Khamis, 18 September 2008

MAMAT DAN PEMIKIRANNYA







baru-baru ini aku menghadiri seminar yang bertajuk 'MENJEJAK PEMIKIRAN MAMAT KHALID' yang dianjurkan oleh INKEM dengan kerjasama FINAS dan UiTM. walaupun aku jarang sekali menghadiri seminar-seminar yang sebegini, tapi seminar ini buat pertama kalinnya mendapat sambutan yang begitu menggalakkan sehingga ada 'peserta' yang terpaksa berdiri kerana tidak cukup kerusi.



aku pada mulanya agak bangga juga lah kerana terdapat begitu ramai manusia yang memberi sokongan. tapi bila ku lihat sekeliling, aku tersenyum sendirian. patut lah ramai, UiTM sendiri menyediakan 2 buah bas dan pelajar semester satu kelihatannya sungguh excited untuk menyertai seminar ini. tapi bila seminar bermula, ada yang tidur, ada juga yang berbual sesama sendiri dan tidak memberi tumpuan kepada topik yang sedang diperbincangkan. tapi tak mengapalah. first time agaknya....




berbalik kepada tajuk seminar itu, aku jadi bingung. tajuknya 'MENJEJAK PEMIKIRAN MAMAT KHALID', tapi dari seminar bermula sehinggalah tamat, aku masih lagi kurang faham apa perlunya mamat khalid di situ jika panel2 yg lain tak habis2 melontarkan teori masing-masing mengenai filem2 abang mamat khalid. itu sahaja. mereka bukannya menjejak pemikiran mamat khalid, tetapi mereka menjejak pemikiran mereka sendiri sebenarnya.



mamat khalid kelihatannya agak resah apabila panel2 mula menafikan pemikirannya. pabila saudara A. Wahab Hamzah mengulas tentang filem 'KALA MALAM BULAN MENGAMBANG', beliau menyatakan bahawa beliau kurang jelas kenapa mamat memilih untuk buat black & white sedangkan kita sekarang berada di zaman moden dan warna yang pelbagai itu adalah satu daya penarik yang hebat. mamat seperti selalu, tenang menjawab. katanya warna hitam itu adalah terdiri daripada pelbagai jenis variasi warna. dan beliau nampak banyak warna yang lahir daripada warna hitam itu sendiri yang orang lain mungkin tidak nampak.




aku teringat subjek seni visual yang ku pelajari sewaktu aku di semester 3. ya! lecturer aku pernah berkata warna hitam terdiri daripada segala jenis warna.




mungkin panel-panel semua kurang memahami apa yang dinyatakan oleh mamat khalid kerana mereka semua golongan yang sungguh terpelajar di dalam bidang seni dan mereka lebih tertumpu kepada teori2 yang hanya menari2 di minda. sedangkan abang mamat adalah seorang yang tidak bergantung kepada teori semata2. beliau mempraktikkan dan mengaplikasikan apa yang beliau rasa penonton patut fahami. aku kurang senang dengan peluru2 yang dilontarkan ahli panel kepada mamat khalid kerana dia juga mempunyai kebebasan dalam berkarya. sama seperti amir muhammad dan yasmin ahmad. bezanya cuma, mamat lebih berjiwa melayu dan malaysia berbanding kedua-dua pengarah alternatif itu.



walau bagaimanapun, seminar ini tetap memberi aku input2 yang menarik mengenai dunia seni dan perfileman. dan tak lupa juga juadah berbuka puasa yang disediakan oleh pihak FINAS. memang best.....

6 ulasan:

Ajami Hashim berkata...

ermm.. ada yg kata 'sebegitulah' caranya utk 'membaca' pemikiran org lain secara ilmiah iaitu dgn cara "hit, miss and run..?" ops!

..even, MK sepatutnya 'tak perlu' ada di situ..

so, adakah MK yg tersilap majlis?.. or, majlis yg tersilap ajak MK?..

apa2 pun ia satu forum yg bagus sbg permulaan ruang ant pengkarya & audien di-jambatan-kan w/pun mungkin sekadar guna titi btg pokok kelapa? haha..

nicegirlz berkata...

x penah mrasa g seminar mcm ni...
cam best je...

mapieceofart berkata...

mane ade... x bestla benda nihh... x payah pegi... xyah²...

SAYA = jeles sbenarnya sbb xdpt gi...

+ huhu... napela time aritu tetibe ade hal bodo yg kene disetelkan +

amer zaman berkata...

banyak perkara yang membuat aku tak puasa heri itu...

tapi kerana beliau mamat khalid..

aku boleh pulang dengan tersenyum..

Tanpa Nama berkata...

orang-orang macam mereka sememangnya tidak akan berhenti bercakap...

Butaseni@Wan Raja berkata...

ni kes lari tajuk lah ni?