Selasa, 12 Ogos 2008

Apa Yang Penting?.................. BEKERJASAMA!!!

sabtu & ahad yang lepas adalah hari2 yg agak mencabar dan memenatkan. pengambaran muzik video kenapa singgah kalau tak masuk akhirnya berjaya juga disiapkan walaupun kami hanya diberi masa selama satu hari sahaja. ALHAMDULILLAH... dengan pertolongan rakan2 dr kumpulan yg lain, kumpulan aku a.k.a turntable production bergerak agak lancar juga lah. pengalaman yang ntah kali ke berapa dgn rakan2 bergabung tenaga memang menyeronokkan. tapi apa yang aku nak bincangkan di sini adalah tentang apa yang kita panggil kerjasama.
kuasa kadang2 mampu membuat manusia jadi alpa dan besar diri. aku sendiri x berapa nak faham kenapa mcm tu. memang dah lumrah kot. yelah... manusia kan mudah lupa.... tapi aku agak kesal juga lah kerana aku tidak mampu nak membalas tenaga yang sudah rakan2 dari kumpulan yg lain curahkan dalam membantu melancarkan lagi projek kumpulan aku. sungguh... memang tak terbalas.... terima kasih yang teramat2 aku ucapkan kepada kamu semua...
tapi itulah...... x semua apa yang kita rancang menjadi seperti yang kita harapkan... bagi aku sendiri, secara peribadinya aku lebih suka untuk membuat kerja secara individu. tapi, mana boleh kan.... kita sama2 dlm satu kumpulan, kena lah saling bekerjasama. kumpulan aku, ok... x der problem yang membuat aku hilang mood atau hilang sabar...
tapi sikap dan perangai salah seorang drpd kami benar2 membuat aku hilang sabar. x sabar nak tgu post-moterm.... aku paling x berkenan bila seseorang itu hanya tahu cakap sahaja tapi sebenarnya langsung x tahu apa... serius... dia dah jatuhkan maruah dan keredibiliti dia. dia membuatkan aku hilang keyakinan utk bekerja bersama dgn dia lg utk masa2 yg akan dtg...
entah lah.... sedangkan kami dalam satu kumpulan dan aliran..... lelaki... kenapa lelaki ni sungguh lemah? kenapa lelaki yg sedang aku perkatakan ini sungguh2 tidak perasan bahawa dia sebenarnya sudah menjatuhkan diri dia sendiri.... kerana perempuan.... kerana perempuan, dia hilang segala fokus. dia.... aku tak tahu apa perkataan yang sepatutnya aku gunakan..... entah lah....
sikap dia langsung tak menunjukkan yang dia berhak dihormati. tak... dia langsung x layak utk jadi ketua... utk jd org yg memberi arahan... dia sungguh x layak....
aku disini sebagai wakil TURN TABLE PRODUCTION ingin memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam membantu production kami menyiapkan pemgambaran muzik video kumpulan FLAVA. kami memohon maaf kerana sikap salah seorang daripada kami yang langsung tidak tahu ingin mengenang budi dan jasa kamu semua. kami juga ingin memohon maaf kerana dia langsung tidak tahu untuk ucapkan terima kasih ke atas tenaga yang sudah kamu curahkan kepada kumpulan kami......
kerjasama itu memang teramat2 penting jika kita berada dalam satu2 kumpulan tak kiralah sama ada kumpulan yang kecil mahupun kumpulan yang besar... begitu juga kerjasama dengan kumpulan2 yang laen kerana KITA semua saling memerlukan dan saling melengkapi....

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

biasalah ..
dalam setandan pisang,
mesti ada yang busuk.

kekalkan persahabatan.
selagi terdaya kita tolong apa yang mampu.
semuanya untuk satu kejayaan.

mapieceofart berkata...

siapa ya gerangan manusia itu...?
nak amik no. phone wat berkenalan...
hpczk...!

Tanpa Nama berkata...

takpela...
kadang2 percetusan sebegini punya makna
mungkin kau akan kerap ditakdirkan untuk bekerja dengannya
dan tak putus2 dia mungkin juga menjadi sahabat mu
kita terpaksa menerima satu percaturan
cuba
jgn gentar
tabah
ayuh!

Tanpa Nama berkata...

haha..gud..atleast korg berjaye wat producyion..n 4 ur infomtion x penah lg gue jumpe production team yg sempurna..even shoot gn kwn2..so,truskan berkarya..haha..

amer zaman berkata...

kenyang makan....

dan kulit aku tak menjadi sehitam kamu dan lain2...

ini yang best...

gaffertape berkata...

kadang kadang yang busuk tu pun berguna jugak sebenarnya hahahahahaaha terasa macam aku yang kena pulak atau memang aku yang dituju?

sebusuk busuk tahik lembu, dijadikan penyubur tanaman yg paling berkesan, walaupun zahir busuk dan kotor hahahaha,

sebusuk busuk tahi itik semanis manis kuih tahi itik

BEAN berkata...

nak tengok video klip... wuahaha!!

Aliff Ihsan Rahman berkata...

Yeah..
FiLmmakinG is about TeaMWork..

ratnakesuma berkata...

>>>coffeholic<<<
Faham.. Cuma ingin meluahkan rasa. Takut nti ada yang rasa sia-sia.


>>>mapieceofart<<<
X usah la… bimbang x terlayan nti.


>>>iskandarzulkarnain<<<
terima kasih.


>>>amer zaman<<<
Kulit aku hitam sebab kulit aku dah memang gelap. Anda orangnya cerah…putih… lgpun anda pakai sunblock. Aku tidak. Hehehehe….


>>>gaffertape<<<
Jgn risau gaffertape. Bukan anda orangnya. Tapi siapa yang mkn cili, dia yg terasa pedasnya, kan? Hahahhaha…. Org lain….


>>>shahazri<<<
Insya-ALLAH. Aku sendiri belum tgk lagi hasilnya. Still in progress.


>>>aliffilmmaker<<<
Benar..

muhsinsenpai berkata...

yang kau marah ni sah bukan aku
kau sayang aku kan..

ratnakesuma berkata...

>>>muhsinsenpai<<<
hahahahahahahaha....

Miss LaraLady berkata...

Muz : ape yang penting?

Idora :Bekerjasama!!


(ulang banyak kali)
time kASEH~