Isnin, 1 Disember 2008
Kita Sering Terpengaruh dan Dipengaruh
ya atau tidak?
anda setuju?
itu terpulanglah kepada anda semua.
tapi walau sesiapa pun kita, kita sering saja di kelilingi oleh insan-insan yang telah ataupun bakal mempengaruhi hidup kita.
SEBUAH HIJAB
Melihat, mendengar dan merasa
Ku pejamkan mata; ERAT
Ku bukakan telinga; LUAS
Ku hulur tangan kananku; MENGGAPAI
Tidak.. aku tidak bermimpi..
Tidak.. aku tidak berada di alam realiti
Aku…Aku…Aku…
Aku hanya di sini
Melewati hari-hariku dengan penuh yakin
Melihat mentari yang bukan bersinar
Melihat bulan yang bukan terang
Melihat aku yang bukan aku
Melihat kehidupan yang bukan milikku…!!!
Rantau_Alam,
Ratna_Kesuma,
03/04/07,
1156am.
It would be nice to try...
Khamis, 30 Oktober 2008
Katarsis?

Hari pertama aku mendaftarkan diri di Sekolah Menengah Teknik Port Dickson. Aku mengambil jurusan Pengurusan Perniagaan. Tak minat pun. Aku pada mulanya minta jurusan Seni Kecantikan sebagai pilihan pertama, tapi abah tak bagi. Dia suruh aku ambil jurusan yang sama dengan akak aku. Aku tak minat. Tapi aku ikut juga cakap abah sebab aku hanya dibenarkan ke sekolah asrama jika aku ikut cakap dia. Setelah berfikir panjang, aku nekad. Aku tak peduli jurusan apa pun, yang penting aku dapat lari dari kehidupan yang selama ini cukup menyiksa aku. Aku dibesarkan dalam keluarga yang agak berpecah belah. Aku tidak salahkan abah yang pernah berkahwin banyak kali. Aku cuma tertekan setiap kali mak dan abah bergaduh. Aku cuma tidak tahan setiap kali akakku mencari masalah dengan mak dan abah. Aku tidak ada kaitan dengan sebarang pergaduhan yang tercetus. Aku cuma telah kehilangan sebuah kehidupan akibat daripada setiap pergaduhan itu. Aku mula mencari jalanku sendiri. Mencari kebahagiaanku sendiri. Namun, aku yang masih mentah hanyut dengan kekhilafanku sendiri. Bila aku tersedar, aku terjaga, aku ingin lari daripada rakan-rakanku, aku ingin pergi jauh daripada keluargaku, aku ingin hilang dari semua yang pernah aku kenal. Aku ingin pergi. Pagi sebelum aku bertolak dari rumah dengan abah dan mak, aku terasa ingin menangis. Perasaan aku cukup hiba. Aku sendiri tidak tahu mengapa. Aku salam dengan abang-abang aku. Aku pandang mata mereka lama. Cuba ingin sampaikan sesuatu yang mungkin mereka langsung tak faham. Tiba saja di SMTPD, aku dikelilingi oleh manusia yang tak pernah aku kenal pun sebelum ini. Aku bernasib baik. Mungkin inilah tempatnya untuk aku mencari diri. Jauh tersorok di kawasan perkampungan. Sewaktu aku ingin mendaftar, ada seorang rakan yang ramah menegurku. Namanya Siti Norasyikin kalau tak silap aku. Budak Bongek, Rembau. Tak ada lah jauh sangat dengan Port Dickson. Dia menghulurkan tangan, tanda salam perkenalan dan menanyakan nama aku. Aku dengan lancar menjawab. Nama aku Hasnidarwina. Nak panggil apa? Dia bertanya lagi. Aku hanya memandangnya tanpa kata-kata. Kelu lidah aku nak bersuara. Mindaku kosong. Aku tak ingin dikenali sepertimana yang pernah mereka kenali aku. Aku tak ingin menjadi seperti aku yang dahulu. Aku berpindah sekolah kerana ingin menjadi insan yang baru. Aku buat keputusan ini kerana