Khamis, 30 Oktober 2008

Katarsis?

Nama aku Hasnidarwina Bt Hasim. Berumur 20 tahun. Ada rakan-rakan yang memanggil aku Ida, tapi ada juga yang memanggil aku Idora. Setiap kali aku perkenalkan diri, pasti ada yang bertanya, mengapa Idora? Untuk memuaskan hati mereka aku hanya menjawab, dari kecil mak panggil macam tu. Senang. Mereka pun diam. Tak perlu nak terangkan panjang lebar. Tapi aku tahu, ada juga yang tak senang dengan jawapan ku itu. Kononnya itu hanyalah nama ’glamour’. Tetapi hakikatnya itulah nama yang menjadikan aku hidup dan terus bertahan hingga ke hari ini.




09 FEBRUARI 2004. ISNIN.
Hari pertama aku mendaftarkan diri di Sekolah Menengah Teknik Port Dickson. Aku mengambil jurusan Pengurusan Perniagaan. Tak minat pun. Aku pada mulanya minta jurusan Seni Kecantikan sebagai pilihan pertama, tapi abah tak bagi. Dia suruh aku ambil jurusan yang sama dengan akak aku. Aku tak minat. Tapi aku ikut juga cakap abah sebab aku hanya dibenarkan ke sekolah asrama jika aku ikut cakap dia. Setelah berfikir panjang, aku nekad. Aku tak peduli jurusan apa pun, yang penting aku dapat lari dari kehidupan yang selama ini cukup menyiksa aku. Aku dibesarkan dalam keluarga yang agak berpecah belah. Aku tidak salahkan abah yang pernah berkahwin banyak kali. Aku cuma tertekan setiap kali mak dan abah bergaduh. Aku cuma tidak tahan setiap kali akakku mencari masalah dengan mak dan abah. Aku tidak ada kaitan dengan sebarang pergaduhan yang tercetus. Aku cuma telah kehilangan sebuah kehidupan akibat daripada setiap pergaduhan itu. Aku mula mencari jalanku sendiri. Mencari kebahagiaanku sendiri. Namun, aku yang masih mentah hanyut dengan kekhilafanku sendiri. Bila aku tersedar, aku terjaga, aku ingin lari daripada rakan-rakanku, aku ingin pergi jauh daripada keluargaku, aku ingin hilang dari semua yang pernah aku kenal. Aku ingin pergi. Pagi sebelum aku bertolak dari rumah dengan abah dan mak, aku terasa ingin menangis. Perasaan aku cukup hiba. Aku sendiri tidak tahu mengapa. Aku salam dengan abang-abang aku. Aku pandang mata mereka lama. Cuba ingin sampaikan sesuatu yang mungkin mereka langsung tak faham. Tiba saja di SMTPD, aku dikelilingi oleh manusia yang tak pernah aku kenal pun sebelum ini. Aku bernasib baik. Mungkin inilah tempatnya untuk aku mencari diri. Jauh tersorok di kawasan perkampungan. Sewaktu aku ingin mendaftar, ada seorang rakan yang ramah menegurku. Namanya Siti Norasyikin kalau tak silap aku. Budak Bongek, Rembau. Tak ada lah jauh sangat dengan Port Dickson. Dia menghulurkan tangan, tanda salam perkenalan dan menanyakan nama aku. Aku dengan lancar menjawab. Nama aku Hasnidarwina. Nak panggil apa? Dia bertanya lagi. Aku hanya memandangnya tanpa kata-kata. Kelu lidah aku nak bersuara. Mindaku kosong. Aku tak ingin dikenali sepertimana yang pernah mereka kenali aku. Aku tak ingin menjadi seperti aku yang dahulu. Aku berpindah sekolah kerana ingin menjadi insan yang baru. Aku buat keputusan ini kerana aku ingin mendapatkan kembali kehidupanku. Mendapatkan kembali diri aku. Awak? Ekin