Selasa, 10 Februari 2009

KOTA kenangan Sg. Rambai

23-28 Januari 2009
Rantau_Warisan
semester ni kami pelajar Penulisan Artistik, di bawah subjek Ensemble V perlu membuat kajian mengenai budaya masyarakat. program yang diberi nama 'Apresiasi Budaya Masyarakat' (Satu Penulisan Kritis) ini telah di adakan di Kampung Parit Penghulu, Sungai Rambai Tengah, Melaka.
beberapa minggu sebelum kami bertolak untuk membuat kajian, pensyarah tidak pernah lupa berpesan supaya kami sentiasa menjaga adab dan bersedia dengan apa jua keadaan yang harus kami lalui. sungguh aku rasa berdebar-debar. setiap detik hinggalah ke saat ingin menaiki bas pada pagi jumaat itu, hati aku tidak tenteram. tempat yang kami perlu pergi itu macam mana? pedalaman ke? orangnya hidup terlalu melarat ke?
kemudahannya tersekat ke?
kena mandi perigi ke?
tidur beralas tikar mengkuang ke?
keluarganya baik-baik ke?
ataupun tidak mesra?
sungguh aku terlalu risau.
apabila penyerahan anak angkat dilakukan, aku makin berdebar. aku akan terpisah dari rakan2ku yang lain dan harus menjalani kehidupan yang bukan milik aku selama 6 hari. nasib kami agak baik kerana kebanyakan keluarga mengambil 2 orang anak angkat dan aku adalah salah seorang daripada yang bernasib baik. aku dan rakanku, Siti diserahkan kepada Ketua Kampung Parit Penghulu Benteng sebagai anak angkat. aku rasa lega sebab tak mungkinlah ketua kampung kena tidur atas tikar mengkuang jer kan.. (bukan aku memilih, tapi badan aku yang hanya tulang ni akan sakit-sakit kalau tidur atas lantai yang hanya beralaskan tikar mengkuang).
kami di bawa balik ke rumah. alhamdulillah, rumahnya selesa. keluarganya ramah. jadi 6 hari yang akan aku lalui itu akan menjadi lebih mudah rasanya. kampung itu begitu membangun dengan aktiviti budayanya. kampung itu tidak pernah sunyi sebenarnya. sungguh selesa. tapi, oleh kerana keselesaan itu, aku agak kurang menghayati budaya masyarakat yang ada. aku agak kurang memahami jiwa kampung itu. bertuah sungguh rakanku yang keluarga angkatnya tinggal di kawasan bendang. dapat menghirup bau sawah dan melihat padi yang mula kekuning-kuningan. bertuah sungguh rakanku yang tinggalnya di rumah papan. rumah tradisional yang di penuhi dengan tetingkap. dapat merasai suasana alam itu yang sememangnya indah dan damai. namun aku tidak terlepas daripada merasakan sesuatu di situ. rasa yang agak sayu. rasa yang agak sendu. rasa yang tersentuh di dalam hati. betapa indahnya bumi TUHAN ini. betapa damainya jiwa ini bila angin bertiup lembut di bendang yang begitu luas. betapa terkuncinya kata-kata bila burung-burung berterbangan di awan bila senja mula menyapa. sungguh aku tidak terkata. betapa bertuahnya penduduk di kg itu.
sungguh alam itu begitu mendamaikan. Aku bagaikan terpasak di bumi itu. tidak mahu berganjak walau setapak. aku takut tidak dapat menikmati suasana itu lagi. tidak dapat menghadiri kenduri bertunang akak aku pada 26 januari juga langsung tidak mendatangkan penyesalan buat aku. tidak dapat merasai pengalaman di kampung itu baru buat aku menyesal.
kalau boleh, aku ingin menjadi sebahagian daripada kampung itu. tapi mustahilkan? jadi aku harus terus menjalin hubungan dengan keluarga angkatku di sana sampai bila-bila. sungguhpun tidak dapat memiliki jiwanya, dapat merasainya pun sudah cukup membahagiakan buat aku.
p/s : x dpt nak post gambar lg. tgu entri yg akan datang untuk melihat fotonya. kajian tetap dijalankan. dengan perasaan yang sungguh bahagia.

3 ulasan:

reez berkata...

:)
jum ratna kita g again

amer zaman berkata...

memang best.

ada hati yang tertinggal

atau jiwa yang meninggalkan?

Miss LaraLady berkata...

Wlpun berbagai-bagai jenaka yg di reka-reka oleh shabat2 perjuanganku,
Aku sangat bangga mjd anak kpd seorg ibu tunggal di sana. Anak Che Ah sgt beruntung kerana mereka mempunyai seorang ibu yg cekal. Seronok sgt dpt pengalaman mgayuh basikal tua dan berpanas di bendang Sg. Rambai.Lara rindu~