Jumaat, 12 September 2008

Kekasihku...Jiwaku...Cintaku...Jantungku...Nafasku...

Cinta pandang pertama terhadap Sunan. Hati tidak keruan.

Cinta semakin membara. Sunan begitu mempesona. Kagum dengan peribadi yang sederhana, Sunan yang perkasa sangat di damba. Rindu tidak tertahan lalu Sunan menjadi arjuna, pembimbing dan pemikul tanggungjawab. Aku bahagia.


Sunan berduka. Ratu pergi mencari syurga. Cintaku semakin bertakhta. Sunan ku anggap kekasih yang setia biarpun hatinya memilih dua suri : Haryani dan Ratu. Malangnya hati itu bukan milikku. Aku ingin sekali berada di sisi Sunan. Bernafas pada udara yang sama. Berpijak pada tanah yang sama. Aku ingin sekali menemani Sunan walau ke mana pun kaki dan jasadnya melangkah, hatta dalam perjalanannya menemui Maha Pencipta.

Aku, Ratna : Sang Ratu telah jatuh cinta terhadap peribadi Sunan itu. Sungguh aku derita menanti sakti. Menunggu hijab terbuka untuk ku bertamu di hati Sunan.

insya-ALLAH...

p/s : naratif ini bukanlah ulasan ku untuk triologi epik ini, tetapi mengenai cinta yang mula bertamu di hati sendiri. aku jatuh cinta terhadap SUNAN. andai benar SUNAN itu benar2 wujud, aku sanggup menawarkan cinta demi bahagia dan keredhaan ALLAH SWT.


6 ulasan:

amer zaman berkata...

fakta
1) aku orang Johor

2)laksamana Sunan berasal dari Kampung Punggor, Johor

3) Laksamana Sunan hebat dan best.

4)Siri buku ini menarik untuk dibaca

Kesimpulan:
aku sebenarnya hebat, best dan menarik.

ratnakesuma berkata...

>>>amer zaman<<<

ingin jd seperti Saifuddin??

insya-ALLAH...


=D

coffeeHolic berkata...

lame dah aku tak membaca novel
bertahun jugaklah

ratnakesuma berkata...

>>>coffeeholic<<<


mungkin anda sudah bertemu dengan sesuatu yang lebih menarik. bikin filem contohnya...?

Miss LaraLady berkata...

muka cover novel ni....
cm kenal....

YUsof Tayupppp..(whisper)

hahaha~

atreyu strange berkata...

adoiya~ dulu aku ader member yg gila kan Sunan jugak. mau mencari lelaki begitu. ta penah aku paham kenape. skang aku mungkin sedikit LEBIH paham. huhu~