aku ingin mendapatkan kembali kehidupanku. Mendapatkan kembali diri aku. Awak? Ekin meninggikan sedikit suaranya dan menyentuh lembut bahuku. Owh! Sorry. Hanya itu yang terucap dari bibirku. Awak, nak panggil awak apa? Sekali lagi dia bertanya. Aku masih memandangnya. Erm... panggil Idora je! Aku menjawab sambil tersenyum hairan. Ya! Aku sendiri hairan dengan nama yang terpacul dari mulutku itu. Setelah beberapa lama, aku ingin menjelaskan perkara yang sebenar kepada teman baruku itu, namun masa tu juga lah nama dia dipanggil untuk sesi pendaftaran. Aku hanya mampu mengeluh. Idora? Aku sendiri hairan. Ianya memakan masa berminggu-minggu jugalah untuk aku membiasakan diriku dengan nama baru kerana tak siapa pun tahu kisah aku sebelum ini. Bila aku berterus terang akan hal ini dengan keluargaku, mereka semua hanya mentertawakan aku. Mengatakan aku mengada-ngada. Mereka tidak tahu penderitaan aku. Mereka cuma tahu aku sering membawa masalah sama ada ketika di sekolah, mahupun di rumah. Mereka tidak kenal dengan anak mereka. Mereka tidak memahami adik bongsu mereka ini. Namun rakan-rakanku cukup memahami situasi aku pada waktu itu. Mereka tidak mentertawakan aku. Mereka menerima seadanya aku namun mereka sudah sebati dengan nama panggilanku yang asal. Ida. Dan mereka tidak dapat mengubah kebiasaan mereka. Begitu juga aku. Aku juga hingga hari ini masih lagi membahasakan diri aku Ida jika bersama dengan kenalan lama mahupun keluarga. Aku tidak pernah melupakan nama asalku. Malah, blog ini pun bangun dengan nama asal aku juga. Cuma, aku tidak mahu menjadi seperti diriku yang lama. Yang pernah membawa sejarah hitam yang jahanam dan paling mendukakan satu waktu dulu. Kini. Aku. Idora. Aku sudah cukup sebati dengan nama ini dan aku amat berterima kasih dengan nama ini yang sudah banyak mengenalkan aku dengan TUHAN dan tentang erti kehidupan. Jika ada yang mengatakan mereka mempunyai kisah silam yang tak ingin dikenang, aku merasakan mereka masih lagi bertuah kerana tidak perlu menjadi seperti aku yang terpaksa hidup dalam kepura-puraan, menjadi insan yang baru, kerana hakikatnya aku sudah tidak tahu siapa aku ini yang sedang berkelana di bumi TUHAN. Aku hanya tahu nama aku Hasnidarwina Bt Hasim. Aku dipanggil Idora ataupun Ida. Itu sahaja.
Jumaat, 24 Oktober 2008
Pertama Kali
senior-senior pun cakap ramai orang repeat subjek tu.
takut giler...
so, aku juga mungkin akan mengalami nasib yang sama...
repeat subjek...
benda yang aku paling takut sekali...
Khamis, 16 Oktober 2008
mimpi masih lagi membenarkan aku bahagia meskipun yang ada hanyalah derita
Selasa, 7 Oktober 2008
Selasa, 23 September 2008
intuisi
'sesuatu' yang sukar untuk dijelaskan dan di tafsirkan.
tapi anda tetap merasainya....
aku sedang mengalami 'sesuatu' itu.
dan aku tak tahu caranya untuk mengekspresskan 'sesuatu' yang sedang aku rasakan ini.
bodoh! amat-amat bodoh!!!
bukan 'sesuatu' itu yang bodoh,
tapi KAU dan KAU yang bodoh!
kasihan....
Khamis, 18 September 2008
MAMAT DAN PEMIKIRANNYA
Ahad, 14 September 2008
Hanya Aku

Jumaat, 12 September 2008
Kekasihku...Jiwaku...Cintaku...Jantungku...Nafasku...
