Ahad, 13 April 2008

Alam Dan Kehidupan

Pada alam kucurahkan rindu
Rindu yang begitu mendesah
Rindu pada kehidupan sepatutnya…

Hakikat itu telah lama ku ketahui
Cuma aku yang mahu melupakannya
Melupakan kehidupan hakiki…

Makin lama ku pendam sendiri
Makin cepat ia membiak…
Makin kuat ia meneriak…
Makin liat ia meretak…
Makin itulah aku takut!
Takut untuk menghadapi
Kebenaran di sebalik senyuman…

Namun cahaya tidak selalunya memancar
Hujan pula tidak sering mengundang taufan
Hanya manusia perlu tahu membawa diri
Setelah lama tersesat dalam jasad sendiri…

Kaitlah hidupmu bersulam alam
Kerana alam merupakan kehidupan
Ke mana sahaja kita pergi dan lari
Alam dan kehidupan pasti mendahului kita…

Aku sendiri saksi kepada kehidupan
Kerana aku…
Mangsa yang terselamat
Meskipun sudah terlewat…!!


Rantau_Semarak
Idora Che Hassan
Jun 2006

Tiada ulasan: