Jumaat, 27 Mac 2009

Kerana Aku Perempuan 2

Aku yang di'binti'kan bapaku adalah seorang perempuan. usiaku masih lagi baru. baru menginjak dua dekad. masih segar dan masih bertenaga. aku dikelilingi oleh kebanyakan lelaki. mempunyai 7 orang abang besar sudah cukup untuk memaskulinkan jiwa aku. tapi aku masih lagi seorang perempuan dan tetap menjadi seorang perempuan.
aku bukanlah jenis yang rela diriku ditindas. aku pantang jika ada yang cuba untuk menidakkan kemampuan aku. mungkin kerana 'darah muda' yang masih lagi mengalir di dalam urat-urat dawaiku. jadinya, aku kalau sudah bernafsu marah sangat sedih sekali kerana aku tak ingin terkalahkan. sungguhpun begitu, aku masih lagi seorang perempuan dan aku tetap kekal begitu.
aku perempuan yang hanya dikuasai nafsu, tidak seperti lelaki yang kaya dengan akal. tapi apa yang aku lihat, akal yang banyak itu masih tidak mampu menjadikan lelaki itu lebih bijak daripada aku, seorang perempuan, dengan tindakan bodohnya itu. tapi kau masih lagi dianggap benar dan aku salah; hanya kerana kau lelaki, aku perempuan.
p/s : aku tetap ingin menggapai awan. aku tidak mahu menjadi penongkat langit, tapi aku ingin menjadi aku.
090326 - 0441
Rantau_Alam