Cinta semakin membara. Sunan begitu mempesona. Kagum dengan peribadi yang sederhana, Sunan yang perkasa sangat di damba. Rindu tidak tertahan lalu Sunan menjadi arjuna, pembimbing dan pemikul tanggungjawab. Aku bahagia.
Sunan berduka. Ratu pergi mencari syurga. Cintaku semakin bertakhta. Sunan ku anggap kekasih yang setia biarpun hatinya memilih dua suri : Haryani dan Ratu. Malangnya hati itu bukan milikku. Aku ingin sekali berada di sisi Sunan. Bernafas pada udara yang sama. Berpijak pada tanah yang sama. Aku ingin sekali menemani Sunan walau ke mana pun kaki dan jasadnya melangkah, hatta dalam perjalanannya menemui Maha Pencipta.
Aku, Ratna : Sang Ratu telah jatuh cinta terhadap peribadi Sunan itu. Sungguh aku derita menanti sakti. Menunggu hijab terbuka untuk ku bertamu di hati Sunan.
insya-ALLAH...
p/s : naratif ini bukanlah ulasan ku untuk triologi epik ini, tetapi mengenai cinta yang mula bertamu di hati sendiri. aku jatuh cinta terhadap SUNAN. andai benar SUNAN itu benar2 wujud, aku sanggup menawarkan cinta demi bahagia dan keredhaan ALLAH SWT.
Khamis, 11 September 2008
kawan aku curi TAG... (LAGI???)
location : Rantau Alam
name : Ratna : Sang Ratu
sisters : 3
brothers : 7
shoe size : 7 (sandal) 6 (kasut)
heigh : 160 cm
where do you live : nilai - shah alam - pahang
favourite drinks : milo, jus, aiskrim soda
favourite breakfast : epok-epok
have you ever been on a plane : yup! in my dream... hahahaha...
swim in the ocean : of course (walaupun sebenarnya x pandai berenang)
fallen asleep in school : often (hampir pada setiap masa)
broken someone's heart : well... ya....
fell off your chair : yup... bulan lepas. dalam kelas datin. malu gler. tp buat2 x malu je r.
sat by the phone and waited for someone to call : pernah je. tgu abah call.
what is your room like : nilai
what's right beside you : wallet, hp, buku, jajan
what is the last thing you ate : pringles smoky bbq
ever had.....
chicken pox : pernah. masa tadika.
sore throat : sometimes... huhuhu
stitches : nope
broken nose : nope
do you....
believe in love at first sight : i have no idea
like picnics : yup! suka sangat2
who was, were the last person you danced with : erm... sape eh...? can't remember
last made you smile : anak-anak buah. teringat jer kat diorang, mesti aku akan senyum sorang2.
you last yelled at : housemate. mmg kitorg suka menjerit. hehehehee....
today did you....
talk to someone you like : nope. dia sibuk kot. entah lah....
kissed anyone : my cutie eddy... (teddy bear) =D
get sick : selesema
talk to an ex : yup
miss someone : yup (dia yg bz 2)
eat : waktu berbuka, aku makan la..
best feeling in the world : bila ramlee awang murshid terbitkan karya baru
do you sleep with stuffed animals : nope...
what's under your bed : nothing except ema, my room-mate.. hehehe....
who do you really hate : ntah...
what time is it now : 12:06 AM
5 things I was doing 10 years ago
- pergi sekolah
- mengaji
- panjat pokok
- main kawen2
- main cikgu2
5 things on my to-do list today
- assignment
- assignment
- assignment
- blogging
- baca novel Hijab Sang Pencinta
5 snacks i enjoy
- jeruk
- pringles bbq
- cadbury dairy milk
- kuih potong
- chipsmore
5 things i would do if i were a billionaire
- hantar parents pergi haji
- bayar segala utang- piutang terutamanya PTPTN
- buat kenduri doa selamat
- bawak family pergi bercuti ke luar negara
- selebihnya, simpan kat bank.
