Ahad, 6 April 2008

Kisah Yang Teramat Panjang dan Menyayat Hati.... hahahahaha.....

Source of Emotion


Source of Emotion. Mulanya dinamakan Emotion Sickness, tp mungkin rasa kurang sesuai, pengarah projek dah tukar jadi Source of Emotion. Dia nak semua org rasa lebih dekat ngan hati kot bila dengar ataupun baca tajuk pameran ni. Ya. Bagi aku ianya begitu dekat sekali dengan jiwaku. Pameran ni langsungnya selama 2 hari… Khamis dan Jumaat. 3 dan 4 April 2008. Pameran ni Final Project kami. Kami tiada peperiksaan akhir. Tapi kami tetap akan dinilai dan diberi markah melalui pameran ni. Ianya projek besar. Ada 4 KELAS yang SEPATUTNYA TERLIBAT. Diploma and Degree Artistic Writing n Screen Art. Tp yang aku kesalkan, Cuma budak2 Diploma jer yang turun padang buat kerja. Budak2 degree ntah mana hilangnya. 2 hari sebelum pameran, aku dah pergi UiTM induk, reccee apa2 yg patut. Aku pergi Fakulti Art & Design, sbb kitorg pinjam softboard kat situ. Bila aku tiba, aku lihat sudah ramai yang ada kat situ. Tp still budak2 diploma sahaja. Ada 25 softboard, jd depan belakang ada 50 lah. Softboard ni papan kenyataan yg ada roda tu. Besar jugak lah. Aku ambil bahagian dekorasi. Bukan dipilih, tp aku sendiri yg volunteer. Ramai juga yg berminat dengan bahagian ni. Tp yg selebihnya hanya ingin buat dekorasi kanopi sahaja. Maka yg tinggal hanya aku dan seorg kwn aku yg bertanggungjawab untuk siapkan dekorasi untuk softboard. Balik, aku terus pergi beli barang2 keperluan untuk hias softboard. Amer Zaman turut serta. Hari Rabu aku ada ujian CTU. Belah petang. Abis kelas pukul 4. Tp dlm fikiran aku, aku dah nekad nak ponteng. Hari Khamis dah nak mula pameran, aku takut tak sempat siap. Tp pengarah projek tak benarkan aku ponteng kelas. Nak tak nak, kena ikut arahan jugaklah kan. So, pagi Rabu tu, aku ingat nak istirehat secukupnya. Yelah, petang nti nak kena kerja non-stop. Tp Amer Zaman mintak aku turun pergi dining, tolong siapkan kad jemputan. Aku pun pergi. Petang pergi kelas CTU. Abis kelas CTU, aku dengan kawan aku terkocoh2 balik rumah salin baju n terus pergi Fakulti Art & Design kat UiTM induk. Hanya aku dan 2 org teman yang ada di situ. Kami bertiga. Tanpa banyak soal, kami mulakan tugas. Kemudian, John Melawi dan juga seorg teman tiba. Amer Zaman tak dapat turut serta sbb dia kena uruskan hal lain. Jadi kami berlima. Salah seorang teman harus pergi sebarkan poster. Jadi tinggal kami berempat. Hari sudah gelap, tetap hanya kami berempat. Baru 2 softboard yg dpt kami siapkan. Kebetulan pengarah projek dtg meninjau, jd aku minta dia panggil siapa2 shj yg terlibat dgn pameran agar dtg membantu. Tak sampai 20 minit, ramai teman2 yg datang. Masih lg budak2 diploma. Hari makin gelap. Teman2 bertambah ramai menghulurkan bantuan. Amer Zaman dan AmScreamo juga ada. Aku menjadi lapang. Lebih kurang pukul 11.30 mlm, kami semua berjaya siapkan kesemua softboard. Ramai juga rakan2 dari Fakulti Art & Design memuji. Aku bangga dengan rakanku yang mengeluarkan ideanya itu. Kami semua kepenatan, kelaparan, dan mengantuk. Tp semua itu harus kami korbankan. Sampai di kolej Puncak Perdana, aku hanya terbayang bantal sahaja. Rasa nak terus merebahkan diri. Tp budak2 degree menimbulkan kemarahan aku. Santai2 shj mereka. Sedangkan kami semua kepenatan. Sudah tu, mereka merungut2 yg ntah apa. Aku pun x pasti. Mungkin sbb kami lambat sampai. Ketua kelas ku bertanggung jawab untuk mengagihkan gambar yang mereka ingin pamerkan. Ketua kelasku meonolongku td, jdnya dia juga lambat, seperti aku. Oleh kerana terlalu penat, aku diam shj dan berlalu terus ke rumah. Mereka terus mengambil gambar2 mereka.
Dua hari pameran berlangsung, budak2 degree masih lg begitu. Aku x phm. Betapa singkat dan ceteknya akal fikiran mereka. Apa mereka terlalu bangga dengan tahap pendidikan mereka lalu langsung tidak mahu bergaul dengan budak2 diploma dan melakukan kerja bersama2? Atau mereka malu? Bg aku, sedikit rasa hormat dan kagum pun tidak akan sekali2 aku wujudkn untuk mereka. Aku kecewa dengan sikap mereka. Mereka sepatutnya membimbing kami. Tp lain pula kisahnya. Mujur juga pengarah projek adalah budak2 diploma. Rakan sekelasku. Ye lah. Patutnya pameran ini hanya untuk kami, budak2 diploma. Tp budak2 degree sudah hilang punca, tidak tahu bagaimana ingin organize aku fikir, jd mereka membontoti kami. Malangnya, mereka telah menunjukkan sikap yang tak sepatutnya mereka tonjolkan. Aku tidak mahu mengulas tentang hari pameran berlangsung yang 2 hari itu. Mungkin Geng Jiwa Rasa ada menulis tentangnya. Aku hanya ingin bercerita tentang peristiwa sebelum kejadian. Di mana hanya kami, budak2 diploma shj yg bertungkus lumus untuk menjayakan projek ini. HANYA KAMI BUDAK2 DIPLOMA. Jika ada yg ingin kritik, aku tetap tidak hirau. Sbb w/pun dgn sedikit pengalaman dan kurang pengetahuan, kami mampu mengadakan pameran di DATARAN MENARA SULTAN ABDUL AZIZ, UiTM SHAH ALAM.

5 ulasan:

amscreamo berkata...

haha..
nasib baik la kedua orang pengarah projek korang yg hensem dan stylo ni alert dan jaga kebajikan anak2 buah.hahaha

amer zaman berkata...

bahagian promosi berjaya mengumpul lebih 100o pengunjung.

kita akan jadi legenda.
batch paling agresif.
batch yang melakukan revolusi.

senior pasti cemburu.
junior pasti mengidolakan.

Ande Sikutawangsa berkata...

ya.
promosii itu penting.


hari kedua aku menjadi dalang mencarik-carik pelajar yang berlalu lalang supaya masuk ke konopi pameran kami.


haha. panggilan aku berjaya!!

mapieceofart berkata...

aku tak terkata....
speechless...
tumpang kecewa dgn mereka...

tapi korang dah bjaya buktikan...
its worth more than anything in the world...

Miss LaraLady berkata...

Panjangnya luahanmu..
tak sanggupku membacanya..
walauapapun, aku tahu kau banyak memberi sumbangan tenaga pada hari itu.
Yeahh!!