, Jantina nak tukar ape?

ratnakesuma berkata...

aku pun x tahu... boleh anda fikirkan?

amer zaman berkata...

jantina bertukar jadi harapan la....

John Melawi. berkata...

yeke?
harapan pulak nanti tukar jadi apa?

aku suka kalau ada telepati yang boleh tukar-tukar.

tukar mulut jadi filem.
boleh disunting-suntingan.

aku suka penceramah bebas.

Miss LaraLady berkata...

Harapan jadi dorongan..
dorongan untuk hidup..
Yeahhh!!