5 of my bad habits
- gigit kuku
- cabut rambut
- tdo lambat
- kdg2 tdo x cuci make-up
- gigit kuku lagi
5 places i have lived in
- kg. sentosa, maran, pahang
- 5446 taman semarak 2 jln ts 2/6B, nilai
- kapar, klang
- kota damansara
- kampus UiTM puncak perdana, shah alam
Ahad, 7 September 2008
Kota Rindu
Kepada keluarga
Kampung halaman
Teman…. Sahabat andai
Sungai dan air terjun
Alam sunyi udara nyaman
Di kota ini aku keseorangan
Mengulit rindu tidak ketahuan
Ku simpan segala kenangan
Agar kota rinduku
Tidak pudar di telan zaman
Supaya terang
Di sinari kerinduan
Rantau_Aspuri,
Ida Darwina
Sabtu, 6 September 2008
Aku Sedang Berkonflik
tak tahu beza antara hitam dan putih.
sungguh.
konflik ini tersangat mempengaruhi.
aku sedang dalam konflik!
Subject : Screenwriting Lecturer: Norlela Ismail
Jumaat, 5 September 2008
k.A.w.A.N

Rabu, 3 September 2008
KAMI dan JOHOR...

Selasa, 2 September 2008
Marhaban Ya Ramadan
Jumaat, 29 Ogos 2008
Selasa, 12 Ogos 2008
Apa Yang Penting?.................. BEKERJASAMA!!!
Jumaat, 8 Ogos 2008
tentang KITA
Rabu, 6 Ogos 2008
kenapa SINGGAH kalau TAK MASUK
letih dan penat. lesu dan longlai.
minggu2 ni minggu2 yang menyerikkan....
setiap masa hanya tertumpu pada satu perkara. setiap hari hanya berbincang ttg satu perkara.
setiap minggu hanya tentang satu perkara.
"kenapa SINGGAH kalau TAK MASUK"
harap2 semuanya berjalan lancar.
Selasa, 5 Ogos 2008
AKU kini kembali
aku baru pulang dari cuti yang panjang.
aku berehat agak lama sebab aku nak berehat...
jadi kini aku sudah kembali, kembali dan kembali.
aku kembali mengabdikan diri di lapangan ini.......
jaga2 semua......!
:D
hATi
tempat yang sempit
terasa lapang;
Bila hati resah,
tempat yang lapang
bagaikan terhimpit..."
Ahad, 20 April 2008
Mereka Yang Kaya
10 individu terkaya Malaysia
- Tan Sri Robert Kuok Hock Nien
- Tan Sri Ananda Krishnan
- Tan Sri Quek Leng Chan
- Tan Sri Lim Goh Tong
- Tan Sri Teh Hong Piow
- Tan Sri Lee Shin Cheng
- Tan Sri Syed Mokhtar A-Bukhary
- Tan Sri Lim Kok Thay
- Tan Sri Tiong Hiew King
- Tan Sri Yeoh Tiong Lay
4 tokoh usahawan terkenal Malaysia.
- Tan Sri Robert Hock Nien
- RAKYAT Malaysia yang paling kaya yang digelar 'Raja Gula' ini juga menduduki tangga ke-114 senarai orang terkaya dunia dengan aset dianggarkan bernilai RM 21.5 bilion. kuok yang memiliki perniagaan gula pasirjuga pemilik rangkaian Hotel ShangriLa, akhbar Hong Kong; South China Morning Post dan kumpulan syarikat hartanah; Kerry Properties.
2. Tan Sri Ananda Krishnan
- DIA adalah pemilik stesen televisyen satelit ASTRO dan syarikat telekomunikasi selular terbesar Malaysia, Maxis. dengan aset bernilai RM 10.97 bilion, Ananda juga melayakkan dirinya berada di tangga ke-138 individu terkaya dunia. selain itu, Ananda juga memiliki empayar dalam pelbagai bidang perniagaan lain, termasuklah minyak, penternakan, kuda bibit (di Australia), perjudian, studio kartun Hollywood, multimedia, perkapalan, tenaga, dan harta tanah. Syarikat beroperasi di kebanyakan tempat di Asia Tenggara.
