Ahad, 13 April 2008

MELURUSKAN RUSUK YANG BENGKOK

JANGANKAN lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka; hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya.
Apa lagi yang tiada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri ataupun puteri.
Dijadikan mereka daripada tulang rusuk lelaki yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri tidak lurus, tidak mungkin dia mampu untuk luruskan mereka.
Tidak logic kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.
Luruskan wanita dengan cara yang ditunjukkan oleh ALLAH, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh ALLAH. Didiklh mereka dengan panduan daripada-Nya.
Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah.
Kenalkanlah mereka kepada ALLAH yang kekal, di situ suisnya.

Akal setipis rambutnya, tebalkanlah dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah dengan iman.
Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak.

Suburkanlah, kerana dari situlah nanti mereka nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan berbahagialah hati mereka walaupun tidak menjadi ratu cantik dunia, presiden atau perdana menteri ataupun women gladiator sekalipun.
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatukelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah mengandungkan lelaki-lelaki waja, negarawan, karyawan, jutawan dan wan-wan yang lain.
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur apatah lagi menghiburkan. Tanpa ilmu, iman, dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak diluruskan bahkan mereka pula yang membengkokkan.
Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan berbanding perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki.
Itulah akibatnya apabila wanita tidak mengenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri apa lagi mengenal lelaki.
Kini bukan lagi ramai bos telah kehilangan sekretari, bahkan anak pun kehilangan ibu, suami akan kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri.
Apabila anita derhaka, dunia lelaki akan jadi huru-hara. Apabila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa.
Para lelaki pula jangan hanya mengharapkan ketaatan dari mereka, tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju kepada ALLAH, pimpinlah diri sendiri dulu kepada-Nya.
Jinakkan diri dengan ALLAH, nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinan anda. Insya-ALLAH.

“Janganlah mengharapkan isteri seperti Sayidatina Fatimah r.a selagi peribadi belum seperti Sayidina Ali r.a.”


Petikan daripada majalah Al-Islam

2 ulasan:

Unknown berkata...

lelaki memang begitu.. walaupun tau bahaya bermain api, mereka tetap berani.. tp itukan lagi elok dari lelaki yang mencari lelaki.. bodoh sungguh lelaki jenis ini.. :!

ratnakesuma berkata...

:-)