meninggikan sedikit suaranya dan menyentuh lembut bahuku. Owh! Sorry. Hanya itu yang terucap dari bibirku. Awak, nak panggil awak apa? Sekali lagi dia bertanya. Aku masih memandangnya. Erm... panggil Idora je! Aku menjawab sambil tersenyum hairan. Ya! Aku sendiri hairan dengan nama yang terpacul dari mulutku itu. Setelah beberapa lama, aku ingin menjelaskan perkara yang sebenar kepada teman baruku itu, namun masa tu juga lah nama dia dipanggil untuk sesi pendaftaran. Aku hanya mampu mengeluh. Idora? Aku sendiri hairan. Ianya memakan masa berminggu-minggu jugalah untuk aku membiasakan diriku dengan nama baru kerana tak siapa pun tahu kisah aku sebelum ini. Bila aku berterus terang akan hal ini dengan keluargaku, mereka semua hanya mentertawakan aku. Mengatakan aku mengada-ngada. Mereka tidak tahu penderitaan aku. Mereka cuma tahu aku sering membawa masalah sama ada ketika di sekolah, mahupun di rumah. Mereka tidak kenal dengan anak mereka. Mereka tidak memahami adik bongsu mereka ini. Namun rakan-rakanku cukup memahami situasi aku pada waktu itu. Mereka tidak mentertawakan aku. Mereka menerima seadanya aku namun mereka sudah sebati dengan nama panggilanku yang asal. Ida. Dan mereka tidak dapat mengubah kebiasaan mereka. Begitu juga aku. Aku juga hingga hari ini masih lagi membahasakan diri aku Ida jika bersama dengan kenalan lama mahupun keluarga. Aku tidak pernah melupakan nama asalku. Malah, blog ini pun bangun dengan nama asal aku juga. Cuma, aku tidak mahu menjadi seperti diriku yang lama. Yang pernah membawa sejarah hitam yang jahanam dan paling mendukakan satu waktu dulu. Kini. Aku. Idora. Aku sudah cukup sebati dengan nama ini dan aku amat berterima kasih dengan nama ini yang sudah banyak mengenalkan aku dengan TUHAN dan tentang erti kehidupan. Jika ada yang mengatakan mereka mempunyai kisah silam yang tak ingin dikenang, aku merasakan mereka masih lagi bertuah kerana tidak perlu menjadi seperti aku yang terpaksa hidup dalam kepura-puraan, menjadi insan yang baru, kerana hakikatnya aku sudah tidak tahu siapa aku ini yang sedang berkelana di bumi TUHAN. Aku hanya tahu nama aku Hasnidarwina Bt Hasim. Aku dipanggil Idora ataupun Ida. Itu sahaja.
p/s : x perlu baca. sekadar ingin meluah rasa.

7 ulasan:

Edward Ott berkata...

nice Picture

maPieCeoFarT berkata...

aku paling perlu katarsis saat ini... jiwa dah penuh berhabuk...

idora kah... ida kah... darwina kah... hasni kah... kau tetap kau yg 'kami' sayang...

+ save phone number kamu sbg IDORA dlm nset... cantik... =) +

RENhalus~ berkata...

OWH!

MAT MIMPI berkata...

semayang selalu k

AzizulHafiz berkata...

semua org ada masalah.. keluarga tetap keluarga.. tabah.. ;)

reez berkata...

can i call u darwina?
i tak taw napa...tapi bila sebut darwina.....mcm manis=cun jer nama tue.....baru padan ngn u.....awek plg seksi dlm kelas kita
hehehe

ratnakesuma berkata...

>>Edward Ott<<
Thanks



>>mapieceofart<<
Mmg cantik.. hehehe..



>>RENhalus<<
erm



>>MAT MIMPI<<
insya-ALLAH



>>Azizul Hafiz<<
i hope so



>>reez<<
boleh, apa salahnya...