3. Tan Sri Lim Goh Tong
- PENGERUSI Genting Berhad ini adalah usahawan cina keempat terkaya di Malaysia dengan aset bernilai lebih RM 6.15 bilion. Lim yang memiliki hotel terbesar di Asia, First World Hotel di Genting (sebanyak 6, 300 bilik), kasino 24 jam yang dikunjungi lebih 14 juta pengunjung setahun. Beliau juga memiliki syarikat kapal pelancongan terbesar Asia, Star Cruises, selain mempelopori perniagaan gas dan minyak di Malaysia.
4. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
- AHLI perniagaan terkenal ini adalah usahawan Melayu terkaya di Malaysia. Majalah Malaysian Business pada 2005 mendedahkan Syed Mokhtar memiliki nilai kekayaan sebanyak RM 2.93 bilion menjadikannya individu ketujuh terkaya di Malaysia. pemilik Yayasan al-Bukhary ini terbabit dalam perniagaan berasaskan perladangan, pembinaan, kejuruteraan, infrastruktur dan pelabuhan. tokoh terkenal ini juga turut membina Muzium Kesenian Islam bernilai RM 70 juta di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja amal dan kebajikan, terutamanya sekitar Kedah dan Perak.
p/s: speechless... aku x kaya...
Surat Cinta Dari Aku Untuk Semua
pernahkah anda semua terfikir tentang CINTA dan KEHIDUPAN? Aku yakin, pasti semua tahu dan pernah mengalami cinta dalam kehidupan masing2. x kiralah sama ada ianya cinta sejati ataupun cinta palsu. Bagi sesetengah orang, cinta itu tiada tara. namun ada juga yang menganggapnya sebagai permainan untuk menghiburkan hati semata-mata. ada yang bahagia, ada juga yang menderita kerana cinta. ini; aku ada sebuah kisah cinta. kisah ini telah menjadi sejarah. kisah cinta yang paling parah. ya, mungkin ianya kedengaran biasa2 saja, tapi tidak bagi aku. ini cinta kisah kehidupan. khusus untuk anda semua.
kisah ini terjadi kepada seorang perempuan. namanya Hawa. Hawa punyai sebuah keluarga bahagia. tapi hanya di mata. usianya baru 12 tahun. Hawa membesar dalam keadaan celaru, biarpun tidak semua yang tahu. Hawa tidak mendapat sepenuh perhatian dalam keluarganya. mungkin kerana adik-beradiknya ramai, jd bonda dan babahnya terlepas pandang tentang keperluan Hawa. Hawa sering disuruh untuk membuat keputusan sendiri kerana bonda dan babah Hawa ingin menumpukan perhatian kepada abang2 dan kakak2nya yang lain. Hawa membesar tanpa perhatian, tanpa belaian. oleh kerana fizikalnya tidak sama dgn adik-beradik yg lain, abang2 Hawa sering mengejeknya. Hawa dilayan bagaikan insan yg tidak punya perasaan. Hawa sering menangis sendiri. lalu merasakan nasibnya sama seperti anak itik yg hodoh. tidak dipedulikan. Hawa cuba untuk mendapatkan sedikit perhatian. tp tidak berhasil. jd dia membawa haluan sendiri. berkawan dgn sesiapa shj. seronoknya hidup jika mendapat perhatian. jd dia melakukan apa sahaja utk mendapatkan perhatian. di usianya yang masih muda, dia sudah mengenali liku2 kehidupan. Dia terus meneruskan hidup dalam keadaan yang celaru. masa demi masa. hari demi hari. bulan berganti tahun.
