Selasa, 19 Mei 2009

Falsafah dungu seorang wanita dalam pemikiran dia, BUKAN AKU...

ini ada sebuah lagi kisah yang makin menari-nari dalam benak fikiran aku. tentang falsafah dungu seorang perempuan yang kononnya vogue the vassss..... hahahha... entah la nak describe kan macam mana...

perempuan ni berkongsi bumbung rumah dengan aku. umur dia 23 tahun.. kira akak la bg aku.. tp dia x suka aku panggil dia akak. dia suruh aku panggil nama je. aku pulak x berapa nak selesa kalo panggil nama jer, so aku tetap panggil dia akak... aku baru jer masuk rumah tu tp tak nak lah nti dioarg anggap aku ni sombong, jadi pada satu hening pagi dalam pukul 2.15 am, aku dengan rela paksa temankan akak tu lepak kat bawah, kat kedai char kuey teow yang langsung tak meyelerakan nafsu makan aku..

malam tu kitorg berbual panjang... ye lah, x berapa kenal lagi an... kena lah share cerita sket2... yang aku tak pahamnyer, akak ni selalu tanya aku soalan pelik2.. antaranya :-

1) "Ko g clubbing x?"
2) "Ko merokok x?"

aku ingatkan dia buat judgement kat aku berdasarkan penampilan aku. sebab akak tu ari2 pegi keja pakai baju kurung.. nmpak macam baik2 jer.. mungkin dia x selesa bila aku masuk rumah tu dengan sosial life yg aku ada... mungkin juga sebab kadang2, aku balik lewat, siapkan tugas, dan juga kadang2 keluar dgn kawan2 membuatkan dia terfikir nak tanya aku soalan macam tu...

tapi yang aku terkejutnya, dia tanya aku macam tu sebab dia nak cari geng nak pg clubbing sama2. WTF? hahahahaha... kan dah mencarut.... kemudian ada lah beberapa ayat lagi yang dia ckp dkt aku yang menunjukkan ideologi dia sebagai seorang perempuan yang dungu bagi pandangan aku...

aku cakap kat dia, aku memang x pegi tempat2 mcm tu.. bukn sbb apa pun, cuma sbb aku x bole duduk kt tmpt yang sesak, bising, muzik macam nak pecah kepala, lampu pusing2 yang berwarna-warni yang buat aku pitam, yang bercampur ngan bau macam2, arak, pak arab, mat saleh, bro negro.... memang x boleh.. pening... tu je sebab nye... bkn aku x suka enjoy, cuma kena pandai la cari hiburan yg sesuai kan...

dia cerita kat aku, org tu kena culture shock, org ni kena kejutan budaya... kelakar kan... macam dia x kena jer... dia lah mangsa kejutan budaya yang paling menyedihkan sekali...aku cakap kat dia,

"akak, saya membesar kat nilai. sekolah rendh lagi saya dah round kl, ponteng sekolah.hehehehe... kalo saya nk pegi tmpt2 mcm tu, dah lama saya pegi, kak.. cuma, saya tak suka.. lagipun, sy x nk kecewakan org tua saya. diorg dah bagi keprcayaan, saya xkn sia2kn keyakinan diorg. apa yg saya buat selama ni pun, org tua sy tahu.. sy pg mana pun, sy bgtau org tua sy... (kecuali pg kedai, pg toilet, or hangout ngn kwn sbb diorg dah tau aku mmg suka keluar jalan2)". [nilai x jauh mana pun dgn kl, so aku mmg byk kuar kl dari seremban].


akak tu pandang aku semacam jer... meluat kot.. huhuhuhu.... lantak dia lah... yg penting, aku nk dia tahu yg aku x tergolong dlm org2 yg mcm dia... aku x nk kelihatan ataupun jadi dungu dengan benda2 x berfaedah mcm tu...

secara tak langsung, akak tu mengunjurkan satu buah lagi pemikiran buat aku.. kalo budak dari kampung datang berhijrah ke KL utk kerja or study mmg wajib ke pergi clubbing? dah jadi macam satu kemestian pulak... apa pnye pemikiran la...

kalo dia berbangga cerita kat aku yang dia dah pergi clubbing, sayang...sebab aku pandang dia dengan pandangan yang begitu sadis sekali... kesian budak ni, x tau apa yg dia buat....aku monolog sorg2 la kan... hehehehe...


i'm not perfect.. masih banyak yang perlu aku ubah mengenai diri sendiri... aku masih belum cukup sempurna... tapi keadaan yang sebegini sememangnya cukup memualkan tekak aku...

8 ulasan:

amer zaman berkata...

saya membesar di bandar, kemudian duk di kampung, kemudian belajar di tengah hutan, kini duduk di tengah ibu kota.


clubbin?

apakah neraka itu?(wut the hell)

konsert alam m.nasir layan ar..

ratnakesuma berkata...

>>amer zaman<<

tau x pe...
aku pun x tau apa benda tu...



aku lahir di kampung, membesar di bandar, kemudian seperti anda, belajar di puncak hutan, kembali ke kampung, dan kini berada di ibu kota....


aku masih lagi org kampung yg rasional dan sukakan kemodenan... (^_^)

Tanpa Nama berkata...

ah aku jugak suka kampung walaupun bertahun-tahun duduk dekat bandar.

sebab masih banyak warna 'hijau' lagi.

dekat disini bermaksud berhampiran terima kasih.
;)

ratnakesuma berkata...

>>zurina Omar<<

hehehehhe...


aku paham maksud 'dekat' tu...

Zura Firdaus B. Japri berkata...

untuk wanita yang sebegitu, biarkan dia hanyut dalam fantasinya. kau cukup bertindak sebagai pemerhati asalkan kau tak terlibat sama. bila sampai masa, dia akan terkena. masa tu kau tau kau betul2 berada di belah mana.

kalau ado den jumpo bdk mcm tu, den gerenti dio xkn beckp mo den laie sobab mulut den ni kurang aja. hahaha. sesekali terkenang zaman pengajian di uitm. ramai anak2 dara kampung culture shock ni yg aku sound

ratnakesuma berkata...

>>Zura Firdaus B. Japri<<

ah yo ekau ni.. osahlah garang bonar.. den pun x suko yo.. tapi apo nak buek an... soba yo lah... lamo mano lah nak besuko rio kek dunio ni ha... esok luso, dapek la pengajaran eh... den pun dapek gak eh... mengato org yo tau, eden sendiri x boto laie...


hehehhehehe....

Zura Firdaus B. Japri berkata...

salah tu. kau tak buleh cakap yang kau pun tak betul. manusia dah dicipta sebaik-baik oleh Tuhan. Kau kena bangga dengan apa yang ada dengan diri, bukan bangga diri. Apa yang kau nampak silap dekat org lain, itulah yang kau nampak, dan tak jadi salah untuk kau mengkritik manusia terbabit kerana bukan kau mengutuk kejadian Tuhan tetapi kau mengutuk keperibadian yang dilahirkan oleh individu terbabit. Menjadi tanggungjawab seorang khalifah untuk cuba memberitahu kelemahan pada seseorang itu walaupun sebenarnya jauh dalam sudut diri kita tahu kita pun bukan betul sangat. yang penting tunaikan tnggjwb sbg khalifah dan hamba.

ps: den takdola garang bona do. sentimental den ni, cumo kdng2 angin yo gek eh sobab manusio ni memang takkan pueh ati dengan apo juo... hahaha

ratnakesuma berkata...

>>zura Firdaus B. Japri<<


hehehehhehe
(tanpa perasaan)