Ahad, 13 April 2008

>>SEKADAR RENUNGAN<<

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi,
Yang kamu pasti baik untuk dirimu
Mengenyangkan…berkhasiat…
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain
Terlalu ingin mengejar kelazatan
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi
Kamu akan menyesal…
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan…
Yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu
Menyayangimu…mengasihimu…
Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkan dengan yang lain
Terlalu mengejar kesempurnaan…
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga akan menyesal…

Jika kamu menadah air biarlah berpada
Jangan terlalu mengharap pada takungnya…
Dan janganlah menganggap ia begiti teguh
Cukuplah sekadar keperluanmu…
Apabila sekali ia retak…tentu sukar untuk menampalnya semula
Akhirnya ia dibuang…
Sedangkan jika kamu membaikinya
Mungkin ia masih boleh digunakan lagi…
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya
Janganlah kamu terlalu mengaguminya…
Dan janganlah kamu menganggapnya terlalu istimewa
Anggaplah ia manusia biasa…
Apabila sekali dia melakukan kesilapan…bukan mudah untuk menerimanya
Akhirnya kamu kecewa meninggalkannya…
Sedangkan jika kamu memaafkannya
Boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya…

Jika kamu memancing ikan…
Setelah ikan itu terlekat pada mata kail
Hendaklah kamu mengambil terus ikan itu…
Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja…
Kerana ia akan sakit disebabkan oleh bisanya ketajaman mata kail mu
Dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup…
Begitu juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang…
Setelah ia mula menyayangimu
Hendaklah kamu menjaga hatinya…
Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja…
Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu
Dan mungkin dia tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…

Rantau_Kota,
Idora Che Hassan,
Februari 2007

Tiada ulasan: