Ahad, 14 September 2008

Hanya Aku




beberapa hari ini aku menjadi begitu rindu. entah kepada siapa rinduku ini sebenarnya. ligat oatkku berpusing, memikirkan apa yang sebenarnya sedang ku rindukan ini. hati ku menjadi sebak tanpa disengaja. mungkin jiwa ini sedang merindukan sesuatu yang sukar untuk ditafsirkan.




otak yang lama memusing memerah ingatan, tiba-tiba singgah di satu daerah yang sempit. entah lah...




aku terfikir-fikir lagi, adakah manusia itu sering menjadi seperti aku? sentiasa di bayangi kisah silam yang tak sudah-sudah menerjah ruang ingatan? ya! aku punyai kisah silam yang jahanam.... biarpun aku cuba untuk melupakan, namun bayangan tentang kekhilafanku itu sering saja menemani setiap langkahku dalam menjalani kehidupan.




amat sukar untuk aku jelaskan mengapa. tidak pernah aku terfikir untuk lari, tapi aku ingin sekali melupakan kisah itu yang ku anggap amat menyesakkan dada tatkala dibelenggu rasa bersalah yang teramat.




aku bukan begitu. itu hanyalah secebis daripada kekhilafanku yang suatu waktu dulu pernah menguasai diriku yang sangat bodoh dan dungu!!!




walau apa pun, aku percaya, setiap manusia itu memang pernah melakukan kesilapan yang kadangkala menjadi racun kepada diri sendiri. aku juga pernah berbuat silap. dan aku amat menyesali kesilapanku itu. aku ingin melupakan segalanya. yang lepas ingin ku biarkan berlalu. tapi hingga kini aku tidak mampu untuk melupakan kesilapan yang amat ku sesali itu. mungkin taubat itu masih ada untuk aku...

6 ulasan:

Elmi berkata...

ada tag blog. tolong buat. (:

Tanpa Nama berkata...

ini secebis keikhlasan yang aku berani suarakan juga akhirnya.

setiap kali aku melihatmu,
aku jadi kelu untuk berbicara.
bukan kerna apa.
tapi aku tahu, ada sesuatu yang menganggumu.
di setiap rupa dan reaksi yang kau kongsikan itu, sebenarnya adalah satu luahan yang cuba kau ceritakan.

lupakan apa yang pernah berlaku.
kekhilafan itu sering mengajar kita tentang erti dan aturcara hidup.
begitulah simboliknya realiti mengikut peredaran durasi usia.
semoga kau menenui kebahagiaan selepas ini dan seterusnya.
hati hati dalam hidup yah!


*hug.

CarutPelbagaiKaedah berkata...

penyesalan racun jiwa yang melakukan kesalahan, namun jika ditelan ia menjadi ubat menambah kedewasaan

keberanian bukan kerana tidak gentar, leboh kerana mahukan yang terbaik

ratnakesuma berkata...

>>>elmi<<<

dah buat... anda x habis melawat blog aku mungkin....




>>>coffeeholic<<<

insya-ALLAH






>>>carutpelbagaikaedah<<<

mungkin benar. penyesalan telah mendewasakan aku.

BEAN berkata...

pintu taubat sentiasa terbuka..
cuma kita sahaja yang perlu melangkah masuk dengan hati yang ikhlas..

perkara silam jadikan pengajaran.
harus sentiasa pandang ke depan..

The Island of NAMOYAKI, berkata...

Alhamdulillah..
Kamu sudah berada di perjalanan itu..

Berjalan, hadapai perjalanan itu dan lihatlah persekitarnya.

Baca...