hidup dalam dunia yang tidak berseri bukan mudah untuknya. berada dalam alam yang tidak pasti akan kewujudannya amat payah untuk Hawa lalui. tp dia tetap hidup. hidup untuk mencari ruang yang sepatutnya dia lewati. kini Hawa sudah remaja. berusia awal 20-an. hidupnya sedikit bermakna kerana keluarganya sudah mahu ambil peduli tentang dirinya walaupun tidak seberapa. namun begitu dia bersyukur. masih lagi dirinya terasa dihargai. Hawa kini sudah berubah peribadi. dia tidak lagi berkawan dgn musuh2 negara yang bisa menghancurkannya. rakan2nya tidak lagi di kalangan mereka yang tidak punyai hati. Hawa sudah ada sedikit keyakinan. keyakinan itu dia perolehi setelah begitu lama dia menyendiri dalam dunianya yang tersendiri. terasing dan sepi.
satu hari, Hawa bangkit dari jiwa yang sepi. dia menukar personaliti. menjadi insan yang selama ini tersembunyi. dia bangkit mempertahankan dirinya dari serangan2 sesiapa sahaja. dia jadi begitu berani. hati perempuannya menjadi kental tak bertepi. keras dan pejal. Hawa tidak wujud lagi. Hawa sudah mati. yang ada kini hanyalah Aishah. keanggunan Aishah terserlah melalui keyakinannya yang begitu tinggi membukit. beberapa lelaki ingin menawarkan cintanya kepada Aishah, namun Aishah tidak peduli. dia takut untuk mempedulikan cinta2 yang ditawarkan kepadanya kerana dia tidak pernah tahu apa itu cinta. bonda dan babahnya jarang menunjukkan cinta kepadanya. tidak pernah menerangkan apa itu cinta kepadanya. jika cinta adalah seperti kehidupannya yang pernah dilewati sebagai Hawa suatu masa dahulu, dia berani untuk menghindarnya. dia tidak mahu. sehinggalah dia bertemu dgn seorang lelaki yg merubah persepsinya terhadap cinta.
lelaki itu namanya Adam. Adam sungguh bijak berkata-kata. pandai bermain perasaan. Hati Aishah yang kental kini lebur. dia baru tahu keindahan cinta. inilah cinta yang didambakan seumur hidupnya. cinta yang tidak pernah dia bayangkan. Aishah begitu bahagia. hidupnya tidak pernah sebegini indah. dia hampir lemas dalam pelukan cinta yang amat mengasyikkan. namun dia tahu batas2 yang harus dijaganya selagi dia tidak bergelar suri untuk sang suami. Aishah tidak lagi bersendiri. Adam sentiasa bersamanya. menemani hari-harinya dgn begitu setia. bersama2 melewati onak duri percintaan. sepenuh hatinya telah menjadi milik Adam. seluruh jiwanya hak mutlak Adam. nyawanya juga diserahkan kpd Adam. hanya Adam. hidupnya kepunyaan Adam. begitu sekali Aishah meletakkan cintanya.
namun, malang sering menjadi takdir hidup Aishah. Adam sebenarnya lelaki yang hanya berpura2. Adam tidak jujur dgn cintanya. Adam tidak pernah mencintai dirinya. Adam lelaki penipu. Adam hanya ingin menang dalam percaturan yang dicipta bersama rakan2nya. dia ingin kelihatan hebat dapat meleburkan hati Aishah yang keras. dapat menundukkan seorang perempuan yang amat payah dirapati. Adam benar2 telah melontarkan Aishah dalam lembah penghinaan yang paling dahsyat. Adam memang seorang lelaki yang kejam. dia telah menjahanamkan kehidupan seorang perempuan yang baru sahaja memperolehi sedikit sinar harapan. Adam berlalu meninggalkan Aishah terkontang-kanting sendirian. Aishah? Hidupnya sudah terlalu tawar dan hambar. dia sudah tidak punyai apa2 pengharapan dalam kehidupannya. Aishah kini berada di ruang kesakitan yang teramat sangat. yang tidak dapat seorangpun membayangkannya. Aishah kini semakin hilang semangat. dia hanya menanti maut datang menjengah. dia ingin segera pergi supaya tidak lagi menderita di atas kelukaan yang paling dalam.
