Ahad, 20 April 2008

Mereka Yang Kaya

10 individu terkaya Malaysia

  1. Tan Sri Robert Kuok Hock Nien
  2. Tan Sri Ananda Krishnan
  3. Tan Sri Quek Leng Chan
  4. Tan Sri Lim Goh Tong
  5. Tan Sri Teh Hong Piow
  6. Tan Sri Lee Shin Cheng
  7. Tan Sri Syed Mokhtar A-Bukhary
  8. Tan Sri Lim Kok Thay
  9. Tan Sri Tiong Hiew King
  10. Tan Sri Yeoh Tiong Lay

4 tokoh usahawan terkenal Malaysia.

  1. Tan Sri Robert Hock Nien
  • RAKYAT Malaysia yang paling kaya yang digelar 'Raja Gula' ini juga menduduki tangga ke-114 senarai orang terkaya dunia dengan aset dianggarkan bernilai RM 21.5 bilion. kuok yang memiliki perniagaan gula pasirjuga pemilik rangkaian Hotel ShangriLa, akhbar Hong Kong; South China Morning Post dan kumpulan syarikat hartanah; Kerry Properties.

2. Tan Sri Ananda Krishnan

  • DIA adalah pemilik stesen televisyen satelit ASTRO dan syarikat telekomunikasi selular terbesar Malaysia, Maxis. dengan aset bernilai RM 10.97 bilion, Ananda juga melayakkan dirinya berada di tangga ke-138 individu terkaya dunia. selain itu, Ananda juga memiliki empayar dalam pelbagai bidang perniagaan lain, termasuklah minyak, penternakan, kuda bibit (di Australia), perjudian, studio kartun Hollywood, multimedia, perkapalan, tenaga, dan harta tanah. Syarikat beroperasi di kebanyakan tempat di Asia Tenggara.

3. Tan Sri Lim Goh Tong

  • PENGERUSI Genting Berhad ini adalah usahawan cina keempat terkaya di Malaysia dengan aset bernilai lebih RM 6.15 bilion. Lim yang memiliki hotel terbesar di Asia, First World Hotel di Genting (sebanyak 6, 300 bilik), kasino 24 jam yang dikunjungi lebih 14 juta pengunjung setahun. Beliau juga memiliki syarikat kapal pelancongan terbesar Asia, Star Cruises, selain mempelopori perniagaan gas dan minyak di Malaysia.

4. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

  • AHLI perniagaan terkenal ini adalah usahawan Melayu terkaya di Malaysia. Majalah Malaysian Business pada 2005 mendedahkan Syed Mokhtar memiliki nilai kekayaan sebanyak RM 2.93 bilion menjadikannya individu ketujuh terkaya di Malaysia. pemilik Yayasan al-Bukhary ini terbabit dalam perniagaan berasaskan perladangan, pembinaan, kejuruteraan, infrastruktur dan pelabuhan. tokoh terkenal ini juga turut membina Muzium Kesenian Islam bernilai RM 70 juta di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja amal dan kebajikan, terutamanya sekitar Kedah dan Perak.

p/s: speechless... aku x kaya...

7 ulasan:

Miss LaraLady berkata...

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary,
dia ni sorang je melayu yang terkaya..
so, aku vote dia!!

Mereka yang kaya.. kita??

ratnakesuma berkata...

anda x perlu bertanya kerana aku yakin anda ada jawapannya...

=D

Balkes Izawani Zanariah berkata...

Saya setuju dengan miss laralady.

Tan Sri pernah jalani kehidupan yang serba daif sebelum menjadi seperti sekarang.

amscreamo berkata...

aku suka makan roti kaya.tak de orang nak letak aku dalam list ke?

ratnakesuma berkata...

takat roti kaya, wat per...

huh!

Ande Sikutawangsa berkata...

dalam ramai-ramai, baru kita nampak melayunya seorang sahaja.

kita mesti tingkatkan usaha!

Yatt Pesol berkata...

melayunya hanya seorang?