Ahad, 20 April 2008

Surat Cinta Dari Aku Untuk Semua

sahabatku,

pernahkah anda semua terfikir tentang CINTA dan KEHIDUPAN? Aku yakin, pasti semua tahu dan pernah mengalami cinta dalam kehidupan masing2. x kiralah sama ada ianya cinta sejati ataupun cinta palsu. Bagi sesetengah orang, cinta itu tiada tara. namun ada juga yang menganggapnya sebagai permainan untuk menghiburkan hati semata-mata. ada yang bahagia, ada juga yang menderita kerana cinta. ini; aku ada sebuah kisah cinta.
kisah ini telah menjadi sejarah. kisah cinta yang paling parah. ya, mungkin ianya kedengaran biasa2 saja, tapi tidak bagi aku. ini cinta kisah kehidupan. khusus untuk anda semua.

kisah ini terjadi kepada seorang perempuan. namanya Hawa. Hawa punyai sebuah keluarga bahagia. tapi hanya di mata. usianya baru 12 tahun. Hawa membesar dalam keadaan celaru, biarpun tidak semua yang tahu. Hawa tidak mendapat sepenuh perhatian dalam keluarganya. mungkin kerana adik-beradiknya ramai, jd bonda dan babahnya terlepas pandang tentang keperluan Hawa. Hawa sering disuruh untuk membuat keputusan sendiri kerana bonda dan babah Hawa ingin menumpukan perhatian kepada abang2 dan kakak2nya yang lain. Hawa membesar tanpa perhatian, tanpa belaian. oleh kerana fizikalnya tidak sama dgn adik-beradik yg lain, abang2 Hawa sering mengejeknya. Hawa dilayan bagaikan insan yg tidak punya perasaan. Hawa sering menangis sendiri. lalu merasakan nasibnya sama seperti anak itik yg hodoh. tidak dipedulikan. Hawa cuba untuk mendapatkan sedikit perhatian. tp tidak berhasil. jd dia membawa haluan sendiri. berkawan dgn sesiapa shj. seronoknya hidup jika mendapat perhatian. jd dia melakukan apa sahaja utk mendapatkan perhatian. di usianya yang masih muda, dia sudah mengenali liku2 kehidupan. Dia terus meneruskan hidup dalam keadaan yang celaru. masa demi masa. hari demi hari. bulan berganti tahun.

hidup dalam dunia yang tidak berseri bukan mudah untuknya. berada dalam alam yang tidak pasti akan kewujudannya amat payah untuk Hawa lalui. tp dia tetap hidup. hidup untuk mencari ruang yang sepatutnya dia lewati. kini Hawa sudah remaja. berusia awal 20-an. hidupnya sedikit bermakna kerana keluarganya sudah mahu ambil peduli tentang dirinya walaupun tidak seberapa. namun begitu dia bersyukur. masih lagi dirinya terasa dihargai. Hawa kini sudah berubah peribadi. dia tidak lagi berkawan dgn musuh2 negara yang bisa menghancurkannya. rakan2nya tidak lagi di kalangan mereka yang tidak punyai hati. Hawa sudah ada sedikit keyakinan. keyakinan itu dia perolehi setelah begitu lama dia menyendiri dalam dunianya yang tersendiri. terasing dan sepi.

satu hari, Hawa bangkit dari jiwa yang sepi. dia menukar personaliti. menjadi insan yang selama ini tersembunyi. dia bangkit mempertahankan dirinya dari serangan2 sesiapa sahaja. dia jadi begitu berani. hati perempuannya menjadi kental tak bertepi. keras dan pejal. Hawa tidak wujud lagi. Hawa sudah mati. yang ada kini hanyalah Aishah. keanggunan Aishah terserlah melalui keyakinannya yang begitu tinggi membukit. beberapa lelaki ingin menawarkan cintanya kepada Aishah, namun Aishah tidak peduli. dia takut untuk mempedulikan cinta2 yang ditawarkan kepadanya kerana dia tidak pernah tahu apa itu cinta. bonda dan babahnya jarang menunjukkan cinta kepadanya. tidak pernah menerangkan apa itu cinta kepadanya. jika cinta adalah seperti kehidupannya yang pernah dilewati sebagai Hawa suatu masa dahulu, dia berani untuk menghindarnya. dia tidak mahu. sehinggalah dia bertemu dgn seorang lelaki yg merubah persepsinya terhadap cinta.