itulah kisahnya. kisah cinta yang ingin aku ceritakan. aku bercerita ini kerana aku tidak mahu ada rakan2ku di luar sana mempermainkan cinta. cinta boleh membunuh sebuah kehidupan. cinta boleh meragut nyawa seorang insan. cinta itu terlalu besar tanggungjawabnya. hati2lah ketika ingin meluahkan atau menerima cinta. x semua org tahu dan menghargai cinta yang ada.
p/s: Aishah @ Hawa adalah sahabatku yang paling rapat. Kini dia terkurung dalam penderitaan yang teramat. dan Adam, akan ku jejaki sehingga dapat. kerana dia adalah musuhku yang paling mampat.
Sabtu, 19 April 2008
AM tag aku
"5 BENDA YANG GUA AKAN BUAT KALAU TIME GUA TENGAH HEART BROKEN"
HURM....
- Aku akan berkurung dalam bilik untuk fikirkan pro + corn kalau aku masih bersama dgn 'heartbroken' aku. bila banyak buruk drpd baik, aku hepilah. bila banyak baik drpd buruk, aku akan ckp. "x der jodoh, nak wat camner"
- Aku akan kumpul semua barang2 yang 'heartbroken' aku bg kat aku, so aku simpan semua kat dalam tong sampah. hahahaha.....
- Aku akan beli chocolate, aiskrim, ngan asam banyak2, then aku makan tanpa henti.. sampai aku rasa aku hepi lah...
- Aku akan buat apa yang selama ni aku teragak2 nak buat, then aku akan rasa kepuasan yang x terhingga.. =D
- Aku pergi rumh akak ipar aku, jpe ank2 buah aku, so segala kekusutan dan kesedihan yang masih bersisa akan berakhir... indahnya kehidupan.....
aku dah jawab... hehehhehe... sorry lah kot jawapan aku ni x menunjukkan yg aku sedey sbb walaupun aku sedey, tp aku tahu ada hikmahnya....
hehehehehhe.......
Rabu, 16 April 2008
Kerana Aku Perempuan...
Aku meluahkan rasa hati aku ni bukan kerana aku benci kpd jantan2 kesepian yg nk mengawan tu. aku berkata begini kerana aku terlalu kecewa...kecewa dgn lelaki yg sudah tidak ada nilai2 moral dalam diri mereka... tidak kira apa pun bangsa, adab sopan dan santun, nilai2 moral, sivik, semua tu sgt penting bg aku. ini semua hanya kerana satu sebab sahaja. kerana aku perempuan...........
Selasa, 15 April 2008
Hidup Bukan Untuk Bergembira Semata-mata
terperangkap, terkongkong, terdorong...
kita bagaikan tidak tahu apa yang harus kita lakukan, apa yang boleh kita lakukan bila kita bersedih... kita hanya tahu kita mahu bergembira. kita hanya tahu bagaimana untuk bergembira. kita hanya tahu bergembira, bergembira, dan bergembira.
kita lupa, gembira dan sedih adalah nikmat Tuhan kepada kita. dan seharusnya kita sedih jika selama ni kita hanya menikmati kegembiraan dan kesenangan kerana kesedihan dan kesusahan itulah nikmat Tuhan yang paling berharga buat kita...
>>Ratna_Kesuma<<
Ahad, 13 April 2008
MELURUSKAN RUSUK YANG BENGKOK
Apa lagi yang tiada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri ataupun puteri.
Dijadikan mereka daripada tulang rusuk lelaki yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri tidak lurus, tidak mungkin dia mampu untuk luruskan mereka.
Tidak logic kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.
Luruskan wanita dengan cara yang ditunjukkan oleh ALLAH, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh ALLAH. Didiklh mereka dengan panduan daripada-Nya.
Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah.
Kenalkanlah mereka kepada ALLAH yang kekal, di situ suisnya.
Akal setipis rambutnya, tebalkanlah dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah dengan iman.
Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak.
Suburkanlah, kerana dari situlah nanti mereka nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan berbahagialah hati mereka walaupun tidak menjadi ratu cantik dunia, presiden atau perdana menteri ataupun women gladiator sekalipun.
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatukelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah mengandungkan lelaki-lelaki waja, negarawan, karyawan, jutawan dan wan-wan yang lain.
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur apatah lagi menghiburkan. Tanpa ilmu, iman, dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak diluruskan bahkan mereka pula yang membengkokkan.
Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan berbanding perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki.
Itulah akibatnya apabila wanita tidak mengenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri apa lagi mengenal lelaki.
Kini bukan lagi ramai bos telah kehilangan sekretari, bahkan anak pun kehilangan ibu, suami akan kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri.
Apabila anita derhaka, dunia lelaki akan jadi huru-hara. Apabila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa.
Para lelaki pula jangan hanya mengharapkan ketaatan dari mereka, tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju kepada ALLAH, pimpinlah diri sendiri dulu kepada-Nya.
Jinakkan diri dengan ALLAH, nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinan anda. Insya-ALLAH.
“Janganlah mengharapkan isteri seperti Sayidatina Fatimah r.a selagi peribadi belum seperti Sayidina Ali r.a.”
Petikan daripada majalah Al-Islam
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi,
Yang kamu pasti baik untuk dirimu
Mengenyangkan…berkhasiat…
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain
Terlalu ingin mengejar kelazatan
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi
Kamu akan menyesal…
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan…
Yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu
Menyayangimu…mengasihimu…
Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkan dengan yang lain
Terlalu mengejar kesempurnaan…
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga akan menyesal…
Jika kamu menadah air biarlah berpada
Jangan terlalu mengharap pada takungnya…
Dan janganlah menganggap ia begiti teguh
Cukuplah sekadar keperluanmu…
Apabila sekali ia retak…tentu sukar untuk menampalnya semula
Akhirnya ia dibuang…
Sedangkan jika kamu membaikinya
Mungkin ia masih boleh digunakan lagi…
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya
Janganlah kamu terlalu mengaguminya…
Dan janganlah kamu menganggapnya terlalu istimewa
Anggaplah ia manusia biasa…
Apabila sekali dia melakukan kesilapan…bukan mudah untuk menerimanya
Akhirnya kamu kecewa meninggalkannya…
Sedangkan jika kamu memaafkannya
Boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya…
Jika kamu memancing ikan…
Setelah ikan itu terlekat pada mata kail
Hendaklah kamu mengambil terus ikan itu…
Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja…
Kerana ia akan sakit disebabkan oleh bisanya ketajaman mata kail mu
Dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup…
Begitu juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang…
Setelah ia mula menyayangimu
Hendaklah kamu menjaga hatinya…
Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja…
Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu
Dan mungkin dia tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…
Rantau_Kota,
Idora Che Hassan,
Februari 2007
Alam Dan Kehidupan
Rindu yang begitu mendesah
Rindu pada kehidupan sepatutnya…
Hakikat itu telah lama ku ketahui
Cuma aku yang mahu melupakannya
Melupakan kehidupan hakiki…
Makin lama ku pendam sendiri
Makin cepat ia membiak…
Makin kuat ia meneriak…
Makin liat ia meretak…
Makin itulah aku takut!
Takut untuk menghadapi
Kebenaran di sebalik senyuman…
Namun cahaya tidak selalunya memancar
Hujan pula tidak sering mengundang taufan
Hanya manusia perlu tahu membawa diri
Setelah lama tersesat dalam jasad sendiri…
Kaitlah hidupmu bersulam alam
Kerana alam merupakan kehidupan
Ke mana sahaja kita pergi dan lari
Alam dan kehidupan pasti mendahului kita…
Aku sendiri saksi kepada kehidupan
Kerana aku…
Mangsa yang terselamat
Meskipun sudah terlewat…!!
Rantau_Semarak
Idora Che Hassan
Jun 2006