lelaki itu namanya Adam. Adam sungguh bijak berkata-kata. pandai bermain perasaan. Hati Aishah yang kental kini lebur. dia baru tahu keindahan cinta. inilah cinta yang didambakan seumur hidupnya. cinta yang tidak pernah dia bayangkan. Aishah begitu bahagia. hidupnya tidak pernah sebegini indah. dia hampir lemas dalam pelukan cinta yang amat mengasyikkan. namun dia tahu batas2 yang harus dijaganya selagi dia tidak bergelar suri untuk sang suami. Aishah tidak lagi bersendiri. Adam sentiasa bersamanya. menemani hari-harinya dgn begitu setia. bersama2 melewati onak duri percintaan. sepenuh hatinya telah menjadi milik Adam. seluruh jiwanya hak mutlak Adam. nyawanya juga diserahkan kpd Adam. hanya Adam. hidupnya kepunyaan Adam. begitu sekali Aishah meletakkan cintanya.

namun, malang sering menjadi takdir hidup Aishah. Adam sebenarnya lelaki yang hanya berpura2. Adam tidak jujur dgn cintanya. Adam tidak pernah mencintai dirinya. Adam lelaki penipu. Adam hanya ingin menang dalam percaturan yang dicipta bersama rakan2nya. dia ingin kelihatan hebat dapat meleburkan hati Aishah yang keras. dapat menundukkan seorang perempuan yang amat payah dirapati. Adam benar2 telah melontarkan Aishah dalam lembah penghinaan yang paling dahsyat. Adam memang seorang lelaki yang kejam. dia telah menjahanamkan kehidupan seorang perempuan yang baru sahaja memperolehi sedikit sinar harapan. Adam berlalu meninggalkan Aishah terkontang-kanting sendirian. Aishah? Hidupnya sudah terlalu tawar dan hambar. dia sudah tidak punyai apa2 pengharapan dalam kehidupannya. Aishah kini berada di ruang kesakitan yang teramat sangat. yang tidak dapat seorangpun membayangkannya. Aishah kini semakin hilang semangat. dia hanya menanti maut datang menjengah. dia ingin segera pergi supaya tidak lagi menderita di atas kelukaan yang paling dalam.


itulah kisahnya. kisah cinta yang ingin aku ceritakan. aku bercerita ini kerana aku tidak mahu ada rakan2ku di luar sana mempermainkan cinta. cinta boleh membunuh sebuah kehidupan. cinta boleh meragut nyawa seorang insan. cinta itu terlalu besar tanggungjawabnya. hati2lah ketika ingin meluahkan atau menerima cinta. x semua org tahu dan menghargai cinta yang ada.

p/s: Aishah @ Hawa adalah sahabatku yang paling rapat. Kini dia terkurung dalam penderitaan yang teramat. dan Adam, akan ku jejaki sehingga dapat. kerana dia adalah musuhku yang paling mampat.


8 ulasan:

Miss LaraLady berkata...

Me 1st..!

Nice Story =)

Saya muhammad iqbal berkata...

tulis x lg panjang ke??
pena woo bace..
sampai berpeloh2 nie..

ratnakesuma berkata...

laralady...,
tq..ianya bukan rekaan..

Iqbal,
hahahahha...
sesekali, bukan selalu..
kdg2 ada kisah yg kita x boleh nk pendekkan...
hurm....

Unknown berkata...

percayalah, kenapa perlu bersedih dengan seorg lelaki yg tidak jujur? cinta pada manusia? takda apa-apa.. cinta kita milik Yang Esa selamanya.. klu diri x pernah tergadai oleh cinta sang buaya kenapa perlu merana? klu tau jaga batas-batas agama masa bercinta dgn adam dulu, mengapa perlu sengsara? biar la adam dengan dunianya.. dan kita perlu teruskan perjuangan kita, kenapa perlu tersunggur?

-nasihat dari seorg sahabat- ;)

ratnakesuma berkata...

org yg x pernah bercinta, x pernah rasa bahagia, bila diberi pengharapan yang begitu indah,yg x pernah dirasai sebelum ini, lalu ditinggalkan dan dihina dgn begitu kejam, mcm tu lah jdnya.

kecewa dan merana hanya dibenarkan ketika maruah sudah tergadai sahajakah?

Aina berkata...

cinta itu suci kerana yang mencipta rasa cinta itu Tuhan, jadi yang tidak bahagia itu bukan cinta, tetapi nafsu yang sama sekali ditegah dalam makna kesucian itu. :)..apa dah aku merepek ni??? thanks for your comment at my blog.

amer zaman berkata...

aku suka ayat last.

serius.

best.

ratnakesuma berkata...

amer,

aku tahu kenapa kau suka...

kah9... (sambil terguling2)